Chapter 47

2.6K 89 13
                                    

Kedua orang gadis itu datang sedikit awal kesekolah, meja serta kerusi diubah ke tempat yang paling belakang dan agak jauh dari para pelajar yang lain. Setelah selesai mengubah kedudukan, mereka berdua segera membuka buku latihan bagi mengulangkaji pelajaran memandangkan peperiksaan besar sudah semakin hampir. Susuk tubuh kedua jejaka yang pernah membahagiakan mereka hanya dipedulikan.

Rayyan menghela nafas berat. Mejanya dan meja Syafiq dirapatkan, sesekali matanya menoleh ke sang pujaan hati namun wanita itu hanya menganggapnya tidak wujud.

Langkah dihala ke wanitanya.

"Raisya... Iyan boleh boleh jelaskan semua ni. Apa yang Qistina cakapkan tu semuanya......

"Rayyan! Kau boleh tak jangan kacau aku! Tak nampak ke aku tengah sibuk ni. Tolonglah jangan serabutkan fikiran aku pagi pagi macam ni! Kau boleh tak jangan menyemak depan aku! Aku benci tengok muka penipu macam kau!"

Rayyan menunduk memandang lantai. Terasa bagaikan disiat siat saja dadanya tika ini takatala kata kata itu keluar dari mulut sang gadis yang dicintainya. Kau memang bodoh la Rayyan! Sepatutnya kau jelaskan perkara ni dengan lebih awal dan  kau tak sepatutnya mudah terpedaya dengan Qistina.

Rayyan mengangkat wajah , senyuman tawar terukir dibibir.

"Saya tahu saya salah dalam hal ni dan saya tahu, saya lelaki yang bodoh sebab pernah terfikir untuk permainkan awak. Tapi percayalah Raisya, saya betul betul cintakan awak. Saya minta maaf sebab sakitkan hati awak tapi tolonglah beri saya satu lagi peluang untuk buktikan cinta saya. Saya ikhlas cintakan awak Raisya. "

Iman Raisya mengangkat wajah. Pen dijari digenggam kuat. Anak matanya mula bertaut dengan anak mata Rayyan Rayqarl yang jelas sayu. Senyuman sinis terukir dibibir gadis itu.

"Playboy macam kau takkan pernah faham apa tu erti cinta. Jangan pernah gunakan perkataan CINTA sebab kau tak layak langsung, orang yang berhati busuk macam kau tak layak sebut pasal cinta la Rayyan. Kau dan sepupu kau boleh pergi mampus dengan perkataan cinta korang!" dijeling lelaki itu sebelum dia kembali dengan tugas mengulangkajinya.

Rayyan tidak membalas, kepalanya diangguk angguk perlahan. Kaki dilangkah kembali ke tempat duduknya.

Sepanjang pembelajaran berlangsung kedua lelaki itu langsung tidak fokus dengan pembelajaran yang diajar oleh guru.

"Rayyan! Syafiq!"

Raisya, saya minta maaf. Jujur saya sayangkan awak. Ya mungkin sebelum ni saya seorang playboy tapi bila saya bertemu dengan awak, bila saya rapat dengan awak, saya rasa sesuatu. Saya rasa jiwa saya kembali hidup.

Saya rasa bahagia bila dengan awak.

"TENGKU RAYYAN RAYQARL!"

Tersentak Rayyan taktala pekikan kuat sang guru dihadapan meja belajarnya. Diangkat muka memandang sang guru yang jelas geram dengan dirinya.

"Apa jawapan untuk soalan 2."

Rayyan memandang ke papan putih. Berkerut dahinya melihat soalan matematik yang dilakar didepan.

Nafas dihela berat.

"Saya tak tahu." jujurnya.

"Syafiq!"

Syafiq menarik senyuman kecil sebelum menggeleng perlahan. Tiada semangat langsung untuk dirinya bersuara tika ini.

"KORANG BERDUA PERGI BERDIRI DILUAR KELAS SEKARANG! AKU MENGAJAR TAPI KORANG BOLEH BERSENANG LENANG MENGELAMUN MACAM NI KAN!"

Tanpa banyak soal Rayyan dan Syafiq segera mengangkat punggung. Dihayun kaki ke luar kelas, pandangan dari rakan sekelas hanya dipedulikan.

Ya semestinya rakan sekelasnya hairan kerana mereka berdua tak akan mudah mengikut arahan guru. Tambahan pula arahan yang mengarahkan mereka untuk berdiri diluar kelas.

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now