Chapter 20

4.5K 152 3
                                    

Umarul datang kesekolah agak lewat pada hari ini , matanya berlegar-legar mencarikelibat Rafisya dikelas 5S1 namun beruang besar yang berada diatas meja Rafisya menyentakkannya.

"Besarnya ."Ujarnya perlahan.

"Hoii budak kelas sebelah kau kenapa perhati hadiah aku sampai macam itu kenapa tak puas hati ka beruang aku lagi besar dari beruang dan bunga yang kau selalu kasi tu ?" Entah dari mana suara Syafiq mencelah wajah Umarul kelihatan terkejut , terlalu ketara wajahnya berubah taktala mendengar kata-kata Syafiq.

"Apa maksud engkau ?"

"Tak perlulah berpura-pura buat tak tahulah Umarul aku tahu sebenarnya kau sukakan Rafisya tapi kau jangan harap yang aku senang menyerah eh kerana walau apa pun Rafisya milik aku dan selamanya milik aku ." Marah Syafiq .

Umarul hanya tersenyum sinis wajah Syafiq dipandang dengan geram.

"Engkau belum siapa-siapa lagi tau dan engkau tak ada hubungan sikit pun dengan Rafisya jadi engkau tak ada hak nak halang aku kerana kau pun bukanlah siapa-siapa bagi dia ." Ujar Umarul tenang sebelum berlalu ke kelasnya dengan senyuman sinis .

Syafiq mendengus geram jadi tekaannya selama ini memang benar gerangan yang memberi hadiah itu sememangnyaUmarul . Jadi target aku memang benar-benar dia , aku tak boleh diarkan Umarul menceritakan hal sebenar pada Rafisya , kalau Rafisya tahu perkara sebenar memang hancur rancangan aku . 

Tiba sahaja Rafisya dan Raisya kedalam kelas , pandangan mereka terarah ke arah patung beruang besar berwarna merah jambu diatas meja Rafisya .

Syafiq dan Rayyan hanya tersenyum sinis  kelibat Umarul yang memerhatikan mereka di sebalik pintu hanya dipedulikan . Puas hati mereka taktala melihat pandangan sedih Umarul .

Kad yang elok tergantung di leher beruang itu segera dibaca oleh Rafisya dan Raisya.

Saya tahu awak mesti tertanya-tanyakan siapakah saya yang sebenarnya . Okey firstly saya nak minta maaf sebab buat awak tertanya-tanya tapi awak jangan risau kerana minggu depan saya akan tunjukkan siapa diri saya yang sebenarnya .

 -secret-

Rafisya terus tersenyum lebar . Akhirnya dia akan mengetahui siapa sebenarnya gerangan yang sering menghantar hadiah kepadanya , selepas ini walau siapapun gerangan itu dia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menghadiahkan dia semua barangan comel ini .

"Rafisya.Raisya."

Nama mereka berdua dipanggil , suara yang amat membuatkan mereka benci siapa lagi kalau bukan Rayyan dan Syafiq . Entah apalagi yang mereka berdua inginkan .

"Apa korang...

"Aku cuma minta satu ja pertolongan dari korang , please kerja geografi kita masih belum selesai , aku janji selesai sahaja kerja geografi ni aku tak akan ganggu korang lagi . Masa kita cuma berbaki dua hari je lagi , please just kita settlekan kerja geografi dan lepas ni kau dengan urusan kau manakala aku dengan urusan aku ." Ujar Rayyan penuh perasaan .

Raisya tersentak dengan kata-kata Rayyan . Kenapa aku tetiba rasa takut kehilangan Rayyan , kenapa perasaan aku tak sanggup kalau dia tak ganggu aku kenapa aku perlu rasa sunyi sebegini . Oh no stop Raisya bukankah ini yang kau mahukan , ini yang terbaik untuk kau Raisya .

"Okey."

Mahu ataupun tidak mereka perlu bersetuju memandangkan mereka sudahpun kesuntukan masa . Oleh kerana Puan Ainnur tidak menghadirkan diri ke kelas , mereka menghabiskan masa itu dengan menyiapkan kerja geografi .

Satu jam berlalu akhirnya mereka berempat dapat mengumpul maklumat yang diingini . Laptop  disimpan ke dalam beg , badan diregangkan sedikit menghilangkan sengal-sengal dibadan .

