BAB 1

17.5K 437 7
                                    


FIRYAL kelihatan bengang dengan cadangan mengarut mamanya.

"This is rubbish, mama!" dia tidak mahu mengikut rancangan tak masuk dek akal mamanya.

Datin Zulaikha mengeluh seketika. Dipandang wajah anak gadisnya itu dengan harapan menggunung. Tapi dia tidak boleh patah semangat. Ini soal kehidupannya. Soal masa depan.

"Please Fir..." pujuknya lagi.

Giliran Firyal pula yang mengeluh. Bagaimana cara yang harus dilakukannya untuk membuat mamanya mengerti.

"Ma tahukan Tengku Fahd tu tunang Nayla? Permintaan mama tu keterlaluan!" suara Firyal naik. Bukan dia mahu berkurang ajar. Tapi dia mahu mamanya mengerti.

"Ya... I know, so what's wrong with that? Sedangkan yang berkahwin pun boleh bercerai?" selamba saja kata-kata Datin Zulaikha.

Firyal meraup wajah putih bersihnya. Rambutnya yang berwarna merah hati itu diselak ke belakang.

"Tak salah mama cakap? Itu dah tahap merampas kebahagian orang lain ma. I know kita ni jahil ma. Tak pandai hukum agama, but still kita bukannya layak nak rampas kebahagian orang lain!" tegas suara Firyal.

"So, how about our happiness Fir? Macam mana dengan mama?" Datin Zulaikha tak mahu mengalah.

Kebahagiaan? Bukankah mereka sudah bahagia? Mengapa pula Firyal perlu berkahwin untuk membahagiakan meraka berdua.

"Ma, Fir sanggup buat apa saja untuk bahagiakan mama. Bahagiakan Yad, tapi ini bukanlah jalan yang terbaik dengan merosakkan hubungan orang lain. Lagipun Nayla is one of my bestfriend ma!"

Firyal sendiri tidak sanggup sekiranya dia terpaksa melukakan Nayla. Persahabatan dia dan Nayla utuh meskipun mereka berdua bagaikan langit dengan bumi.

Nayla ayu bertudung menutup aurat mengikut fesyen-fesyen terkini. Tapi, tidak Firyal, dia ranggi dengan rambut dibiar lepas ke paras pinggang berwarna merah hatinya. Memang sah-sah sebijik dengan warna rambut Mimi One Nation Emcee. Rambut yang merah saja sudah melambangkan dia orang yang bagaimana.

"Mama tanak keputusan Fir sekarang. Mama mahu Fir fikirkannya." Beritahu Datin Zulaikha sebelum berlalu.

Bagaimana harus dipikirkan lagi soal itu? Pusing!

FIRYAL termenung jauh. Permintaan mamanya begitu berat. Bagaimanakah harus dia menunaikannya. Teringat kata mamanya.

"Mama nak Fir pikat Tengku Fahd!"

Berfikir sejuta kali sekalipun Firyal masih belum punya sebarang jawapan. Ibu jari dan jari telunjuk diletakkan didahi dan diurut lembut. Dia sendiri buntu. Mahu pikat Tengku buka masalah, tapi yang masalahnya Tengku Fahd milik sahabat baiknya. Keluhan berat dilepaskan sambil badan disandarkan ke kerusi batu yang didudukinya.

"I'm not gonna do this! Tak salah hidup susah tapi jangan rosakkan kebahagian orang lain. Itu salah!" omel Firyal sendiri.

Bila saja Firyal mahu teguh dengan keputusannya, kata-kata mama kembali terngiang.

"Ini saja cara yang ada Fir, kalau tak orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap mama,"

Arghhh! Rambut merahnya ditarik kuat. Susahnya menjadi anak kepada seorang ahli politik! Permintaan mamanya terlalu susah baginya untuk ditunaikan. Firyal menjatuhkan kepalanya ke meja batu dan membiarkan rambut merahnya melurut menutupi wajahnya. Kenapalah Malaysia ini sebuah negara yang demokrasi?

FIRYAL pegang wajahnya dengan kedua belah tangan sambil ditongkatkan ke atas meja. Sudah seminggu dibiarkan permintaan mamanya berlalu dengan tempoh seminggu itu juga dia cuba mengelak dari mamanya.

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now