Chapter 38

3K 111 0
                                    

Kakiku laju melangkah keluar dari perut kereta Rayyan Rayqarl, aku mendepakan kedua belah tanganku sambil menghirup udara segar di taman rekreasi. Susuk tubuh Rayyan Rayqarl yang menjelingku hanya aku pedulikan.

"Kalau ya pun tak sabar nak hirup udara segar, tunggu la Iyan dulu. Tahu tak bahaya keluar sorang sorang macam ni. Awak tu dibawah tanggungjawab saya sekarang ni."

Aku mencebikkan bibir. Macam la aku ni budak kecil yang tak pandai jaga diri, lagipun apa yang nak dirisaukan, ramai kelompok manusia di kawasan ini. Rayyan Rayqarl ni berdrama betul la.

" Iyan, awak boleh tak jan.....

"Hai Rayyan." Sampukan seseorang menghentikan bebelan aku. Mataku laju menilik segenap wajah ayu dihadapanku.

Siapa pula makhluk cantik ni. Rayyan Rayqarl! Kau curang dengan aku dalam diam eh? Kau memang tak pernah berubah kan, kau jangan sampai aku gedebik muka kau dekat sini. Aku dah tak kisah kalau orang ramai nak viralkan kejadian aku pukul kau.

"Kasih."

Perlahan sahaja suara Rayyan Rayqarl tika ini. Dahinya berkerut seribu melihat senyuman manis dibibir gadis idaman Asri.

"Rayyan buat apa dekat sini ?" soal Kasih berbasa-basi. Raisya disebelah Rayyan Rayqarl dipandang sebelum menghadiahkan senyuman ikhlas.

"Teman isteri aku jogging ." Ujar Rayyan senada manakala Iman Raisya sudah membulatkan mata . Aku tak tahu kenapa perlu bersua muka dengan gadis ni pada waktu petang macam ni.
Asri, kau datang ambil bakal bini kau sekarang. Dah pandai dah perempuan ni jalan sorang sorang tanpa peneman.

Kasih hanya mengangguk sahaja. Wajah Rayyan Rayqarl dipandang dengan penuh persoalan.

Persoalan yang berkaitan dengan jirannya, Asri.

Asri sekarang lebih suka mengelakkan diri dari bertemu dengannya.

Dan Asri yang sekarang amat dingin dengannya.

"Aku pergi dulu." Pinta Rayyan lalu menarik lembut lengan Iman Raisya yang hanya mendiamkan diri.

Aku tak kisah pandangan orang ramai tapi yang aku cuma kisahkan sekarang adalah Iman Raisya. Semoga Iman Raisya tidak salah faham dengan semua ini.

"Err tunggu..... "

(RAYYAN POV)

Okey sekarang aku ni aku dah mula pelik. Kenapa pula minah ni nak suruh aku tunggu. Kau jangan macam macam Kasih, jangan menjadi watak antagonis di petang yang indah ini. Muka kau tu muka baik, jangan cuba cuba nak bawakan watak jahat, tak sesuai.

"Saya cuma nak tanya awak tentang Asri. "

Ting! Ini lagi aku terkejut, tak pernah pernah minah ni risaukan pasal Asri, kenapa pula petang ni tiba-tiba nak tanya tentang ASRI. Hey! Aku sendiri dah jarang berjumpa Asri, sibuk sangat mamat tu dengan dunia novel dia sekarang .

"Kenapa dengan Asri. " Nak tak nak terpaksa juga aku bersuara.

Wajah Raisya aku pandang sesaat . Riak wajah bersahaja yang ditayangkan inilah yang menakutkan aku. Tahu kenapa, angin kemarahan Raisya sekarang tak mengikut reaksi muka, kadang kadang muka sedih tapi hati gembira. Kadang muka gembira tapi hati sedih. Dan pernah satu hari  muka bersahaja tapi dalam hati menggelegak api kemarahan.

Kau kena bersabar jelah dapat bakal isteri yang berperangai tak menentu macam ni wahai Rayyan Rayqarl.

"Saya rasa Asri macam mengelakkan diri dari saya ."

Sebelah kening diangkat. Dah tu apa kena mengena dengan aku kalau Asri mengelak dari kau.

"Sebenarnya saya dengan Rayyan pun dah jarang jumpa dengan Asri sekarang. Asri yang sekarang lebih suka menyendiri, dia dah jarang berbual dengan kita orang sekarang. Saya sendiri tak tahu kenapa dengan dia." Sampuk Iman Raisya jujur. Tanpa sedar Rayyan Rayqarl turut mengangguk.

Okey aku setuju sangat dengan kata kata Raisya. Pernah sekali ni, aku punyalah bersuka ria bergelak tak ingat dunia tapi si Asri cuma tayang muka minta penampar. Aku tak kisah sangat kalau dia tak rasa kelakar dengan cerita aku tapi jangan la tayang muka minta penampar macam tu, tangan aku ni bukannya dapat dikawal sangat.

Dan pernah juga satu hari kita orang pergi tonton wayang dan decide nak tengok cerita sedih. Aku dan yang lain tu memang tahan diri dari nak menangis ja tapi bila tengok riak muka Asri terus air mata aku hilang. Dan jata kata Asri yang buatkan aku rasa nak terajang sangat adalah

"korang ni cari cerita sebenarnya, aku langsung tak faham. Dahlah asyik menangis ja dari mula sampai habis. Tak ada cerita lain ke."

"okey saya setuju ."

Tamparan kuat Iman Raisya menghentikan lamunan aku. Kejap kejap apa benda yang tiba tiba setuju ni, aku tak sempat dengar apa apa lagi ni.

Ermmm..

Kau tunggu la kejap lagi mesti Iman Raisya membebel dekat aku sebab tak tumpukan perhatian.

(END POV)

~

Sedari tadi Qistina hanya mampu melihat keakraban Rayyan dan Raisya melalui foto yang dihantar oleh orang suruhannya. Wajah yang sememangnya putih itu mula berona merah .

"Tak guna! Engkau tunggu Iman Raisya! Kau tunggu, akan pastikan kau mati! Kalau aku tak boleh dapatkan Rayyan Rayqarl, aku akan pastikan kau juga takkan dapat dia! Kau memang perempuan tak guna!"

Telefon dicapai lalu nombor seseorang didail .

"Aku nak korang terus perhatikan mereka berdua terutama sekali perempuan tak sedar diri tu!"

~

Setelah selesai kerjanya, Rina segera menuju ke pusat membeli belah. Kaki laju melangkah menuju ke destinasi yang ingin dituju namun susuk tubuh seseorang yang sedang leka membaca novel menarik perhatian Rina.

Kafe tersebut segera dituju. Pintu kaca Kafe ditolakkan perlahan sambil matanya meliar liar mencari susuk tubuh yang berpakaian serba hitam besertakan mask yang menutup wajah.

Entah mengapa hatinya berkobar kobar untuk mengetahui susuk wajah gerangan yang padanya mencurigakan itu . Langkah segera dibuka menuju ke kawasan yang agak tersembunyi dalam lafe itu, matanya masih meliar liar mencari gerangan itu.

Rina terus mencari dan memerhati sekeliling hingga bahunya dilanggar kuat oleh seseorang. Rina merengus sakit sebelum mengangkat wajah.

Dahinya sedikit berkerut melihat gerangan yang dicarinya sudah pun muncul didepan mata.

Asri...

Kejap kenapa Asri perlu pakai sampai macam ni sekali. Asri, kau bukannya dalam misi under cover macam dalam drama drama televisyen.

"Asri....

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now