FIRYAL berdiri di sisi Tengku Fahd yang sedang meletakkan barang-barangnya di tempat duduk belakang.
Tengku Fahd berpaling. "Ad ambil half day, okay?"
"Okehh, Fir pergi kedai dululah macam tu." cadang Firyal.
Keduanya bersetuju untuk balik ke rumah Datin Zulaikha pagi itu tapi ditangguhkan ke tengahari kerana Tengku Fahd terpaksa menghadiri mesyuarat tergempar di Tenku Group. Tangan Firyal yang sudah menyalami tangannya itu masih dipegang.
"Suruh Aman hantar, nanti Ad ambil Fir dekat kedai..." saran Tengku Fahd.
"Okay," Firyal tak banyak soal.
Tubuh Firyal ditarik dan dipeluk. Firyal tergamam kemudian terkaku. Erkkk
Dahi Firyal pula dicium ikhlas. Firyal berdiri dengan static kerana tergamam. Apakah?
"Jumpa nanti," dilepaskan tubuh perlahan.
Tengku Fahd terus masuk ke dalam keretanya. Firyal pula masik terkaku di tempatnya.
Apalah! Suka hati nak sentuh orang!
"LIST yang kau mintak," hulur Wardah sambil duduk di hadapan bosnya.
"Thank you," ucapnya sambil sibuk semula.
"Semenjak-dua menjak ni selalu je lambat masuk kenapa? kalau tak lambat masuk pun half-day, ada something good ke?
"Tak adalah, sibuk sikit..." jawab Firyal.
Berubah kedudukan Wardah dari menyandar terus mendekatkan tubuhnya ke meja kerja Firyal.
"Fir,"
"Hmm?" Firyal angkat wajah sekilas kemudian fokus semula.
"Kau betul ke dah ok?"
Firyal diam. Wardah sedia menanti menunggu Firyal memberikan jawapan.
"Okaylah macam biasa." jawab Firyal.
"Biasa macam mana?" soalnya lagi tak mengerti langsung.
"Biasalah, dalam proses dia nak kenal aku, aku nak kenal dia. Macam berkawan..." ujar Firyal.
"Marriage doesn't guarantee that you'll be together forever. It's only a paper. It takes trust, respect, love, understanding, friendship and faith to make it last. So thats why one day even if we both want to separate off, we could be just friends," sambungnya panjang.
"And if Nayla balik, and Tengku Ad masih sayangkan dia, aku akan undur diri. Sebab aku tak layak..." luah Firyal. Terhenti perbuatannya.
"Fir, aturan Allah itu Maha indah. Tak pernah salah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Maksud aku, kau dah diberikan peluang, gunakan peluang ni. Pikat Tengku Fahd, aku tahu sebenarnya kau sayangkan dia... betulkan?" saran Wardah.
"Tak Wa, aku tak sayangkan dia. Aku buat semua ni kerana mama. Kerana aku terpaksa. Aku tak nak rampas lagi apa yang aku dah pernah buat." Balas Firyal.
Wardah mengeluh. "Jangan bohong diri sendiri Fir,"
"Kalaupun aku ada perasaan itu Wa, semua tak guna kalau Ad masih sayangkan Nayla,"
"Fir cinta boleh dipupuk. Love is the only flower that grows and blossoms without the aid of seasons. Cuba buat Tengku Fahd suka dengan kau!"
Firyal menggeleng. Tidak bersetuju dengan gesaan rakannya.
"Tengku Fahd is yours!" sambung Nayla lagi.
"But his heart and soul are not mine!" tegas Firyal.
YOU ARE READING
Tertulis Di Tangan Takdir
RomansaBila gadis introvet yang memiliki wajah yang cantik dan kulit yang mulus tetapi tidak sukakan perhatian perlu menikahi seorang pewaris syarikat koglomerat berpangkat Tengku? Tapi, FIRYAL HANINAA tak mahu jadi perampas kebahagian orang. Kerana lelak...