Special chapter 11

1.5K 64 26
                                    

Jam yang sudah berganjak ke angka tiga pagi masih belum berjaya membuatkan gadis itu mengantuk. Sejak tadi matanya langsung tidak diangkat dari menatap wajah pucat lelaki yang telahpun berkorban untuknya.

Malam ini dia menawarkan diri untuk menjaga Syafiq. Pada mulanya Rayyan turut ingin menemani lelaki ini namun Raisya tidak bersetuju. Kata Raisya dia ingin membincangkan sesuatu dengan Rayyan dan pada masa yang sama ingin memberikan ruang pada Rafisya dan Syafiq.

Tangan kanan Syafiq digengam erat .

"Syafiq bangunlah. Fisya minta maaf sangat sangat. Fisya tahu Fisya salah. Fisya sepatutnya dengar cakap Syafiq. Fisya tak sepatutnya bantah. Fisya tahu Fisya degil. Fisya minta maaf."

Bibb....bibbb..

Hanya bunyi mesin yang membalas kata katanya . Air mata sekali lagi mengalir membasahi pipi .

"Fisya menyesal sangat-sangat dengan apa yang dah berlaku ."

Bibb..bibb..bibb..

"Kalau tak disebabkan Fisya, mesti Syafiq takkan terbaring dekat hospital macam ni. Mesti keadaan Syafiq tak seteruk ni kan ."

Bib....bib

"Awak tahu tak Syafiq,saya rasa sayalah perempuan yang paling beruntung sekali sebab saya ada lelaki yang mencintai saya dengan sepenuh hati. Macam macam saya dah buat dekat awak tapi awak tak pernah layan saya dengan buruk. "

Bibb...bibb...

Senyuman tawar terukir dibibir sang gadis." Saya bodoh Syafiq. Saya sombong , saya terlalu ikutkan ego saya hanya kerana kisah lalu kita sedangkan hati saya separuh mati rindukan awak. "

Air mata diseka laju. Perit hatinya melihat keadaan Syafiq yang terlantar kaku.

"Kalau la saya dapat putarkan balik masa, saya janji saya takkan layan awak dengan buruk. Saya akan dengar cakap awak, Syafiq. Afiq bangunlah. Saya rindukan awak."

Syafiq langsung tidak memberi sebarang reaksi , dirinya masih kaku diatas katil .

~

Setelah puas dengan pemakaianya, Raisya segera mencapai beg silangnya. Pintu rumah dikuak dari dalam.

"Hey. " Sapa Rayyan sambil mengukirkan senyuman. Raisya mengukirkan sedikit senyuman walaupun dirinya agak terkejut dengan kedatangan Rayyan. Berdebar juga dadanya taktala bertentang mata dengan lelaki tinggi lampai dihadapannya.

"Rayyan... awak buat apa dekat sini. Tak kerja ke ?"

Rayyan tersengih kecil. Belakang lehernya diusap.

"Rayyan kebetulan lalu kawasan ni tadi , sebab tu la singgah sini dulu. Jomlah Rayyan hantar ke tadika. "

Ingin saja dia bersetuju namun pabila teringat Si Duda anak satu itu ingin bertemu dengannya, terus dibatalkan niatnya. Tidak tahulah kenapa lelaki duda itu ingin berjumpanya pagi ini. Kata lelaki itu, ada hal mustahak yang ingin diberitahu.

"Maaf la Rayyan. Saya perlu jumpa ayah Amin kejap lagi. Katanya ada hal mustahak yang nak dibincangkan."

Wajah Rayyan berubah riak. Dah kenapa pula duda tu nak jumpa dengan bakal isteri aku? Nak buat sesi meluah perasaan ka apa dia ni. Ish kau tak boleh biar ni Rayyan. Kejap lagi kalau Raisya kena rampas, kau juga yang frush menonggeng.

" Kenapa Raisya nak jumpa dia? Ada apa apa urusan ke?" Soalnya berbaur cemburu. Raisya hanya mengangkat bahu. Butang lif ditekan.

"Entahlah saya pun taktau."

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now