Chapter 22

4.2K 159 5
                                    

Usai tamatnya pembentangan geografi Syafiq dan Rayyan seakan menunaikan janji mereka iaitu tidak akan mengganggu Raisya dan Rafisya namun walaupun baru dua hari berlalu tetapi Rafisya sudah rasa tidak tenang . Sudahlah sejak nama Umarul terkeluar dari mulutnya Syafiq langsung tidak menegurnya mahupun bertentang mata dengannya . 

"Heiiii Rayyan , Syafiq." Apabila nama mereka berdua diseru oleh beberapa orang pelajar Raisya dan Rafisya segera mengangkat kepala , ya sejujurnya itulah wajah yang paling dirinduii oleh mereka berdua .

"Sya....

Belum sempat Rafisya memanggil Syafiq , Syafiq dan Rayyan sudah pun menukar tempat duduk mereka kini Syafiq dan Rayyan sudahpun berada di tempat paling hadapan yang berhadapan dengan meja guru . Bukannya sebelum ini  Rayyan pernah memberitahunya bahawa dia paling benci duduk berhadapan guru kerana sukar untuk tidur tetapi kenapa sekarang ...Adakah mereka berdua begitu menunaikan janji tersebut . Sedih ? ya mengapa perlu wujud perasaan ini dalam hati aku , aku sepatutnya gembira sebab mamat dua orang itu dah tak ganggu aku lagi .

Beberapa orang pelajar yang datang ke tempat Syafiq dan Rayyan akhirnya mendapat pekikan mereka , semua pelajar dalam kelas itu terkejut termasuk Rafisya dan Raisya .

Rayyan dan Syafiq menengking pelajar perempuan , biar betul ? Mereka berdua dah insaf daripada berkelakuan playboy ke kalau dah bebetul insaf  insaf Alhamdulillah . 

Pengumuman daripada guru yang mengarahkan semua pelajar untuk turun ke dewan terus membuatkan mereka berdua kembali ke dunia nyata.

Raisya dan Rafisya segera mengemas buku lalu melangkah keluar dari kelas 5S1 panggilan daripada Umarul dan Rina menyentakkan mereka berdua.

"Jom ke dewan bersama." Ujar Umarul lalu berjalan bersama-sama Rafisya , ketika berjalan bersebelahan mereka berdua tidak sedar akan mata yang memerhati mereka dengan pandangan marah 

"Engkau milik aku Rafisya Aulia Binti Dato Jalil ! Walau apapun kau milik aku , hanya aku " Ujar satu suara .

 ***

Setelah hampir semua pelajar berada dalam dewan Cikgu Nizam mula menyampaikan ucapan tentang perkemahan yang wajib disertai oleh mereka yang bakal diadakan lagi dua hari dari sekarang .

Perkemahan ? Perkara yang paling disukaii oleh Raisya dan Rafisya , tanpa menunggu lama mereka berdua segera mengambil borang kebenaran yang dipegang oleh Puan Azrina .

"Kitaorang dah selesai ." Ujar Umarul dan Rina.

Entah sejak bila Umarul dan Rina rapat sehinggakan mereka berdua sehingga bagaikan belangkas yang tak bisa dipisahkan atau kemungkinan mereka semakin rapat kerana Umarul sudahpun sah menjadi model Rina . Nasiblah Rina ada beritahu yang Umarul ini modelnya kalau tidak mesti mereka berdua sudah salah anggap .

"Korang join juga eh ?" Soal Raisya gembira.

"Of course la sebab model aku ni excited nak bergambar dengan background dalam hutan yang kehijauan tu." Terang Rina sedangkan Umarul amat memaksanya mengikuti perkemahan ini entahlah mengapa dia juga yang dipaksa sedangkan ramai je kawan yang lain .

Dari jauh Rayyan dan Syafiq memerhati sahaja perlakuan mereka berempat , sesekali buku lima digengam apabila melihat senyuman Rafisya yang terukir taktala berbual bersama Umarul . Marah ? ya memang marah gila engkau mangsa tak marah bila mangsa kau tetiba rapat dengan lelaki lain . Macam mana kalau mangsa engkau sukakan orang lain ? Korang yang rasa terbeban dan tidak berpuas hati seperti apa yang aku rasakan selama ini . Haihh yang Umarul ni punyalah ramai peminat tapi nak juga dengan budak pendek tu juga yang dia nak kejarkan !! Namun taktala anak mata Syafiq dan Rafisya bertemu , Syafiq segera menarik tangan Rayyan meninggalkan kawasan dewan .

Raisya yang perasan akan perkara itu menghela nafas berat , dia lebih bencikan Rayyan yang sekarang berbanding yang dulu , dia rindukan Rayyannya yang bodoh , bukannya Rayyan yang beku sebegini . 

