Special chapter 6

1.7K 77 6
                                    

30 minit Syafiq berjalan ke hulu hilir. Sang gadis yang sedang berada dalam bilik rawatan amat membuatkan dirinya tidak senang duduk. Punggung bagaikan ada bisul kerana dirinya tidak duduk sejak sampai tadi.

Tak sekarang ni apa masalah Doktor ni, kenapa lambat sangat keluar ni. Takkan la tangan Rafisya kena potong sebab ada virus kut. Erhh apa ni Syafiq, bersangka yang baik baik dah la.

Atau....

Keadaan Rafisya semakin tenat? Yelah memang la luarannya nampak okey tapi dalamannya kita tak tahu. Entah entah Rafisya sebenarnya tengah koma lepastu ambil masa yang lama untuk sedarkan diri.

Cis korang tunggu. Aku akan pastikan korang berdua meringkuk dalam penjara, aku masih ingat mata sepet kau tu eh jantan.

Kaki dihayun ke pintu bilik rawatan. Telinga dilekapkan pada pintu namun tiada apa apa yang didengarnya. Cis pintu kalis bunyi ke apa benda ni.

"Errr tuan.. dari tadi tuan tak berhenti berjalan ke hulu kehilir . Apa kata tuan duduk dulu. Saya yang tengok ni pun dah berpusing otak. Ya tahu la Tuan tu stamina tinggi tapi jangan la berjalan depan saya macam ni, pening Tuan." Arman tersengih kecil .

Syafiq menjeling. Ada ada ja kau kan. Pening la itu la ini la. Kau sebenarnya tak puas hati sebab kaki aku boleh langkah besar besar kan.

"Arman, kau kena faham situasi aku sekarang. Tu perempuan yang dalam bilik rawatan sekarang ni, cinta pertama aku tahu. Kalau jadi apa apa dekat dia memang aku cari jantan jantan tu sampai ke lubang lintah. Jantan tak guna tu berani cederakan Rafisya korang tahu tak!. " Rambut dikusutkan." Rafisya cedera macam tu sebab nak bantu aku. Kalau aku tak lalai, Rafisya takkan jadi macam tu."

Ketiga tiga lelaki itu menunduk pandang lantai. Tak pernah pernah diorang tengok lelaki ini serious macam ni jadi disebabkan taknak timbulkan masalah. Baik diamkan diri. Diam kan lebih baik.

Pintu yang dikuak dari dalam menarik perhatian Syafiq. Kaki dihayun kearah doktor lewat 40 an itu.

"Macam mana dengan keadaan Rafisya? Dia ada cedera teruk tak, ada apa apa kesan buruk lepas luka macam tu? Keadaan dia.... Keadaan dia stabil tak? Kelam kabut dia menyoal. Doktor itu mengukir seyuman manis.

"Keadaan Cik Rafisya okey. Luka dekat tangan Cik Rafisya pun dah dijahit dan sebentar lagi Cik Rafisya boleh pulang ke rumah." Balas sang doktor sebelum beredar dari situ. Syafiq menghela nafas lega, kaki dihayun ke bilik yang menempatkan Rafisya Aulia .

Susuk tubuh Rafisya yang sedang sibuk dengan telefon pintar ditatap penuh kasih sayang. Punggung dilabuh bersebelahan wanitanya. "Doktor cakap Fisya dah boleh keluar. Kejap lagi Syafiq pergi buat pembayaran then Syafiq hantar Fisya balik okey. " Ujarnya lembut. Rafisya hanya mengangguk namun fokusnya masih pada telefon pintar. Ibu jarinya laju menari diatas skrin telefon.

Pandangan Syafiq terarah ke telefon pintar Rafisya buat seketika. Cis takguna punya telefon, kau berjaya alihkan perhatian gadis aku kan. Kau tunggu telefon, jangan sampai kau jadi musuh aku.

"Err Fisya sihat?" Soal Syafiq lagi. Cuba mengalihkan perhatian Rafisya Aulia.

Rafisya menghela nafas berat. Kepalanya diangguk buat kali kedua.

Syafiq membasahkan bibir. "Syafiq nak minta maaf sebab tak dapat lindungi Fisya harini. Syafiq tak sepatutnya biarkan Fisya terluka sampai macam ni sekali. Kalau Syafiq tak lalai mesti keadaan Fisya akan baik baik saja. Maaf ya Fisya. ".

Untuk kali ketiga. Rafisya masih mengangguk.

Syafiq mengeluh berat. Lantai hospital dipandang. Kalau dah asyik angguk ja dari tadi baik aku cakap dengan patung.

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now