Chapter 34

3.6K 125 8
                                    

Sedari tadi hinggalah sekarang mulut Qistina tidak berhenti mencebik, geram benar dengan perkara yang didengarnya. Sesekali kakinya menghentak lantai kelas untuk menghilangkan sedikit rasa marah di dalam hati.

"Qis relax okey I akan tolong you ."Ujar Izz perlahan. Risau keadaannya melihat wajah masam mencuka sahabat baiknya. Tindakan Qistina boleh sahaja melampaui batas jika gadis itu terlalu geramkan sesuatu perkara.

"Masalahnya macam mana I nak relax kalau Rayyan dengan Raisya dah berbaik . You tak nampak eh pagi tadi macam mana hubungan diorang. I tak kira, Tengku Rayyan Rayqarl hanya milik I, I akan buat apa saja untuk singkirkan perempuan tu " sinis sahaja suaranya tika ini.

Susuk tubuh dua orang yang asyik bergelak tawa tanpa mempedulikan dirinya pada pagi tadi amat membuatkan hatinya sakit.

Iman Raisya! Aku akan pastikan kau tersingkir jauh dari penglihatan Rayyan Rayqarl, aku akan pastikan hubungan korang bertukar menjadi musuh suatu hari nanti.

Just wait and see......

"Izz please bantu I. I cintakan Rayyan ."

Izz menghela nafas berat.

"I will help you Qis tapi please you jangan sesekali bertindak diluar kawalan. Look i'm pretty sure Rayyan cuma nak permainkan Iman Raisya. Hello you sendiri kenal perangai Rayyan Rayqarl right. He's not loyal and possible Iman Raisya dapat jadikan Rayyan Rayqarl seorang yang setia. Rayyan Rayqarl playboy terkenal la Qis and he's only suitable with you. ONLY YOU. "

Sedikit sebanyak senyuman kegembiraan terukir dibibir Qistina.

"You are right Izz. He's only suitable with me. ONLY ME."

Sandwich yang dibeli dicapai. Otaknya ligak merangka rancangan untuk mendapatkan kembali Tengku Rayyan Rayqarl.

He's only Mine.

MINE!

~

Pantai yang elok terbentang didepan mata membuatkan senyuman Rafisya terukir gembira. Wajahnya didongok memandang wajah lelaki yang dibencinya suatu ketika dahulu.

"Cantik." Jujur Rafisya. Angin sepoi sepoi yang menampar pipinya membuatkan jiwanya sedikit tenang, rambut yang berantakan akibat ditiup angin pantai hanya dipedulikan.

Terlalu lama dia tidak rasakan angin yang segar begini.

Terima kasih Syafiq Haziq.

" Terima kasih Afiq."

Syafiq Haziq mengerutkan kening.

"Afiq?"

Haaa ini Afiq mana pula, Rafisya memang sengaja nak sebut nama lelaki lain depan aku kan. Sengaja la tu nak sakitkan hati abang Syafiq kan, yelah tahu la aku dulu buaya terkenal tapi jangan la balas dendam macam ni, aku jadi buaya pun sebab terjebak dengan Rayyan Rayqarl.

Huhh tak guna betul kau ni Rayyan.

Membawa aku ke jalan yang sesat.

"Haah, nama khas untuk Fisya panggil. Saya tak nak berkongsi nama tu dengan sesiapa pun sebab nama tu cuma khas untuk saya."

Kembang kempis hidung Syafiq Haziq tika ini. Sedikit senyuman terukir dibibirnya.

"malulah macam ni." Tuturnya perlahan sambil menolak sedikit bahu Rafisya menggunakan bahunya.

Kedua belah jemarinya diletakkan ke pipi sambil memusingkan kepala kekiri dan kanan.

Berkerut dahi Rafisya melihat telatah sotong Syafiq Haziq. Dah kenapa dengan mamat ni, aku ada salah cakap ka sampai jadi sotong macam ni. Kau tu dah la tolak aku, kau ingat bahu kau tu lembut ka apa Tengku Syafiq Haziq.