"Kau okey ke ni Raisya?"

Raisya tersentak namun hanya menganggukkan sahaja kepalanya walhal dia langsung tidak tahu apa yang dibualkan oleh mereka bertiga . 

"Jadi petang nanti kita pergi beli barang untuk perkemahan .okey tak ?" Soal Rina .

"O..okey je..petang ni aku free ja ."

"Hoiii perempuan."

Raisya dan Rafisya menoleh kearah suara itu . Ohh Qistina aka ex Rayyan yang entah keberapa yang entah keberapa ini . Wajah Qistina dipandang dengan pandangan menyampah . 

"Engkau nak apa ?" Sampuk Rina .

Umarul hanya bersandar pada dinding sambil memerhati sahaja , malas mahu mengambil tahu hal perempuan sebegini , tak masalah sekarang kenapa kawan Qistina ni asyik pandang aku macam nak makan ja ni , dah kenapa minah ni aku tahulah aku ni comel tapi tak perlulah tunjuk minat dekat aku sampai macam tu sekali . 

"Aku pergi dulu ." Pinta Umarul.

Qistina hanya tersengih melihat kelibat Umarul yang sudahpun meninggalkan mereka , pandangan dari pelajar disekeliling hanya dibiarkan . Lagipun susah tubuh guru sudah tiada dalam dewan ni so kalau nak pukul pun tak apa la kan ?

"Well hi Rina si perempuan bajet diva sejak bila korang berkawan dengan perempuan murahan yang bajet macam ni ."Soal Qistina sambil tersenyum sinis .

"Apa masalah engkau perempuan ?" Soal Rafisya tanpa berbasa-basi .

Suka hati mak bapak dia ja nak panggil orang bajet diva habis kalau aku bajet diva dia tu apa ,Ratu Diva ? Choiiihhhhh rambut dah macam sarang tebuan , makeup tu dah macam badut . Engkau ingat sekolah ni hak milik bapak kau punya sesuka hati mak bapak engkau ja nak pakai macam mana .

"Ohhh yeahh ada budak pendek ni juga la , so Rafisya Aulia right ? I sebenarnya nak tanya  kenapa dengan Rayyan dan Syafiq tu , I cuba tackle dia tapi dialangsung  tak layan I bomoh mana korang jumpa sampai Rayyan tak layan I yang cantik ni ?"

"Engkau....

"Better you jangan menyampuk Rina . " Ujar salah seorang kawan Qistina .

Rafisya tersengih sinis , tangannya disilangkan kedada .

"Bomoh ? kalau aku nak jumpa bomoh dah lama aku suruh bomoh tu bagi penyakit dekat engkau , eh tak ada masa la aku nak bomohkan Rayyan dan Syafiq ,  tolonglah aku tak ada masa nak buat benda terkutuk tu ." Ujar Rafisya sinis . Bomoh ? Hoii tolonglah aku nak tengok cerita hantu pun takut ini kan pula nak pergi jumpa bomoh yang 'membela' tu .

"Seriously you nak bomohkan I wow I rasa agak terancam tapi I rasa you perlu sedar diri you dulu tau . You tu dahlah pendek lepastu ada hati nakkan Rayyan ."

What the hell!!!!

Aku-Rayyan . Eh tolonglah aku tak teringin la dengan mamat bajet tu , tak sekarang ni Raisya ni kenapa diam ja cubalah bersuara backup aku . Tahu tak nenek kebayan ni dah hina aku pendek !

"Aku rasa korang tak perlu takutlah sebab kita orang tak ada masa nak goda atau mengorat Rayyan dan Syafiq , masih banyak lagi kerja yang perlu kita orang buat dan kerja kita orang lagi penting dari fikirkan Rayyan dan Syafiq !" Akhirnya Raisya bersuara , sakit juga hatinya apabila kawn baiknya dihinawalaupun memang kenyataan diri Rafisya tu pendek .

"Whatever apa yang I nak korang buat sekarang ialah pastikan Rayyan kembali kepada I ."

"Kepala hotak engkau , kau ingat kawan-kawan aku hamba abdi engkau ." Sampuk Rina.

"You better shut up I tahu you nak goda Rayyan balik right sebab itu you tak bagi mereka berdua ini pujuk Rayyan untuk kembali kepada I ."

"Aku tak hinginlah dengan mamat tu , hanya perempuan yang nenek kebayan macam korang ja yang nakkan Si Rayyan tu ."

Wajah Qistina mula kemerahan menahan marah , jarinya diangkat untuk menampar pipi Rina namun satu tangan tiba-tiba menganggam lengannya erat .

Qistina menoleh .

"Rayyan.........

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now