Special Chapter 01

3.5K 124 12
                                    

7 tahun kemudian

RAISYA POV

Arhhhh setelah bertahun tahun berada di negara matahari terbit, kini aku kembali!Kembali ke tempat asalku, senyuman gembira Rafisya disebelahku usah disangkal lagi, gadis itu terlalu gembira. Yelah selama tujuh tahun mereka tidak pulang ke tanah air, gila kau tak gembira. Kakiku dihayun perlahan sambil menolak troli beg. Rafisya disebelahku dipandang seketika sebelum pandanganku kembali terarah kehadapan.

"Raisya sure ke driver kau datang ambil ni. Kenapa tak nampak langsung batang hidung dia ni?" Rafisya sudah tidak senang duduk taktala kelibat driver Raisya yang dijanjikan bakal menjemput mereka di Airport masih tidak kelihatan.

"Kita balik naik teksilah. Aku lupa beritahu kau driver aku tak jadi datang. Ambil cuti secara tiba tiba."

Rafisya terkebil kebil. Kau biar betul perempuan? Aku berdiri tercangak dekat sini dari tadi, tertoleh kekiri kekanan cari driver kau tapi senang ja jawapan kau kan.

Dasar kau.

Arhh hello Malaysia. Kami kembali and I miss you so bad.

~

Syafiq sedari tadi hanya memerhati dari jauh susuk tubuh dua orang gadis yang sedang berdiri diluar Airport, sesekali kepala sang gadis itu menoleh kekiri kenanan seakan sedang menunggu sesuatu . Belum sempat kakinya dihayun menghampiri gadis tersebut, Arman selaku pasukannya menyapanya.

"Syafiq! Diorang perasankan aku."

Kata-kata Arman hanya mendapat anggukan dari Syafiq namun pandangannya masih terarah ke arah dua orang gadis tersebut. Entah mengapa hatinya kuat mengatakan bahawa mereka berdua ialah Rafisya dan Raisya

Rafisya....

Syafiq rindukan Fisya..

Selama tujuh tahun dirinya tidak mendengar khabar berita gadisnya, selama tujuh tahun juga perasaannya terhadap gadis itu langsung tidak pernah luput, malah perasaan itu semakin bertambah hari demi hari.

"Tuan Syafiq! Tuan pandang apa tu, aduh musuh dah lari dari kita tu Tuan! " Sergah Mirul pula. Syafiq seakan tersedar dari lamunannya, pandangan kembali terarah ke arah dua orang rakan pasukannya .

"Kita hilang jejak Lew Quan. Aku dapat rasakan ada orang dia dalam Airport ni. Kalau tak, tak mungkin dia dan kumpulan dia cepat ja larikan diri sedangkan kita dah tutup jalan keluar."

Menerusi suara di walkie talkie riuh rendah suara beberapa orang anggota polis yang lain.

Tengku Syafiq Haziq. Setelah tujuh tahun berlalu. Kini Syafiq telahpun berjaya menjadi seorang anggota polis dalam bahagian penyiasatan. Kini misi mereka adalah menangkap seorang pemilik dadah terkemuka iaitu Lew Quan. Lew Quan dipercayai telah melarikan diri ke Airport dan taktala dia sedang memburu Lew Quan dan kumpulannya. Secara tidak sengaja dia terlihat seakan susuk tubuh Rafisya dan Raisya diluar pintu Airport

Adakah benar apa yang dilihatnya? Adakah Raisya dan Rafisya telah kembali ke negara ini setelah tujuh tahun?

"Jadi kita nak buat apa ni Tuan?" Soalan kembali ditujukan pada Syafiq memandangkan lelaki itu merupakan ketua dalam kumpulan.

"Tak apalah. Kita kembali ke pejabat dulu. Aku tahu cina tu takkan boleh pergi jauh, orang tua tu bukannya pandai sangat." Cap serta jaket kulit yang tersarung pada badan dan kepalanya diperbetulkan. Langkah dihayun ke kereta hitam yang terparker elok disudut kiri Airport.

~

Tamat saja meeting bersama Mr Leo dari syarikat L.E.O Holdings. Rayyan segera melangkah keluar dari bilik mesyuarat lalu menuju ke biliknya. Selaku CEO di HQZ Holdings, tidak dinafikan kerjanya amatlah sibuk hingga masa terluangnya amatlah terhad. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi kulit lalu matanya mula fokus ke arah laptop, jemari kekarnya mula menari nari diatas kekunci.

Is this love..
Oh really love..
Ohh is this love..

Nada dering dari telefon pintarnya segera disambungkan talian. Telefon dilekapkan ke telinga.

"Hello."Sapanya malas. Mata masih tertumpu pada skrin laptop.

"Rayyan, aku rasa aku nampak Raisya dan Rafisya. Diorang dah balik. " Luah Syafiq dihujung talian.

Kerja menaipnya berhanti. Mata terkebil kebil, dadanya mula berdegup kencang taktala nama gadis itu menyingah gegendangnya.

Tidak semena-mena bibirnya mengukir senyuman gembira. Kaki dihayun ke dinding kaca dalam pejabatnya. Pemandangan indah mula mula memenuhi kornea matanya.

"Betul ka Syafiq. Ka-kau nampak diorang dekat mana? Diorang apa khabar. Ra-Raisya aku okey tak, dia perasan kau tak. Mesti Raisya semakin cantik kan sekarang, diorang tinggal dekat mana sekarang. Di-diorang marahkan kita lagi tak, ka-kau rasa diorang akan terima kita.......

Syafiq menghela nafas berat.

"Look rayyan aku actually tak sure tu diorang ataupun bukan. Tapi kau jangan risau nanti aku akan suruh Asri tolong siasat soal hal ni ."

sebelah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Mindanya mula teringatkan sang pujaan hati. Walaupun selama tujuh tahun tidak bertemu gadis itu namun perasaannya masih utuh pada gadis itu.

Selama tujuh tahun ini perasaanya langsung tidak berubah.

Jujur aku terlalu rindukan raisya. Bukan dirinya tidak pernah berniat untuk mengejar Raisya ke Jepun namun dia mahu berikan masa pada gadis itu. Dia tidak mahu memaksa gadis itu untuk menerimanya. Dan dia tak mahu gadis itu membenci dirinya.

"Bila dah dapat maklumat, beritahu aku."

Usai itu panggilan segera ditamatkan. Rayyan menghela nafas berat.

Iman Raisya, jujur Rayyan terlalu rindukan Raisya. Rayyan minta maaf sebab pernah terfikir nak mempermainkan Raisya.

Rayyan tahu Rayyan salah. Rayyan tahu Rayyan memang layak kena tinggal dengan Raisya tapi tolonglah, tolong kembali pada Rayyan. Saya perlukan awak Iman Raisya.

Cukuplah selama tujuh tahun saya terseksa rindukan awak. Tolonglah terima saya kembali.

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now