Special Chapter 9

1.5K 70 15
                                    

Selama sebulan Rafisya bekerja, semenjak itu juga la Syafiq datang awal ke tempat kerja. Yelah kena la tunjuk contoh yang terbaik untuk kekasih hati aka junior tersayang.

Punggung dilabuhkan di kerusi kulit. komputer di mejanya dibuka. Kita sibukkan diri dahulu.

"Eh Tuan Syafiq , semenjak kebelakangan ni awal datang. " Persoalan dari Mirul hanya mendapat cebikan Syafiq . Ya tahulah selama ini dia selalu datang lewat tapi tak payah la perli . Kalau Rafisya dengar macam mana...

Kantoi la aku....

"Kau diam boleh tak, janganlah ditegur. Aku ni semenjak sekarang dah taknak curi tulang. Tak berkat la kerja aku nanti."

"Hai Rafisya. Selamat pagi." Rafisya yang baru tiba tersenyum manis pada Arman. Punggung dilabuhkan pada tempat duduknya.

Pandangan Syafiq terus terarah ke Rafisya. Senyuman manis turut terserlah dibibir lelaki itu namun Rafisya langsung tidak membalas.

Cis takguna kau Arman. Seronok la tu kan bila Rafisya aku balas senyuman kau.

"Syafiq, malam nanti kita pergi satu kelab dekat Jalan Indah. Laporan mendapati anak-anak ikan Lew Quan ada dekat sana. Aktiviti haram diorang semakin berleluasa dalam kelab tu. Dah sebulan lebih kita siasat dan memang confirm, tempat tu memang salah satu tempat utama mereka untuk sesi jual dadah diorang. " Syed bersuara serious sambil meletakkan laporan di atas meja Syafiq. Syafiq hanya mengangguk faham. Tangan dan tengkuk diregang regangkan, rasa macam dah lama tak serang kumpulan haram ni jadi mari senaman sekejap.

"Walaupun saya masih mentah dalam hal ini tapi saya akan berikan kerjasama yang terbaik. " Rafisya tersenyum kecil. Berdebar juga dadanya untuk menyerang kumpulan yang cukup terkenal itu.

Setelah Arman, Syafiq dan Mirul beredar. Syafiq segera menarik kerusi getah Rafisya. Ditarik kerusi itu agar rapat dengannya.

"Syafiq.....

"Fisya, betul ka kau nak join malam nanti. Kes Lew Quan ini kes berat tau . Aku tak nak kau cedera ataupun terluka. Kes diorang ni tak sesuai dengan kau. Silap silap diorang boleh jadikan kau tebusan. Aku taknak kau cedera Rafisya. Aku tak kisah pasal diri aku tapi jangan kau. Please Rafisya... Undur diri kau. " Perlahan suara lelaki itu. Wajahnya beriak risau.

Rafisya menghela nafas berat. "Tuan... sebagai ahli baru, saya perlu berikan kerjasama sepenuhnya. Apa tujuan saya masuk bidang ni kalau saya takutkan cedera. Saya tak nak dianggap curi tulang."

Syafiq menggeleng. Rafisya takkan faham perasaan takutnya. Sudah sudah la Rafisya meninggalkannya selama tujuh tahun. Dia taknak kehilangan Rafisya untuk kali kedua.

"Fisya kau masih baru dalam bidang ni . Kau tak faham betapa bahayanya Lew Quan. "

Rafisya mengukirkan senyuman sinis .

"Tak perlu risaukan aku Syafiq , aku mampu jaga diri aku sendiri ."

Syafiq memejam matanya sesaat. Nafas ditarik lalu dihembus. Barcakap dengan Rafisya ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

"Fisya, aku tahu kau mampu jaga diri kau . Tapi aku tetap tak nak kau cedera. Diorang tu bukan sembarangan orang, Rafisya Aulia. "

Rafisya mencebik geram. Apa masalah lelaki ini. Apa susah sangat ka dia nak percaya dengan kebolehan aku!

"Syafiq.. Macam yang aku cakap kalau aku takut cedera, aku takkan kerja sebagai anggota polis tau. Lebih baik aku tolong Raisya dekat tadika. Pleaselah aku dah besar. Jangan sibuk dengan urusan aku, hubungan kita dah lama berakhir."

Rafisya segera mengangkat punggung. Malas mahu melayan perangai Tengku Syafiq Haziq yang tak habis habis tak percaya dengan kebolehan dirinya.

Selama sebulan ini, lelaki itu langsung tidak membenarkan dia ikut campur urusan yang berat berat. Dia hanya diarah untuk duduk di pejabat dan menghantar laporan. Tengku Syafiq Haziq memang benar benar memandang rendah akan dirinya.

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now