Chapter 19

4.5K 157 5
                                    


Mujurlah hari ini merupakan hari minggu oleh itu tepat sahaja pukul 11 pagi Raisya segera mengajak abangnya ke pusat membeli belah . Kereta abangnya yang berjenama Lamborghini diperhati dengan perasaan gembira.

"Kereta pun mahal , ini kalau adik belanja satu mall pun tak menjadi masalah untuk abang ni ."

Harith hanya mempamerkan riak bersahaja walhal dalam hati berbagai kutukan sudahpun keluar .

Lamborghini putihnya dituju manakala Raisya yang berada disebelah Harith sempat mengambil gambar berbagai-bagai gaya dipamerkan di hadapan kereta mewah abangnya , Harith Zakwan hanya tersenyum lucu , kalau dah namanya Iman Raisya memang beginilah sikapnya .

Usai itu Raisya segera memasuki perut kereta Harith Zakwan , telefon abangnya dicapai sebelum aplikasi game dibuka .

Entah berapa lama dia menghabiskan waktunya bersama game , tahu- tahu sahaja mereka sudahpun sampai ke pusat membeli belah . Raisya segera keluar dari perut kereta sambil diikuti oleh Harith Zakwan dari belakang lagak pengawal peribadi .

"Abang..Abang kedai itu."

"Abang..abang kedai ini."

"Abang..abang tu baju cantik."

"Oh no abang look bear tu mengoda adik."

Itulah ayat yang sering diguna oleh Raisya sehingga sudah hampir lima beg dijinjing oleh Harith Zakwan . Harith Zakwan hanya menggeleng kepala melihat telatah Raisya , hiiii Cik Iman Raisya awak ni kalau bershopping memang tak akan rasa lapar ke .

"Abang..abang..."

Panggil Raisya sambil menepuk lembut bahu Harith.

"Iya..Iya"

"Itu-itu kedai kasut itu."

Belum sempat Raisya mencecah kaki ke kedai kasut . Namanya diseru dari belakang . Wajah Raisya kelihatan begitu terkejut apabila berjumpa gerangan yang memanggil namanya itu.

"Rayyan?" Hanya itu yang keluar dari mulutnya . Harith Zakwan hanya memerhati drama jejaka yang menegur so gold digger Iman Raisya .

(RAYYAN POV)

Aku nampak Raisya berjalan dengan seorang lelaki , mereka berdua kelihatan amat rapat dan benda yang aku langsung tak expect pabila bahu lelaki itu dipukul perlahan oleh Raisya . Aku mulalah tertanya-tanya siapakah lelaki itu ? Adakah itu teman lelaki Raisya ? Tapi kalau lihat gaya pakaiannya memang seperti orang yang sudahpun bekerjaya tapi kalau betul itu teman lelaki Raisya , aku tak akan sesekali biarkan kerana Raisya milik aku .

Iman Raisya hanya milik aku .

Tanpa berlengah aku segera berjalan ke arah Raisya dan lelaki itu . Aku tahulah lelaki tu bekerjaya tapi perlu ke panggil abang ? kenapa Raisya panggil lelaki itu dengan gelaran Abang , yelah tahu la tua tapi selain dari abang tak boleh ke , pancik ke ? Siapa pula saingan aku ni ! Tak apa masalah pakcik ni tetiba muncul dalam kisah cinta aku dan Raisya , antagonis betul .

Dengan perasaan yang berbaur cemburu aku segera memanggil Raisya walhal tak ada apa pun yang nak dibualkan . Raisya menoleh dan kelihatan dia agak terkejut melihat kedatangan aku , elehh acah terkejut pulak , aku tahu la aku lagi hensem pada pakcik si abang dia tu . Lelaki itu hanya mendiamkan diri sambil sesekali menaip di skrin telefonnya , ehh ehh nak acah sibuk depan aku ke . Kalau nak fight sibuk jom fight peta dunia lain , kita fight siapa lagi pandai geografi , herrr geram lak aku

Tapi....

Kenapa lelaki itu tidak bersuara dan bertanya siapakah gerangan yang hensem ini ? Dan kenapa lelaki itu berdiri rapat sangat dengan Raisya ni ? Serious aku cakap aku bengang woiii!!!

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now