Chapter 46

2.4K 88 1
                                    

Tamat sahaja sesi persekolahan semua pelajar mula mengemas buku-buku untuk pulang ke rumah.

"Fisya sayang. Afiq dengan Rayyan balik dulu ya. Maaf la tak dapat hantarkan Fisya balik harini. "

Rafisya mengangguk sahaja , senyuman manis terukir dibibir, memandangkan spm sudah hampir tiba, mereka perlu menghabiskan masa dengan buku buku. Jangan risau Rafisya, habis ja spm kau dating la sampai ke malam , datinglah sampai kau menyampah tengok muka Syafiq Haziq. Sedang sibuk dua orang gadis itu memasukkan buku ke dalam beg, sekumpulan kawan melangkah masuk ke dalam kelas. Qistina serta kawan kawannya hanya mempedulikan Raisya dan Rafisya. Dimasukkan buku ke dalam beg sebelum beredar dari situ, sampul surat yang terselit disebalik buku sengaja dijatuhkan.

"Raisya."

Iman Raisya mengangkat muka. Wajah Qistina dipandang.

"Ya."

Qistina mengukirkan sedikit senyuman.

"Jagakan Rayyan elok-elok ya. I tahu I tak mampu nak jaga dia sebaik mana you jaga dia." Ujarnya sebelum meninggalkan kelas 5S1.

Terkebil kebil Iman Raisya, kenapa sinis saja muka gadis tu.

Erhh Raisya, boleh tak kau positif. Mungkin dia memaksudkan kata kata dia sebentar tadi.

"Mabuk gamaknya Qistina ni. Dahlah ponteng kelas."

Raisya hanya mempedulikan kata-kata Rafisya, kaki dihayun keluar dari kelas.

"Raisya ada sampul la. Aku rasa ni sampul Qistina."

Langkah Raisya kembali berpatah ke Rafisya. Sampul yang berada di tangan Rafisya diambil lalu sampul itu dibuka. Bukannya dia nak tengok sangat isi dalam sampul tu. Cuma yelah perempuan kan, perasaan ingin tahu tu tinggi dalam diri.

Entah kenapa dia perlu menyelongkar privasi orang sebegini sedangkan sebelum ini dia langsung tidak berperangai begini. Atau mungkin kerana Rayyan pernah menjalinkan hubungan dengan Qistina suatu tika dahulu. Debaran didada semakin kuat terasa, taktala isi didalam sampul dilihat, hatinya bagikan ditikam sembilu tajam. Apa semua ni Rayyan?

Gambar berpelukan Rayyan serta Qistina di taman belakang bangunan amat jelas dikornea matanya tika ini.

Kertas yang elok berlipat dibuka Raisya, terketar ketar tangan wanita itu taktala membaca isi kandungan kertas berkenaan.

Jika tadi hanya Iman Raisya yang merasakan ditikam sembilu tajam. Kini giliran Rafisya Aulia pula merasakan perkara yang sama. Jatuh terduduk kedua gadis itu di lantai kelas.

Ja-jadi selama ini, Rayyan dan Syafiq hanya ingin mempermainkan mereka? Selama ini Rayyan dan Syafiq langsung tak cintakan mereka, semua ini cumalah rancangan dan cabaran.

Oh wow! Tahniah Tengku Rayyan Rayqarl! Tahniah Tengku Syafiq Haziq! Rancangan korang sudahpun berjaya.

"Ra-Rafisya..."Suara Raisya sudah kedengaran serak basah. Rayyan sampai hati awak. Saya tak sepatutnya mudah jatuh hati dengan lelaki macam awak. Saya sepatutnya tahan diri saya, saya sepatutnya sedar kita berada di dunia yang berbeza. Lelaki macam awak mustahil akan cintakan saya. Lelaki macam awak mustahil akan berubah hanya kerana saya.

Serentak itu Qistina melangkah masuk ke dalam kelas. Kakinya melangkah ke arah Raisya dan Rafisya, bibir gadis itu mula mengukir senyuman sinis.

"Ko-korang....

Rafisya Aulia mengangkat wajah. Matanya sudahpun kemerahan.

"Kenapa kau tak beritahu kita orang tentang cabaran bodoh ni! Kenapa kau biarkan kami ditipu hidup-hidup Qistina! Aku lebih rela tahu kebenaran yang menyakitkan daripada penipuan yang manis ." tersembur tangis Rafisya Aulia. Sakit sangat hati ini. Kenapa awak buat saya macam ni Afiq, kenapa awak permainkan saya macam ni. Lepas apa yang kita lalui, awak langsung tak ada apa apa perasaan terhadap saya.

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now