Special chapter 10

1.5K 61 4
                                    

Sedar tak sedar, sudah tiga jam Syafiq berada dalam bilik pembedahan. Rafisya langsung tidak berganjak dari kerusi berhadapan bilik pembedahan. Tiada istilah yang mampu diungkapkan sekarang, dirinya benar benar menyesal dengan perangai degilnya. Seandainya dia mengikut kata kata Syafiq, semua ini takkan terjadi. Syafiq tentu akan selamat. Lelaki itu tidak perlu bertarung nyawa dalam bilik pembedahan sana. Bodohnya kau Rafisya, itulah ikutkan sangat hatikan. Inilah padahnya. Nafas berat dihela, mata dipejam.

"Fisya, betul ka kau nak join malam nanti. Kes Lew Quan ini kes berat tau . Aku tak nak kau cedera ataupun terluka. Kes diorang ni tak sesuai dengan kau. Silap silap diorang boleh jadikan kau tebusan. Aku taknak kau cedera Rafisya. Aku tak kisah pasal diri aku tapi jangan kau. Please Rafisya... Undur diri kau. " Perlahan suara lelaki itu. Wajahnya beriak risau.

Rafisya menghela nafas berat. "Tuan... sebagai ahli baru, saya perlu berikan kerjasama sepenuhnya. Apa tujuan saya masuk bidang ni kalau saya takutkan cedera. Saya tak nak dianggap curi tulang."

Syafiq menggeleng. Rafisya takkan faham perasaan takutnya. Sudah sudah la Rafisya meninggalkannya selama tujuh tahun. Dia taknak kehilangan Rafisya untuk kali kedua.

"Fisya kau masih baru dalam bidang ni . Kau tak faham betapa bahayanya Lew Quan. "

Rafisya mengukirkan senyuman sinis .

"Tak perlu risaukan aku Syafiq , aku mampu jaga diri aku sendiri ."

Syafiq memejam matanya sesaat. Nafas ditarik lalu dihembus. Barcakap dengan Rafisya ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

"Fisya, aku tahu kau mampu jaga diri kau . Tapi aku tetap tak nak kau cedera. Diorang tu bukan sembarangan orang, Rafisya Aulia. "

Rafisya mencebik geram. Apa masalah lelaki ini. Apa susah sangat ka dia nak percaya dengan kebolehan aku!

"Syafiq.. Macam yang aku cakap kalau aku takut cedera, aku takkan kerja sebagai anggota polis tau. Lebih baik aku tolong Raisya dekat tadika. Pleaselah aku dah besar. Jangan sibuk dengan urusan aku, hubungan kita dah lama berakhir."

Air matanya kembali membasahi pipi. Kenapa bodoh sangat diri kau Rafisya. Bodoh sangat ka kau nak sedar yang Syafiq risaukan keadaan kau.

Ya mungkin Syafiq pernah melakukan kesalahan tapi semua itu dah tujuh tahun berlalu. Kenapa dia perlu mengungkit sedangkan dia sedar yang Syafiq benar benar menyesal dengan perbuatannya dulu. Kenapa dia perlu menghukum Syafiq sampai begitu sekali seakan dirinya tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.

"Fisya suka tak dengan tempat ni , maksud Syafiq kerusi ni , meja ni . Okey tak, ada apa apa yang Rafisya nak complain ka yang tak menepati citarasa Rafisya?" Syafiq menukar topik. Rafisya hanya menggeleng sahaja. Dah semuanya serba serbi sempurna dah. Dekat mana pula tak selesanya.

"Ermmmm Rafisya okey tak duduk sebelah  Syafiq. Yelah mana tahu nanti tak fokus dengan kerja sebab asyik nampak muka hensem Syafiq je kan. "

Rafisya menghela nafas panjang . Rahangnya diketap geram. Aku ni dah makin panas ja dengan makhluk ni. Apa tak boleh ka sehari tu tak ganggu aku. Apa yang malang sangat nasib aku harini. Selama seminggu ni aman ja hidup aku tapi harini, hancur lebur semuanya.

"Rafis......

"Boleh tak kau duduk diam-diam! Mulut tu macam murai kena cabut ekor dah kenapa?"

Syafiq tersengih sahaja. Wajah Rafisya jelas kemerahan. Lahai marah sangat ke sayang?

"Setakat nak diam tu mestilah boleh. Syafiq memang duduk diam pun dari tadi. Tak percaya? Cuba tengok ni." kakinya ditunjuk. "diam ja kan Syafiq duduk dekat sini. Tak ada jalan pergi mana mana pun."

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now