FIRYAL bersiap-siap dengan sudah pun memakai Fierra Top berwarna biru cerah di gandingkan dengan seluar palazo berwarna putih. Manakala plain shawl yang dibelit cantik di atas kepalanya turut berwarna putih.
"Do you have to go?" soal Tengku Fahd yang masih berada dia atas katil. Bersila brsama cool fever yang diletakkan di atas kepalanya.
Memandang Firyal yang hari-hari cantik dimatanya.
"Sorry..." bersalah.
Dia melangkah ke arah katil. Belakang tengkuk dan kepala suaminya disentuh. Masih panas.
"Fir pergi kejap aje, lepas lunch Fir balik..." ujar Firyal.
"Bye," tangan Tengku Fahd diambil dan dicium.
Hari itu Tengku Fahd jatuh demam. Mungkin kuat sangat bekerja agaknya. Dia pula terpaksa ke The Han's kerana hari itu adalah hari ahad, jadi kedai agak sibuk pada hujung minggu begitu. Kalau dia tidak pergi, Wardah dan pekerjanya tak menang tangan.
Melihat Firyal sudah pun menutup pintu, Tengku Fahd menyelak gebar dan bangkit. Kakinya melangkah ke arah meja kerjanya. Beg portfolio berwarna hitam dibuka dan dikeluarkan satu lukisan bersaiz A1 yang ada di dalamnya.
IMac pula dihidupkan. Tangan sudah mula berkerja walaupun tubuhnya terasa berat sekali.
"What are you doing?" tinggi suara di muka pintu.
Terangkat kening Tengku Fahd. Terhenti terus dari melakar. Kelihatan Firyal berdiri di muka pintu dengan tanganya masih ditombol pintu. Muka sudah seperti harimau lapar.
Pembaris skala ditolak semula ke tempatnya. Tangannya mula terangkat dari drafting board jatuh ke bawah. Err...
"I sangka you pergi kedai," tak tahu nak sengih macam mana.
"Tak jadi dah!" masam muka Firyal.
Pintu ditutup. Dia berjalan ke arah Tengku Fahd dan terus menarik tangan lelaki itu. Sampai dikatil, tubuh itu dipaksa berbaring.
"Tidur!" arahan dikeluarkan tegas.
Wajah cantik itu berubah garang.
"Fir tak nak pergi kedai?" soalnya takut-takut.
Takut juga Firyal mengamuk.
Firyal hanya diam dengan wajah yang masam. Selimut ditubuh Tengku Fahd dikemaskan dan menepuk perlahan tubuh lelaki itu.
Tengku Fahd tiada pilihan. Tangan Firyal yang mendodoinya membuatkan dia selesa. Mata mula dipejamkan dan perlahan-lahan terbang ke alam mimpi. Akhirnya Tengku Fahd terlena.
Mendengar dengkuran halus Tengku Fahd, Firyal tersenyum lega. Tak sia-sia dia buat keputusan mahu menghantar adik kembar Tengku Fahd ke The Han's. Teringat kebetulan yang tak disengajakan tadi.
"Nak pergi mana kak?" seperti biasa Tengku Aman becok bertanya.
Dalam sibuk-sibuk mencari kunci kereta dalam beg, "Akak nak pergi kedai, hari ni sibuk sikit.." ujar Firyal.
Wajah diangkat. Kelihatan dua adik iparnya hanya berpakaian kasual.
"Both of you nak pergi mana?" soal Firyal.
"Tak kemana, nak lepak kat bawah..." jawab Tengku Aman.
"Okeh!" pantas dia turun ke bawah.
"Wait!" Firyal dapat satu idea.
"Tolong akak boleh?" sambil melihat kedua adik iparnya.
"Apadia?"
Firyal tayang sengih sementara kedua kembar itu berpandangan sesama sendiri.
YOU ARE READING
Tertulis Di Tangan Takdir
RomantizmBila gadis introvet yang memiliki wajah yang cantik dan kulit yang mulus tetapi tidak sukakan perhatian perlu menikahi seorang pewaris syarikat koglomerat berpangkat Tengku? Tapi, FIRYAL HANINAA tak mahu jadi perampas kebahagian orang. Kerana lelak...