Special chapter 14

2.7K 75 16
                                    

Selepas kejadian semalam, Rafisya mahupun Syafiq langsung tidak bercakap meskipun sekarang ni mereka berada dalam satu kumpulan. Syafiq dengan gaya sibuknya manakala Rafisya dengan kerja kerjanya.

"Setakat ini dahulu mesyuarat kita. Jadi korang boleh beredar sekarang. " Tegasnya  sebelum melangkah keluar dari bilik mesyuarat.

Meja kerjanya dituju. Skrin komputer ditatap, jari kekarnya menari nari laju di keyboard komputer. Rafisya yang berada bersebelahannya dianggap tidak wujud saja .

Merajuk? No ini lebih kepada kecewa okey. Biarlah mungkin mereka berdua memang tidak ditakdirkan bersama.

Sejak tadi lagi Rafisya sibuk mencuri pandang lelaki bersebelahannya. Sibuk benar lelaki itu dengan report yang perlu dihantar kepada orang atasan sampai tak angkat langsung kepala tu

Apa yang kau dah buat ni Rafisya. Kau dah berjaya renggangkan hubungan korang. Tengoklah sekarang, tak ada lagi Syafiq Haziq yang dahagakan perhatian kau, tak ada lagi Syafiq Haziq yang bersungguh sungguh nak buat buatkan kau ketawa. Padan la dengan muka kau. Sekarang kau dah hilang dia.

Korneanya kembali fokus bila Syafiq menolak kerusi kebelakang. Punggung lelaki itu diangkat laju.

"Nak pergi mana ?" Soalnya drastik , dia turut berdiri. Syafiq memandangnya tanpa riak, senyuman sinis terukir dibibir lelaki itu.

"Sejak bila kau suka ambil tahu urusan aku? Bukannya kau cakap kau bencikan aku? Go on with your bencilah Rafisya Aulia, aku boleh survive la hidup tanpa kau."

Rafisya terpana .

Syafiq menjelingnya sekilas sebelum beredar dari situ, kaki panjang itu melangkah laju beredar dari situ.

"Orang tanya sikit ja kan, merajuk macam budak budak ." Punggungnya dihentak kuat. Terasa juga dengan Syafiq sebenarnya tapi dia sedar, semua ni salah dia.

"Biasa la Fisya. Hidup ni bagaikan roda , sekejap kita dekat atas , sekejap dekat bawah. " sampuk Arman. Kertas kertas kerja diletakkan ke atas meja Syafiq.

"Maksud engkau ?"

Arman hanya tersengih .

"Yalah dulukan kau yang marahkan Tuan Syafiq, sekarang ni Tuan Syafiq pula yang marahkan engkau."Kepalanya digeleng perlahan." Aku tak rasa Tuan marahkan kau, dia cuma kecewa ja tu. Alah kejap lagi okey la tu. "

Rafisya agak terkesan dengan kata kata Arman namun wajah tanpa riak dilayangkan. Bibirnya bergerak gerak namun tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya.

Arman sekali lagi tersengih." Aku sebenarnya bukanlah nak puji Tuan Syafiq tapi kalau kau nak tahu, sejak kami mula mula kenal dengan dia sampailah sekarang, tak pernah lagi kami tengok dia keluar dengan mana mana perempuan. Kau la perempuan pertama yang berjaya buatkan dia risau. Tak senang duduk Tuan Syafiq bila kau masuk hospital haritu. Rafisya, percayalah cakap aku, Tuan Syafiq sayangkan kau sangat sangat tau. Beruntung kau sebab dia cintakan kau sangat sangat. Dia setia dengan kau bertahun tahun lamanya, kalau dia tak sayangkan kau. Dia boleh ja cari penganti kau tapi dia tak buat semua tu Rafisya. Dia tetap tunggu kau, bercanggah la perempuan yang nakkan Tuan Syafiq, tunggu dia petik jari ja perempuan akan beratur tapi dia tak buat semua tu Rafisya. Sebab apa, sebab dia sayangkan kau. Dia setia dengan kau."

Termenung sang gadis. Kata kata Arman melekat dikotak fikirannya.

Dia sayangkan kau sangat sangat Rafisya.

Dia sayangkan kau sangat sangat

Sangat sangat Rafisya.

"Aku pun sebenarnya bukanlah nak puji Tuan Syafiq sangat tapi kau tahu tak betapa sakitnya kena dua butir peluru tu . Hey! Aku ni pernah kena satu pun dah menangis tau . Tapi Tuan Syafiq tu relax ja sebab dia nak selamatkan kau. Waktu nyawa dia hujung hujung tanduk pun dia masih risaukan kau. Percayalah Rafisya , susah nak jumpa lelaki macam Tuan Syafiq dekat dunia ni, mungkin dia pernah buat salah dekat kau. Tapi percayalah dari kesalahan tulah yang akan bantu diri korang bertambah matang. Rafisya, jujur aku beritahu kau eh, aku tak sanggup tau tunggu tujuh tahun macam tu. Tujuh tahun tu bukan masa yang singkat tau. "

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now