Special chapter 7

1.7K 70 7
                                    

Aku pandang Syafiq. Syafiq pandang aku. Masing masing masih mendiamkan diri. Tak sakarang ni memang aku rasa nak terajang ja si Asri ni. Bagi maklumat pun tak betul, tengok sekarang ni aku yang tanggung malunya.

Dia ni memang tak dapat nak bezakan Raisya dengan Rafisya ke! Apa susah sangat ka nak ingat nama bakal isteri aku tu. Iman Raisya okey! Bukannya susah pun.

Nafas panjang dihela. Dia berdehem beberapa kali, menghilangkan perasaan malu. Wajah tanpa riak dipamerkan. Sabar Rayyan kejap lagi kau sepak la sepuasnya jantan tak guna tu. Kau bawa bersabar kejap, jangan tunjuk perangai tak semenggah kau didepan Raisya.

"Kau memang tak reti bezakan Raisya dengan Rafisya ke?" Syafiq mengangkat sebelah kening. Cis takguna betul jantan setan ni, memang nak letakkan semua kesalahan atas bahu akukan. Biasalah manusia mana yang tak pernah buat kesalahan! Aku tadi tu wrong error. Kau pergi salahkan kawan baik kau tu.

Aduh aku memang dah panas kaki ni. Memang aku pukul sampai masuk ICU wartawan takguna tu. Macam mana la aku boleh percayakan khidmat dia ni.

"Sejak bila pula nama Rafisya tertukar pada Raisya ni? Aduh la kau ni memalukan kaum jelah. "Syafiq menyilangkan kedua belah tangannya ke dada. Kepala digeleng geleng sambil berdiri bersebelahan Rafisya.

"Mirul.. kenapa kau tak beritahu Rayyan semuanya. Kau sendiri tahu kan kerja Rayyan dekat office tu bercambah. Otak dia tu hari hari tak betul tau sebab menghadap kertas kerja. "

Mirul menunduk.

"Saya minta maaf tuan , saya tak sempat beritahu Rayyan. Lagipun kisah Cik Rafisya ni tak ada sangkut paut dengan Rayyan. Sebab tu la saya rasa Rayyan tak patut tahu pun. "

Syafiq menggelengkan kepala sekali lagi .

"Jadi Rayyan. Sekarang ni kau sendiri dah tahukan siapa sebenarnya yang cedera so aku syorkan kau pergilah balik tempat kerja kau. Kau tu businessman. Mana boleh berfoya foya macam aku. Kerja kau tu mana pernah nak habis, lainlah kalau kerja macam aku ni.

Rayyan menaikkan bebola mata keatas. Kau kalau dah duduk depan Rafisya makin mengada kan Syafiq. Dah berani kau nak mengutuk aku kan. Fine tak pa tak pa.. Kau tidur luar malam ni!

Kaki dihayun ke muka pintu namun pekikan Raisya menghentikan langkahnya. Kepala ditoleh.

"Syafiq! Aku rasa kau langsung tak ada hak nak halau Rayyan keluar dari rumah aku . Suka hati Rayyan la nak buat kerja ataupun tak. Itu urusan dia bukannya urusan kau!"

Syafiq terkebil kebil. Telunjuknya ditalakan pada diri sendiri. Tidak percaya Raisya akan memarahinya. Mata terarah ke Rayyan yang sedang tersenyum kemenangan, jelas wajah lelaki itu sedang mengejeknya.

Cis tak guna punya jantan.

"Tapi Raisya... Rayyan kan business .....

"Itu urusan Rayyan jadi kau tak ada hak nak masuk campur urusan dia. Hal dia dengan hal kau berbeza. Jangan tambahkan kekusutan dekat Rayyan, dia pun perlukan ketenangan, bukannya 24 jam nak kena menghadap kerja dan tolonglah jangan sesekali bagi dia stress. Aku......

"Eh sokey la Raisya.. Betul la cakap Syafiq tu. Rayyan tak kisah la, lagipun dah bertahun tahun Rayyan hadap semua kerja tu. Pernah sampai tak tidur sebab settlekan kerja." senyuman manis terukir. "Saya taknak Raisya hidup susah nanti. Kalau boleh Rayyan nakkan Raisya jadi wanita yang paling bahagia. "

Raisya terdiam. Liur ditekan, kesat macam tanah je rasanya.

"Rayyan pergi cari rezeki dulu ya. Jaga diri awak elok elok." Senyuman manis sekali lagi terukir dibibir. Kaki dihayun ke muka pintu sebelum diikuti oleh Syafiq. Taktala pintu sudah tertutup rapat,mereka berdua segera berhigh five.

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now