Special chapter 3

2.9K 124 48
                                    

Selama berada di Malaysia kehidupan dua sekawan itu lebih bahagia dan ceria memandangkan tiada apa apa yang perlu dihiraukan taktala berada di negara sendiri.

Teh o panas dihirup sedikit. Kesibukan Raisya yang sekejap ke hulu sekejap ke hilir dipandang malas.

"Aku tahu la harini first day kau kerja tapi tolonglah jangan excited sangat, ke hulu ke hilir. Aku menyampah tahu tak ." dihirup buat kali kedua teh o panasnya. Cebikan dari Raisya tidak dipedulikan.

"Tak payah nak cemberut sangat la. Aku tahu kau sebenarnya cemburu kan dengan aku. Itulah aku suruh ambil bidang macam aku, kau taknak. Sombong sangat kan dengan bidang kau, haa sekarang tunggu jelah." Bebel wanita itu. Kasut didalam rak dicapai. "Aku pergi dulu, kau nanti jangan lupa kunci pintu, otak ikan macam kau ni bukannya boleh percaya, cepat lupa ja kerja. Banyak mana semut yang kau telan pun aku tak tau la." Bebelannya diteruskan hingga dirinya melangkah keluar dari apartment Rafisya. Hari pertama memulakan pekerjaan amat mendebarkannya walhal pekerjaannya hanyalah sebagai guru di sebuah tadika.

Eleh perempuan ni, membebel dekat aku mengalahkan orang tua. Yelah kau riak jelah dengan pekerjaan kau, kau tunggu aku dapat kerja nanti kita tengok siapa yang nak lebih riak, aku ke kau.

Hek eleh kau tunggu jelah nanti.

Kerja menelaah laptop sedari sufahpun dua jam berlalu walhal tiada langsung perkara yang berfaedah dia lakukan. Kerjanya sedari tadi hanya menatap skrin laptop seakan dirinya boleh masuk ke dalam ke dalam alat canggih itu.

"Arhhh tak kan la tak ada langsung yang nak ambil aku jadi polis! Hey aku ni graduate dari luar negara kot, apa tak laku sangat ka aku ni sampai tak ada satu pun surat tawaran. Muka aku ni muka jambu sangat ka sampai diorang ragu ragu dengan aku. Woi aku ni paling cergas tau walaupun mula mula asyik kena marah ja."

Bebel Rafisya seorang diri sebelum menutup laptopnya.Televisyen dibuka lalu kdrama yang ditayangkan di televisyen ditontonnya.

"Kerja ini mesti dilakukan secara lebih privasi. Aku rasa Lew Quan sudah tahu tentang tindak -tanduk kita, buktinya? Dia sendiri dapat larikan diri masa dekat Airport haritu. Aku nak kita selesaikan kes ni dalam masa tercepat, aku dah malas nak menghadap cina dadah ni, hari hari kertas kerja aku dipenuhi dengan nama dia." bebel Syafiq ketika mesyuarat sedang dijalankan.

Ahli kumpulannya mengangguk faham.

"Syafiq , aku rasa kita juga perlu fokuskan penyiasatan tentang seorang lelaki ni."

Skrin besar mula memaparkan gambar seorang lelaki lewat 20 an.

"Nama mangsa ialah Haikal Ashraf . Ditemui berlumuran darah di tepi jalan. Mula-mula kami nak buat laporan berkaitan langgar lari , namun kami temui sejenis dadah di pokej kiri mangsa. Jadi kami rasa Haikal Ashraf ada kaitan dengan Lew Quan memandangkan dadah yang ditemui adalah dadah yang sama yang ditemui pada tempat Lew Quan dulu ." terang Syed panjang lebar .

"Aku dapat tahu mangsa dalam keadaan kritikal?" Syafiq kembali menyoal

"Betul tu. Jadi perkara ini agak menyukarkan kami untuk soal siasat mangsa tapi kau jangan risau, bila mangsa dah sedar kita orang akan terus soalkan tentang perkara ni. Bilik dia sekarang pun dalam jagaan kami jadi aku tak rasa orang orang Lew Quan akan buat kerja gila untuk pecah masuk bilik mangsa. "

Syafiq mengangguk faham . Telefonnya yang tiba-tiba berdering segera disambungkan talian.

Kaki melangkah ke tingkap besar dibilik mesyuarat.

"ya Asri . Kenapa?"

"Maklumat tentang Raisya dan Rafisya ada dengan aku sekarang. Jumpa kau di tempat biasa." Ujar asri sebelum menamatkan panggilan.

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now