Sepanjang pembelajaran berlangsung Syafiq sedikitpun tidak fokus malahan matanya leka memerhati Rafisya Aulia , gadis yang akan dipermainkan olehnya . Entah mengapa pada masa yang sama jiwanya merasa tenteram dan masalahnya bagaikan hilang begitu sahaja taktala melihat wajah Rafisya Aulia .

Loceng mulaberbunyi menandakan sesi sekolah pada hari ini telahpun tamat . Ketika sedang sibuk mengemaskan buku-buku untuk pulang , Syafiq terperasan akan kelibat Umarul seperti menunggu seseorang di koridor kelasnya . Syafiq melemparkan senyuman sinis.

"Rafisya."

Rafisya menoleh ke arah Syafiq sambil membuat riak muka tanda tanya .

"Petang ini kita orang ke rumah engkau la ya untuk siapkan kerja geografi kita ." Ujar Syafiq sambil berjalan ke arah Rafisya.

Raisya hanya mengangguk tanda setuju begitu juga Rayyan , buat masa sekarang Rayyan perlu mencairkan hati Raisya dengan cara yang lembut bukannya cara memuji seperti yang dia lakukan pada perempuan-perempuan yang lain . Sesekali wajah Qistina yang merupakan bekas teman wanitanya dipandang dengan riak menyampah .

"Okey kalau macam tu pukul 5 jelah kita orang datang ."

Ketika Raisya dan Rafisya melangkah keluar dari kelas , Umarul segera menghampiri mereka berdua . Perkara tersebut membuatkan Rayyan dan Syafiq terkejut.

"Rafisya."

"Ya."

"Umarul ada sesuatu nak beritahu."

Rafisya membuat muka hairan namun tetap menunggu perkara yang ingin diberitahu oleh Umarul .

"ya ?"

"Sebenarnya Umarul yang ber........

"Aduhhhhhhhhh sakit!!" pekikan Syafiq menghentikan percakapan Umarul.

"Umarul kita jumpa lain kali ehh." Pinta Rafisya sebelum mereka berdua berlari ke arah Syafiq . Umarul hanya mampu melihat situasi itu mengapa disaat dia mula sukakan seseorang ada sahaja yang ingin menganggu . Beg digalas dengan lebih kemas sebelum berjalan meninggalkan tempat itu .

"Aku tahu engkau sayangkan dia Umarul." Ujar satu suara yang memerhatikan Umarul dalam diam.

"Macam mana boleh jatuh ni?" Soal Rafisya sambil menolong Syafiq berdiri.

Haihh pelik tapi benar macam mana boleh tersepak kaki meja sedangkan sebelum ini elok ja berjalan . Haihh Syafiq..Syafiq yang Rayyan dan Raisya ini kenapa lambat sangat ke bilik rawatan dan masalah yang penting ni kenapa aku yang perlu jaga mamat ni . 

Masalah masalah 

"Manalah aku tahu , hoi kau ni pegang-pegang kenapa memang nak ambil kesempatan dekat orang yang sakitmacam aku ka ?." Ujar Syafiq kuat huhh tak sia-sia aku langgar kaki meja .. Haaa kan Rafisya dah risau kalau aku tahu cara ni berkesan dah lama aku buat .

"Aku bukan nakambil kesempatan eh tapi cuba kau lipat seluar kau biar aku tengok. " Arah Raisya.

Syafiq segera melipat seluar sekolahnya.Ehh patutlah sakit semacam j aku langgar meja sampai lebam betis aku rupanya . Alaaaa betis aku dah tak cantik la lepas ni .

"Lebamlah Syafiq."

"Aku tahu tapi mungkin ini balasannya."

Rafisya memandang Syafiq pelik.

"Aku tak faham."

"Sorry sebab disebabkan aku , kau masuk hospital lepastu aku langsung tak datang melawat kau , aku kejam kan." Ujar Syafiq wajahnya terus berubah menjadi muram .Rafisya terkedu mendengar pengakuan Tengku Syafiq Haziq .

"Syafiq..aku...

"Syafiq sorry lambat!!"

Kelihatan Rayyan tercunggap-cunggap seperti berlari 1000M , Syafiq memandang Rayyan dengan mata yang dikecilkan .

Serious ahh Rayyan kau datang wrong timing la!!!!!!!

Hancur la kdrama aku disebabkan kauuuuuuuuuu

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now