Chapter 42

2.9K 104 5
                                    

Kaki empat manusia itu semakin laju dihayun menuju ke tempat yang telah diberitahu Umarul. Punggung mereka segera dilabuhkan ke kerusi.

"Jadi betullah Asri berubah disebabkan perempuan bernama Kasih tu ?" Soal Raisya tidak sabar.

Throwback

(RAYYAN POV)

Okey sekarang aku ni aku dah mula pelik. Kenapa pula minah ni nak suruh aku tunggu. Kau jangan macam macam Kasih, jangan menjadi watak antagonis di petang yang indah ini. Muka kau tu muka baik, jangan cuba cuba nak bawakan watak jahat, tak sesuai.

"Saya cuma nak tanya awak tentang Asri. "

Ting! Ini lagi aku terkejut, tak pernah pernah minah ni risaukan pasal Asri, kenapa pula petang ni tiba-tiba nak tanya tentang ASRI. Hey! Aku sendiri dah jarang berjumpa Asri, sibuk sangat mamat tu dengan dunia novel dia sekarang .

"Kenapa dengan Asri. " Nak tak nak terpaksa juga aku bersuara.

Wajah Raisya aku pandang sesaat . Riak wajah bersahaja yang ditayangkan inilah yang menakutkan aku. Tahu kenapa, angin kemarahan Raisya sekarang tak mengikut reaksi muka, kadang kadang muka sedih tapi hati gembira. Kadang muka gembira tapi hati sedih. Dan pernah satu hari  muka bersahaja tapi dalam hati menggelegak api kemarahan.

Kau kena bersabar jelah dapat bakal isteri yang berperangai tak menentu macam ni wahai Rayyan Rayqarl.

"Saya rasa Asri macam mengelakkan diri dari saya ."

Sebelah kening diangkat. Dah tu apa kena mengena dengan aku kalau Asri mengelak dari kau.

"Sebenarnya saya dengan Rayyan pun dah jarang jumpa dengan Asri sekarang. Asri yang sekarang lebih suka menyendiri, dia dah jarang berbual dengan kita orang sekarang. Saya sendiri tak tahu kenapa dengan dia." Sampuk Iman Raisya jujur. Tanpa sedar Rayyan Rayqarl turut mengangguk.

Okey aku setuju sangat dengan kata kata Raisya. Pernah sekali ni, aku punyalah bersuka ria bergelak tak ingat dunia tapi si Asri cuma tayang muka minta penampar. Aku tak kisah sangat kalau dia tak rasa kelakar dengan cerita aku tapi jangan la tayang muka minta penampar macam tu, tangan aku ni bukannya dapat dikawal sangat.

Dan pernah juga satu hari kita orang pergi tonton wayang dan decide nak tengok cerita sedih. Aku dan yang lain tu memang tahan diri dari nak menangis ja tapi bila tengok riak muka Asri terus air mata aku hilang. Dan jata kata Asri yang buatkan aku rasa nak terajang sangat adalah

"korang ni cari cerita sebenarnya, aku langsung tak faham. Dahlah asyik menangis ja dari mula sampai habis. Tak ada cerita lain ke."

"okey saya setuju ."

Dahiku berkerut seribu . Kejap kejap apa yang setuju ni? Dah kenapa Iman Raisya boleh terpekik setuju tanpa pengetahuan aku, apa yang diorang bincangkan sebenarnya ni. Korang kaum wanita ni memang tak nak ulang balik ke perbualan korang.

Aku tak tahu apa apa ni tolonglah faham.

(END POV)

Walaupun Rayyan masih tidak faham dengan keadaan yang sedang berlaku namun melangkah tetap dihayun ke arah dua orang gadis yang telahpun melabuhkan punggung dibawah sebatang pohon yang agak rendang.

Inilah perempuan, bila dah ada geng membawang memang terus lupakan kaum lelaki yang sehensem aku.

"Actually Rayyan, saya nak minta maaf sebab sebelum ni saya agak berlebihan dengan awak. Jujur Kasih tak pernah sukakan Rayyan. Sikit pun langsung tak terdetik dalam hati Kasih. Kasih cuma berpura-pura sebab nakkan jawapan. Kasih nak tahu apa perasaan sebenar Asri pada Kasih, Kasih takut kalau Kasih bertepuk sebelah tangan tapi disebabkan tindakan bodoh Kasih, Asri semakin menjauhkan diri dari Kasih."

