Chapter 24

3.9K 164 4
                                    

Selesai sahaja mengemas barang untuk dibawa ke perkemahan selesai Raisya segera menuju ke balkoni biliknya , bulan dan bintang . Petang semalam abangnya membelanjanya okey jujur dia gembira tapi apabila tiba di sekolah pada pagi tadi dia terkejut . Terkejut dengan kata-kata Rayyan , nafas dihembus perlahan hal yang berlaku disekolah diimbasnya kembali .

~

(Iman Raisya pov)

Pagi ini aku hanya berjalan bersendirian menuju ke kelas . Rafisya ? Huhh Rafisya tak datang sekolah harini katanya nak shopping dengan kak Mira memandangkan perkhemahan dah tak lama , tak faham betul aku semalam punyalah dah berbelanja macam-macam . Aku bukannya nak kutuk ataupun apalah tapi wahai Rafisya kita cuma nak pergi perkemahan bukannya nak bercuti di tepi pantai melihat pemandangan dimalam hari . Oh ya cakap pasal shopping memang terkejut beruk aku sebab habiskan duit abang Harith sampai beratus-ratus tapi nasiblah Rafisya pandai manfaatkan keadaan iaitu memuji Harith .

Aku hanya tersenyum taktala teringat akan hal pada petang semalam abang Harith memang baiklah . Sudahlah aku perhabiskan duit dia banyak-banyak tapi dia sanggup volunteer diri dia untuk berbelanja makan . Wahhh abang aku memang TERLAMPAU baik ni untunglah kak Mira nanti .

"Seronok engkau semalam ." Ujar satu suara mengejutkan aku .

Aku menoleh kearah gerangan yang bersuara . RAYYAN ? Like seriously sebelum ni punyalah susah nak tegur aku tapi harini tak ada angin tak ada ribut tetiba ja tegur dah kenapa , ada hal penting ka sampai menegur aku macamni . Aku hanya memandang Rayyan dengan riak penuh tanda tanya . Yelah aku ni berani kutuk dia dalam hati je mana berani kutuk dedepan , mampus aku kalau singa mengamuk .

"Seronokkan engkau peluk lelaki yang tak ada apa-apa hubungan dengan kau ." Ujar Rayyan sinis .

Aku tersentak namun tidak bersuara . Lelaki ? lelaki mana pula aku peluk ni . Ehh ingat aku tak ada maruah ka nak memeluk laki yang tak ada hubungan persaudaraan dengan aku sekasar-kasar aku tapi aku still ada maruah lagi tau . 

Apa yang Mamat ni merepek sebenarnya , mamak ke camna ?

"Kenapa engkau diam ?" Soal Rayyan lagi .

See ! Betulkan apa aku cakap , aku berani kutuk dia dalam hati ja manalah berani nak kutuk dia secara depan-depan . Haihhlah sejak bila aku jadi penakut pun tak tahulah . Panahan mata Rayyan seakan ingin memakanku menyebabkan aku tidak selesa . Ya jujur aku rasa segan , kalau dulu aku berani membalas panahan mata Rayyan tapi sekarang tidak lagi entahlah aku pun tak tahu kenapa dengan aku , apa yang dah jadi dengan aku pun tak tahu .

"Iman Raisya kenapa diam !" Pekik Rayyan.

Haihhh Rayyan ini tak reti malu ka memekik macam ni , kau ingat kita tengah berdrama ke sekarang terpekik-pekik macam tu . Dia ni nama ja PLAYBOY tapi still memekik macam pondan , entah la aku pun tak tahu hormon apa dia pakai sebenarnya .

"Rafi...

"Engkau nak apa ?" Punyalah banyak ayat aku kutuk dia tapi ayat ini saja yang keluar dari mulut aku , see memang aku penakut dengan dia sebenarnya .

"Siapa lelaki itu ?"

"Lelaki ? Lelaki mana ? Aku tak faham ."

"Engkau tak payah buat-buat tak faham la Raisya !!!" Pekik Rayyan lagi , bengang dengan sikap kepura-puraan Iman Raisya .

Okey kali ini aku dah tak boleh tahan sabar , sesuka hati mak ayah dia ja nak tengking-tengking aku , tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba serang aku . Apa dia ingat aku barang mainan dia sesuka hati nak kutuk , tengking aku , entahlah lelaki mana pula yang dia maksudkan aku pun pening .

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now