Chapter 48

3.9K 99 22
                                    

Segala jenis beg pakaian milik Raisya dan Rafisya dimasukkan ke dalam bonet kereta . Senyuman dihadiahkan pada ahli keluarga mereka yang sedang bersedih dengan keberangkatan mereka ke luar negara. Tangan ahli keluarga masing masing disalam.

"Duduk dekat negara luar tu hati hati, jaga diri elok elok. Abang tak nak apa-apa jadi dekat adik abang dan jangan lupa info aktiviti Eisya pada abang, hari hari. Jangan lupa ."

Raisya hanya mengangguk sahaja taktala mendengar celoteh Harith manakala Rafisya Aulia sedari tadi hanya menggosok  belakang lehernya taktala dirinya dibebel oleh ahli keluarganya.

Yalah mereka berdua buat keputusan mengejut nak belajar dekat luar negara. Maunya tak kena bebel.

Usai bersalaman mereka berdua segera masuk ke dalam perut kereta. Tangan dilambai lambai pada ahli keluarga mereka. Kereta yang dipandu Pak Mahad mula membelah jalan raya.

Sebentar sahaja lagi mereka bakal meninggalkan bumi Malaysia dan menetap di bumi Jepun, menghabiskan pengajian dibumi asing itu. Tidak terdetik langsung dalam diri untuk meninggalkan bumi ini namun untuk mengubat hati yang terluka, mereka terpaksa.

Biarlah apa yang terjadi disini dijadikan pengajaran dan tauladan. Mungkin Tengku Rayyan Rayqarl dan Tengku Syafiq Haziq bukanlah yang terbaik untuk mereka.

Namun ucapan terima kasih tetap terucap dibibir kerana kedua orang lelaki itu pernah membahagiakan mereka walaupun itu cumalah lakonan semata mata.

Perasaan ikhlas dan sayang terhadap jejaka itu amatlah ikhlas. Tipulah kalau mereka langsung tidak terkesan dengan pujukan sang jejaka itu, tipulah kalau mereka bahagia melihat wajah sayu, sedih dan sifat lemah dua orang jejaka itu.

Mereka sendiri melihat bagaimana terseksanya dua orang jejaka itu namun perasaan takut tetap menguasai diri mereka. Takut seandainya mereka bakal ditipu dan dipermainkan buat kali kedua.

Rayyan, Syafiq. Kalau ada jodoh kita akan bertemu lagi dan kalau tiada jodoh. Saya tahu korang berdua akan bertemu dengan perempuan yang jauh lebih baik dari kami berdua.

Terima kasih untuk waktu waktu sebelum ini. Terima kasih kerana telah bahagiakan kami, telah mengajar kami erti sayang, erti kasih dan erti cinta.

Terima kasih untuk segalanya.

~

Leka benar sang jejaka disitu menerangkan rancangan rancangan yang terperinci bagi menambat semula hati sang pujaan hati. Walau sejauh mana pun kedua orang gadis itu menolak mereka, mereka tetap tidak akan mengalah.

Sebenci mana pun perasaan pujaan hati mereka. Mereka bertekad untuk kembalikan rasa sayang dan cinta dalam diri sang pujaan hati.

"Jadi Rina akan mainkan peranan penting dalam rancangan kita sebab Rina ja yang rapat dengan diorang."

Masing masing dimeja makan mengangguk faham. Benar juga apa yang dikatakan Umarul. Yelah takkan la Si Umarul ni pula yang nak bawakan peranan penting, dia lelaki kan. Lainlah kalau Rina, sama jantina.

" Aku rasa better Rina pura pura ajak diorang keluar petang esok, pergi taman biasa tu." Tambah Asri. Telunjuknya terhala pada Rayyan dan Syafiq. "Korang pula, sediakan ayat lengkap untuk penerangan korang."

Syafiq menarik senyuman manis. " Ayat lengkap aku dah tersenarai elok dalam dairi aku, jangan risaulah. Dah lebih 11000 patah perkataan aku taip."

Rayyan terkebil kebil. "Apabenda yang kau taipkan sampai panjang macam tu?"

Syafiq mencebik. "Alah adalah, kau tu jangan nak menyibuk. Uruskan jantung hati kau tu sudahlah. Sibuk je nak ambil tahu rahsia aku."

"Jadi lepas bawa Raisya dan Rafisya ke taman. Aku terus tinggalkan diorang dekat tepi tasik. Korang tu jangan datang lambat sangat, diorang tu dahlah jenis sensetif sekarang."

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now