Chapter 40

3.3K 120 6
                                    

Qistina tertawa besar taktala membaca isi kandungan kertas yang dibuang Rayyan Rayqarl. Rayyan sayang kenapa you tak ceritakan pada I tentang rancangan bodoh you ni. Kalau I tahu semua ni, I la orang pertama yang akan bantu you sayang. Rayyan, I tahu you cuma sesuai dengan I, You cuma hak milik I Tengku Rayyan Rayqarl.

"Jadi apa yang bos nak saya buat sekarang ?" Soal orang suruhan Qistina. Menunggu arahan seterusnya dari bos mereka.

"Cari bukti yang menunjukkan Tengku Rayyan Rayqarl langsung tak cintakan Iman Raisya." Arahnya senada.

"Baik bos. "

"Kau boleh pergi sekarang."

Usai kelibat orang upahannya menghilang Qistina mula tertawa kuat.

Raisya Raisya.. Kau memang bodoh sebab fikirkan yang Rayyan Rayqarl akan cintakan kau, kau memang perempuan bodoh.

~

Kasih sudah kebuntuan, berkali kali dia cuba bertemu Asri namun Asri tetap mengelakkan diri dari bertemu dirinya. Berkali kali kepalanya yang tidak gatal digaru, aku ada buat salah ke ni.

Kau ni memang bodoh la Kasih, rancangan kau untuk menguji perasaan Asri akhirnya memakan diri kau sendiri.

Puas hati kau sekarang.

Puas...

~

Rayyan Rayqarl dan Syafiq Haziq melangkah dengan penuh bergaya menuju ke kelas. Beg sekolah digalas sebelah bahu sambil diri mereka sibuk dengan telefon pintar ditangan. Taktala kaki melangkah masuk ke dalam kelas, senyuman manis terserlah dibibir dua orang jejaka itu, telefon segera dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Sayanggggggg." Pekik syafiq kuat sambil berlari ke arah Rafisya. Punggung dilabuhkan lalu kepalanya laju jatuh ke bahu Rafisya Aulia. Rindunya saya dengan awak, Fisya.

Rafisya Aulia hanya mencebik menyampah. Rambut tebal Syafiq Haziq diusap perlahan. Anak siapa yang manja sangat ni ermm, pagi pagi dah manja macam ni kenapa ni.

"Kenapa ni hmm? " Soal Rafisya Aulia lembut.

"Rindu." Balas Syafiq Haziq lembut, senyumannya tidak berhenti terukir taktala rambutnya dibelai oleh sang pujaan hati.

Indahnya begini...

"Tak payah berdrama depan aku. Aku benci." Rayyan Rayqarl bersuara senada. Tempat duduk bersebelahan Iman Raisya diduduki.

Iman Raisya hanya mengukirkan sedikit senyuman, kepala Rayyan Rayqarl ditarik ke bahunya. Rayyan Rayqarl sedikit tersentak namun tidak mengangkat wajah.

Pipinya mula berona merah. Senyuman bahagia terukir dibibir sebelum mengedip mata pada Syafiq Haziq, Syafiq Haziq hanya mencebik sahaja.

"Kau kalau cemburu tu kasitahu jelah. Tak perlu acah benci bagai." Tutur Iman Raisya perlahan.

Rayyan Rayqarl mengangguk perlahan. Jemari Iman Raisya dicapai lalu diletakkan ke atas kepalanya.

Iman Raisya mengerutkan dahi. Jemarinya masih statik diatas kepala Rayyan Rayqarl.

"Iyan nak juga kena usap rambut." luahnya manja.

Iman Raisya hanya menggeleng kepala. Rambut lebat Rayyan Rayqarl diusap penuh kasih.

Kenapa kau boleh jadi sechildish begini wahai Tengku Rayyan Rayqarl. Ini kalau abang Harith tahu mesti dia akan tawakan kau.

"Korang berdua ni okey tak. Macam ada masalah ja." Soal Rafisya Aulia.

Rayyan Rayqarl dan Syafiq Haziq mengangguk serentak.

Tipulah kalau mereka okey, perasaan bersalah masih berkobar kobar dalam diri mereka. Kenapalah mereka pernah berfikir untuk hancurkan hati dua orang pertama ini.

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now