Chapter 43

3K 91 6
                                    

Taktala loceng menandakan waktu pulang berderingan, para pelajar di kelas 5S1 kelam kabut mengemas buku buku dan alat tulis yang berselerak diatas meja.

Namun disudut belakang, kelihatan dua pasangan merpati sejoli sedang sibuk berbual seakan tidak akan bertemu lagi, Qistina segera menghayun kaki ke arah merpati sejoti itu.

"Rayyan I nak jumpa you. Ada hal penting I nak beritahu you." sempat matanya menjeling pada Iman Raisya sebelum kakinya dihayun dari situ. Tengku Rayyan Rayqarl hanya mencebik namun tetap mengangkat punggung taktala Iman Raisya terusan memaksanya

"Pergi jelah. Mungkin dia ada hal mustahak nak bincangkan dengan Iyan."

"Oh ya petang nanti kita orang nak jumpa dengan Kasih ,ceritakan perkara sebenar. Korang jangan risau okey, yang penting sekarang korang berdua uruskan soal Asri. Kita orang tak nak rancangan kita gagal." sambungnya.

Tengku Rayyan Rayqarl mengangguk faham, kaki dihayun keluar kelas. Susuk tubuh Qistina yang berada dihujung blok bangunan dituju.

"Kau nak apa?" Sesekali pandangannya memandang sekeliling, memastikan kawasan itu masih dilalui para pelajar bagi mengelakkan Qistina menfitnahnya namun deretan kaki Syafiq Haziq menarik senyuman dibibir Tengku Rayyan Rayqarl.

Thanks Syafiq.

"You nak dengar sekali eh perbualan kita orang ?"Wajah sigadis tajam menikam wajah Tengku Syafiq Haziq, senyuman sinis terukir dibibir gadis itu.

"Habis kau ingat aku nak biarkan kau berdua duaan dengan Rayyan ? Heyy Rayyan ni baru je nak insaf dari zaman playboy dia tu. Aku tahu kalau aku tinggalkan Rayyan dengan syaitan macam kau, kau akan menghasut dia macam-macam. Eh aku tak rela ya sepupu aku berubah macam dulu ."

"Baguslah juga kau ada dekat sini pun."sepucuk surat dikeluarkan dari beg sandangnya. Sampul surat muka bertukwr tangan.

Dengan malas Tengku Rayyan Rayqarl membuka isi dalam sampul surat. Buat seketika senyuman di wajah kedua lelaki terus menghilang, terkebil kebil mata Tengku Rayyan Rayqarl memandang Qistina yang mengukirkan senyuman kemenangan.

"Qi...

Tengku Syafiq Haziq laju mengoyak kertas itu. Riak bengis jelas terserlah diwajah itu.

"Kenapa? Terkejut? Rayyan Rayyan, I tak sangka macam ni kan perangai you. You berlakon like innocent man but actually you ni sebenarnya devil."

"Mana kau dapat surat ni perempuan! " Rahang Tengku Syafiq Haziq diketap kuat. Kedua belah penumbuknya sudahpun terbentuk, menunggu masa sahaja penumbuknya melayang ke udara.

"Kenapa? Bukan ke korang yang buang kertas tu dalam tong sampah? Bukti dah ada depan mata la Rayyan sayang, apa lagi yang you tunggukan. Putus dengan Iman Raisya dan kembali pada I, I'm sure Iman Raisya akan jatuh tersungkur macam apa yang you inginkan. Rayyan sayang look you already do your job and now time to end that fucking relationship. "

Tengku Rayyan Rayqarl memicit pelipisnya perlahan. Nafas berat dihela.

"Qistina please jangan macam ni. Kau tolong jangan ceritakan pada Raisya. Qis, aku dah betul betul sayang dan cintakan Raisya. Tolonglah pasal challenge bodoh semua tu, itu cuma cerita lama. Memang dulu aku tak cintakan Raisya tapi sekarang... Sekarang aku terlalu cintakan dia. Tolonglah Qis jangan buat aku macam ni, aku tahu tak ada gunanya Syafiq koyak kertas tu. Aku tahu kau ada lagi banyak salinan kertas tu dekat rumah kau tapi please Qis, izinkan aku bahagia kali ni. " wajah Tengku Rayyan Rayqarl amat tertekan tika ini.

Qistina mengangguk perlahan.

"Okey I boleh pertimbangkan but I nak korang jujur. Betul ka dulu korang memang nak permainkan dan seksa perasaan Raisya dan Rafisya." Sinis saja suara itu.

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now