Chapter 18

4.5K 163 7
                                    

Big family .....

Usai menghantar Rafisya pulang , Raisya dan Rina segera menaiki teksi yang berasingan , jam di lengan dipandang sekali imbas .

9.00 PM

Hampir sehari aku dirumah Rafisya kalau tak tengok jam mesti tak sedar lagi nak balik rumah , haihh la jam kenapa la kau tak beritahu aku , kau tu berkhidmat untuk aku tahu tak boleh tak jangan berat tulang !! Aku ni dahlah excited nak jumpa abang lagi , excited nak habiskan duit abang lagi , kalau aku balik awal mesti boleh bawa abang shopping harini . Bebel Raisya perlahan sambil membuka pintu utama rumahnya .

Erkkkkk...

"Kenapa semua gelap ja ni takkan la daddy tak bayar eletrik rumah pula ni ? Kereta ada tak kan la orangnya tiada , mummy daddy , kita bukannya duduk zaman batu yang tak ada elektrik ." Bebel Raisya sendiri .

Sedang dia mencari suis lampu di sudut dinding tiba-tiba kakinya seakan tersepak sesuatu . Liur ditelan , pahit .

"Ap...apa ni hoi , jangan l..la macam macam ."

Semua surah yang dihafal segera dibaca sambil kakinya laju ke arah suis lampu , setelah suis lampu ditekan suara bising mula kedengaran .

"SURPRISE!"

Raisya tersentak , kelihatan mummy daddy serta insan yang paling dirindui iaitu abangnya sedang tersenyum lebar ke arahnya . Raisya segera berlari ke arah mereka bertiga  tubuh abangnya dipeluk erat .

"Amboi jumpa abang lupa daddy dan mummy dekat sini ehh ." Ujar Dato Hisham bercanda

Raisya hanya tersengih pelukan  abangnya dilepaskan , sergihan terserlah kepada dua orang tuanya ,  rindu terhadap abangnya memang tidak dapat dibendung lagi . Tiba-tiba idea jahatnya untuk mengenakan abangnya berlayar-layar di akal fikiran , wajah abangnya ditenung.

"Kenapa adik tenung abang macam tu , hell adik jangan buat hal eh ."Ujar Harith Zakwan hairan.

"OH MY GOD ABANG kenapa muka abang dah macam orang tua ni faktor duduk negara orang terlalu lama kr ni , ahaas tu rambut tu kenapa dah macam beruban sedikit ni ?" Soal Raisya sambil membuat gaya terkejut , well well Raisya dan lakonan memang tak boleh dipisahkan okeyh even cikgu tak pernah ambil aku berdrama di sekolah .

"Hah serious la ?" Harith Zakwan segera menuju ke arah cermin yang terbentang didinding , rambutnya segera diperhati .

"Mesti lepas ni kak Mira cari orang lain kalau dapat tahu keadaan abang sekarang dah macam orang tua . Oh no poor you abang ."

Raisya terus menyembunyikan senyumannya keadaan abangnya yang kelam-kabut amat comel dimatanya .

"Mummy ! Harith baru 25 tapi kenapa dah beruban ni , tak kan la faktor tinggal dekat Amerika terus beruban ni ." Soal Harith Zakwan sambil memerhati rambutnya yang nyata hitam .

Datin Aisyah hanya menggeleng kepala melihat telatah anak perempuannya , kalau dah namanya Iman Raisya ada sahaja benda yang nak kenakan abangnya.

"Ayooo abang Harith , adik rasa faktor cuaca barat la tu ."

Ketika sedang kelam kabut terhadap diri sendiri Dato Hisham segera membisikkan sesuatu kepada Harith Zakwan . Raisya hanya menjadi pemerhati diantara daddy dan abangnya , ahaa dah daddy tak akan bersekongkol dengan dirinya untuk mengenakan abang Harith .

Usai berbisik Dato Hisham segera melabuhkan punggung di atas sofa diikuti oleh Datin Aisyah . Harith Zakwan memandang Raisya dengan pandangan muat .

"Rambut abang putih eh ? Faktor cuaca barat ehh ?"

Raisya laju mengangguk walhal hatinya sudah tidak sedap apabila melihat pandangan maut abangnya .

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now