Tengku Rayyan Rayqarl hanya mendiamkan diri . Jadinya aku ni macam bahan eksperimen dekat sekolah, cumanya kali ini aku dijadikan watak tengah. Yelah memang tak dinafikan aku ni tetlalu kacak tapi bagus juga kalau Kasih tak pernah sukakan aku. Tak apa la Rayyan, bahan eksperimen pun boleh la.

"Sebenarnya melalui cerita kau, aku pun perasan yang Asri memang dah banyak berubah sekarang. Dia kadang-kadang lebih suka menyendiri berbanding dahulu." Jujur Rayyan .

"Ermm jadi Rayyan setuju tak dengan rancangan kita ?"

Soalan Raisya membuatkan Rayyan mengebil ngebilkan matanya . Anak matanya mula bertaut dengan anak mata Iman Raisya, berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.

Iman Raisya, saya tak tahu langsung tentang rancangan korang berdua. Jangan la marah, orang hensem macam aku tak semestinya sentiasa fokus dengan perbualan orang lain.

Iman Raisya seakan memahami. Bebola matanya dipusingkan ke atas.

"Sebenarnya Eisya dengan Kasih ada satu rancangan tapi kita perlukan bantuan Umarul." Ujar Iman Raisya perlahan.

Tengku Rayyan Rayqarl hanya menggangguk sahaja walhal dia langsung tak faham apa pun.

Iman Raisya kembali memutarkan bebola matanya sebelum membisikkan rancangan mereka kepada Tengku Rayyan Rayqarl.

Keesokan harinya Iman Raisya dan Tengku Rayyan Rayqarl segera menuju ke kelas Umarul. Nasib mereka berdua amat baik tika itu kerna hanya Umarul yang berada didalam kelas.

"Umarul kami perlukan bantuan kau." Tanpa syarat Tengku Rayyan Rayqarl terus bersuara keras.

"Kau memang pendendam kan Rayyan, nasib aku tak ada sakit jantung tau. Kau jangan eh, aku ni belum kawin lagi tau. " Gurau Umarul.

"Bantuan apa?"sambungnya lagi.

Tengku Rayyan Rayqarl menghela nafas berat.

"Soal Asri, aku rasa Asri berubah drastik macam ini sebab sorang gadis . Okey pendekkan ceritanya gadis tu namanya Kasih and then dia jadikan aku bahan eksperimen dengan pura-pura sukakan aku sebab nak tengok reaksi Asri sama ada Asri sukakan dia atau pun tidak. Tapi yang tak bestnya Asri terus berubah drastik macam sekarang. Jadi aku perlukan bantuan kau. Kau kena pujuk Asri agar dia ceritakan segalanya. Dan kalau benar semua ni disebabkan Kasih, aku tahu apa yang perlu Kasih lakukan. " Panjang lebar Tengku Rayyan Rayqarl bercerita.

"O-.. Okey tapi boleh tak ceritakan dekat aku secara slow motion. Aku tak faham  kalau kau cakap mengalahkan rapper ." Balas Umarul tersengih. Yelah aku memang la jurusan muzik masa tingkatan satu hingga tingkatan tiga tapi masalahnya aku selalu tidur dikelas muzik dulu.

"Semua yang kau cakapkan benar belaka Rayyan, Asri memang betul betul patah hati dengan Kasih. Dia ingat Kasih betul betul sukakan Rayyan."

Tengku Syafiq Haziq mengangguk perlahan. Senyuman sedikit terukir dibibir lelaki itu.

"Tapikan Umarul, kau berbual apa dengan Asri sampai Asri sanggup buka rahsia dia dekat depan kau. Aku tak rasa Asri akan buka semua rahsia dia kalau kau tak ada cakap apa apa perkara yang penting. Korang buat sesi meluah perasaan ke tadi. Alaa Umarul kenapa tak ajak aku, aku pun nak juga luah perasaan. "

Umarul mencebik menyampah. Air minuman disedut sedikit, membasahkan tekak yang sedia kering.

"Suka hati aku la nak buka cerita apa pun. Kau sibuk kenapa."

Tengku Syafiq Haziq menjeling sahaja. Anak matanya mula beralih ke Rafisya Aulia.

"Fisya..

Rafisya Aulia mengalihkan wajahnya ke Tengku Syafiq Haziq. Wajah sayu lelaki itu membuatkan dirinya mencebik.

Aku tahu dah dengan muka ni, ini tak lain tak bukan mesti nak mengadu dekat aku. Aku la kalau kena menghadap perangai macam ni 24 jam, memang aku kurung kau dalam stor wahai kesayangan.

"Umarul marah Afiq....

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now