Aku bukannya buat sesi meluahkan perasaan sampai kau bersotong dekat sini.

"Syafiq, kau buat perangai sotong kau dekat sini memang aku tinggal kau dekat sini."

Laju anak mata Syafiq menikam anak mata Rafisya Aulia. Sergihannya terukir.

Jari telunjuknya menolak perlahan bahu Rafisya Aulia.

"Tak nak la Syafiq. Nak panggil Afiq."

Rafisya tersentak

Syafiq ni memang ada tersampuk perangai sotong ke dalam perjalanan ke sini tadi.

"Syafiq ...

"Kalau tak nak panggil, Afiq merajuk dengan Fisya. Afiq nak share nama baru ini dengan orang lain. " Ujar Syafiq sebelum melangkah beredar menjauhi Rafisya.

Rafisya memutarkan bebola matanya.

Suka hati kau la labu.

"kalau dah habis merajuk ala ala sotong tu kasitahu eh. Saya nak pergi beli makanan kejap."

Kaki Rafisya laju membuka langkah menuju ke gerai yang tidak jauh dari tempatnya.

Jujur aku memang nak sepak ja bila tengok perangai sotong Syafiq Haziq ni tapi mengenangkan kami berada di kawasan awam jadi aku batalkan saja niat aku.

Nanti kang masuk berita.

SEORANG GADIS MENYEPAK SEORANG LELAKI KERANA TIDAK TAHAN DENGAN PERANGAI SOTONG LELAKI ITU.

Tak ke aib si lelaki sotong tu tersebar luas.

Syafiq mencebik menyampah. Langkah Rafisya Aulia segera dikejar lalu tubuh kecil gadis itu dilanggar kuat. Wajah Rafisya langsung tidak dipandang.

Aku tengah merajuk ni faham tak.

Rafisya Aulia mencebik menyampah. Bahunya digosok perlahan sambil memandang tajam susuk tubuh Syafiq Haziq yang jauh meninggalkannya.

Kau nak main langgar langgar dengan aku eh. Apa kau ingat kau sorang ja ada badan, kau tunggu kejap Syafiq. Kecil besar kecil besar ja aku tengok perangai kau ni.

~

Sedari tadi Rayyan langsung tidak senang duduk . Pandangan Harith padanya seakan kesalahannya pada lelaki itu amat berat. Yelah aku tahu la kau sombong dengan kau haritu tapi maaflah, mana la aku tahu kau ni bakal abang ipar aku.

Kalau Raisya tak rahsiakan pasal kau dan aku tak salah faham pasal hubungan korang berdua , aku lah orang yang paling baik akan tegur kau tahu tak .

"Kau buat apa malam-malam datang rumah aku ?" Soal Harith. Pelik betul dengan kedatangan lelaki yang pernah sombong dengannya ini. Haritu kau bukan main sombong kan, harini boleh pula kau tayang muka tak bersalah kau depan aku ann.

"errr adik.....

"Sejak bila pula kau jadi adik aku ?"Soal Harith pelik, berkedut dahinya melihat telatah lelaki ini.

"Eh maksud aku, aku...er...aku nak jumpa...errrr nak jumpa Eisya ."

Hoiiii Rayyan sejak bila pulak kau ni dilahirkan dalam keadaan gagap. Aduh la kau sepatutnya tunjuk sikap jantan kau bukannya sikap minta penyepak macam ni, kalau macam ni la perangai kau memang automatik kena reject jadi adik ipar.

"Eisya, kejap aku panggilkan. Erm tapi kau ni chill la sikit, macam tak pernah kenal aku ja kenapa. Sejak bila kau tergagap-gagap ni. "

Rayyan hanya mampu tersengih, belakang lehernya diusap perlahan.

Aku takkan jadi macam ni kalau sikap aku tak sombong haritu. Ini semua salah kau la Raisya, kalau kau ceritakan perihal abang kau dekat aku semua ni tak kan menjadi dan aku takkan tergagap menghadap abang kau macam ni.

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now