Chapter 44

2.2K 68 1
                                    

Seminggu Berlalu

"sayangggggggggggg.." Senyuman manis terserlah dibibir sang lelaki. Punggung dilabuhkan bersebelahan Rafisya Aulia, kepalanya dilabuhkan ke bahu sang gadis pujaan hati. Tak dinafikan bahu Rafisya Aulia telahpun menjadi tempat kegemarannya sekarang.

Rafisya Aulia tersenyum kecil. Rambut tebal lelaki kesayangannya diusapnya perlahan.

"Kenapa ni hmm?"

"sayang sayang awak tahu tak apa beza awak dengan matahari ?"

Kening berkerut namun dilayankan juga telatah manja Tengku Syafiq Haziq.

"Tak tahu, kenapa ?Apa bezanya ?"

Tengku Syafiq Haziq tersengih sumbing.

"Bezanya, matahari bersinar di semua planet manakala sayang bersinar dalam hati syafiq."

Sorakan gemuruh mula memenuhi pelusuk kelas. Ini tak lain tak bukan mesti belajar dari Asri.

"Lahai kenapa awak comel sangat ni sayang? ."

"Ya saya dah tahu pun."

Rafisya Aulia mengusap lembut tepi wajah Tengku Syafiq Haziq sebelum jemarinya kembali mengusap rambut lelakinya.

"awak tahu tak apa beza awak dengan kucing peliharaan saya ?"

"tak tahu." Laju lelaki itu membalas.

"Tak ada beza pun, dua dua saya sayang."

"Ahh chiaa chia chia la sangat " Sampuk Rayyan sambil menepuk tangan . Bibir dijuihkan, menyampah dengan apa yang dilihatnya sekarang.

Kedua mempelai menghadiahkan jelingan pada Tengku Rayyan Rayqarl. Sesuka hati kau ja nak menyampuk dah kenapa. Ya tahu la Iman Raisya tak datang sekolah harini sebab sibuk dengan aktiviti keluarga tapi tak perlu lah ya sampai menganggu macam ni.

"Dah kenapa berhenti, teruskanlah chia chia korang itu. Aku pun nak menyibuk juga ni." Punggung dilabuhkan berhadapan sang mempelai, kedua belah tangannya ditingkatkan ke wajah.

Tengku Syafiq Haziq mengangkat kepala. Bibir dicebiknya.

"Rayyan, kau kalau sehari tak menganggu ketenteraman aku hidup kau takkan senang eh. Memang kau dilahirkan untuk menganggu aku eh?"

"Lohhh fine fine, teruskan aktiviti tergendala korang. Aku pergi bersweet dengan Umarul lagi best "

"Wehh tolonglah jangan jadi kunyit." Ujar Rafisya Aulia, menyembunyikan senyumannya. Tengku Rayyan Rayqarl mencebik geram. Punggung diangkat meninggalkan pasangan merpati sejoli yang nyata menyampah dengan kehadirannya.

Tengku Syafiq Haziq tersenyum gembira. Kepalanya kembali dilabuhkan ke tempat kegemarannya. Jemarinya laju membawa jemari runcing Rafisya Aulia ke rambut lebatnya.

~

Sebenarnya Tengku Rayyan Rayqarl tidak terus menuju ke kelas sebelah. Langkahnya dihayun menuju ke tandas namun tangisan Qistina menarik perhatian lelaki itu.

Dahi lelaki itu berkerut seribu. Tak pernah pernah menangis dekat sekolah. Drama ap pula yang kau nak bawakan ni Qistina.

Nafas dihela berat melihat gadis itu, berat hatinya untuk biarkan gadis itu bersendian tambahan pula dengan keadaan gadis itu sekarang. Sekurang kurangnya Qistina sanggup rahsiakan  tentang rancangan bodohnya, nak tak nak kakinya dihayun menuju kearah sang gadis.

"Qis, are you okey? "

Qistina laju mengelap air matanya yang berderaian.

"Ohh Ray.. rayyan." Suara serak basah sang gadis melalui gegendang telinga Tengku Rayyan Rayqarl. Mata sang gadis jelas kemerahan .

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now