Chapter 26

4.9K 172 27
                                    

Semua pelajar dibahagikan enam orang satu kumpulan Raisya dan Rafisya berada satu kumpulan dengan kawan-kawan Rina . Jujur mereka berdua merasa gembira kerana sekurang-kurangnya mereka tidak berkumpulan dengan Minah bajet diva itu . Minah-minah bajet diva dipandang sekilas kelihatan mereka sedang duduk berhampiran khemah sambil bermain telefon yelah Cikgu Nizam cakap buat aktiviti masing-masing harini .

Main telefon ? kejap dalam hutan ni ada rangkaian ka eh , diorang pakai line hutan ke macam mana .Wajah Rayyan dan Syafiq dipandang kenapa wajah mereka kelihatan kusut , takkanlah kerana satu kumpulan dengan Umarul ? Umarul kan baik kenapa mereka macam tak suka ja , jangan sampai terjadi sebarang pergaduhan sudah .

"Raisya kenapa termenung teringatkan buah hati eh ?" Soal salah seorang kawan Rina yang bernama Arissa . Khemah yang siap dipasang agak menarik perhatian Rafisya , ahli kumpulannya hanya dipedulikan olehnya nasib jugalah ahli kumpulannya sedang berbual dengan Raisya .Haihh dia bukan selalu tidur dalam khemah begini macam tak sabar ja menunggu malam tiba .

"Buah hati ?" Soal Raisya hairan , buah hati mana pula Arissa ni aku nak lekat dengan lelaki pun susah . Tak percaya ? Kalau tak percaya cuba tengok hubungan aku dengan Rayyan kita orang lagi banyak bergaduh daripada berbaik.

"Alaaa buah hati yang hantar Raisya tadi ."

Raisya berfikir sejenak . Buah hati ? Hantar tadi....Buah hati....Siapa...Siapa hantar aku tadi ? Ehh wait hantar aku ? Ohh no nampaknya Arissa dah salah faham hahhahahahha.

"Arissa itu bukan buah hati saya la ." 

Arissa menayangkan wajah blur .

"Habis itu ?"

"Itu abang sayalah . "Balas Raisya sambil ketawa.

Dalam sedang bergelak-ketawa Raisya tidak perasan akan sepasang mata yang memerhatinya dari jauh .

"Hoii Rayyan beg engkau tu boleh letak ketepi sikit tak.." Soal Asri tak puas hati , datang perkemahan ingatkan boleh hilangkan stress tapi nasib lagi malang macam manalah aku boleh satu kumpulan dengan dua orang playboy ini . Jangan salah faham bukannya pelajar lelaki tidak sukakan Rayyan dan Syafiq tapi disebabkan ramai perempuan yang sukakan Rayyan dan Syafiq mereka semua merasa sedikit iri hati , yelah memang tidak dinafikan Rayyan dan Syafiq memang jejaka idaman gadis-gadis tapi kasihanlah kami yang kurang menawan ni , kalau korang ambil semua macam mana nasib kami ni .

"Suka hati aku la beg aku kan ." ujar Rayyan tidak berpuas hati , orang tengah usya Raisya ada saja orang nak mengganggu . Asri hanya menggeleng kepala ini baru perangai Rayyan belum lagi perangai Syafiq . Ohh ya cakap pasal Syafiq kemana pula mamat drama itu pergi .

***

Berkali-kali Syafiq merayu kepada Cikgu Nizam namun permintaannya ditolak mentah-mentah oleh Cikgu Nizam , walaupun begitu Syafiq masih merayu kepada Cikgu Nizam diharap semoga Cikgunya itu fahan akan permintaannya . Cikgu Rusli yang baru muncul mula tertanya-tanya akan kedatangan Syafiq ke sini sedangkan pelajar lain sedang sibuk mengemas barang yang dibawa .

"Syafiq kamu buat kesini ?" Soal Cikgu Rusli hairan .

"Haaa eloklah kau datang Li , aku dah penat melayan kerenah budak ni ."

"Ada ap...

"Cikgu tolonglah saya cikgu ." Rayuan Syafiq terus berubah kepada Cikgu Rusli .

"Tolong apa ?" Soal Cikgu Rusli masih bingung.

"Tolonglah saya cikgu saya nak satu kumpulan dengan Rafisya ." Ujar Syafiq . Tujuan dia datang ke perkemahan cuma satu iaitu kerana adanya Rafisya Aulia kalau Rafisya tak datang perkemahan ni memang tidak la dia nak datang kesini , aku ni dah la penakut . 

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now