BAB 6

11.7K 351 0
                                    

HASIL gesaan Puan Sri Laila Serina, akhirnya Firyal bersetuju untuk membuat kerja-kerja 'modelling' biarpun hati separuh rela.

"Alhamdulillah, baguslah kalau Fir dah setuju. Nanti auntie mintak pembantu auntie siapkan kontrak." Ujar Puan Sri Laila Serina.

Bulat mata Firyal mendengarnya.

"Wait, auntie..." Firyal berjeda untuk menunggu riaksi Puan Sri Laila Serina yang sentiasa anggun itu.

Puan Sri Laila Serina sudah cuak tapi masih diam menunggu jawapan gadis muda itu.

"Boleh tak kalau tak payah nak sign apa-apa kontrak lagi. Since Fir pun tak arif sangat dalam dunia peragaan ni dan kalau boleh Fir tak sedia terikat dengan apa-apa..."

Puan Sri Laila Serina kelihatan lega.

"Takut auntie mendengarnya... ingatkan Fir tak setuju. Okeh, kalau Fir nak belajar dulu, auntie tak kisah," putusnya.

"Janji Fir setuju nak jadi model auntie..." senyumnya penuh makna.

"Okay deal..." tangan dijabat tanda setuju.

Masing terus-terus tersenyum.

"Thanks Fir sebab setuju," ucap Puan Sri Laila Serina.

"Small thingslahauntie, Fir buat ni pun sebab auntie tau..." sengih Firyal.

"Ohh sebelum Fir lupa, ini nombor Wardah." Dihulurkan satu kepingan kertas kecil bertuliskan nombor Wardah.

Puan Sri Laila Serina menyambut dengan penuh tanda tanya.

"If auntie need me, auntie just call this number. Because, Wardah yang akan tolong Fir uruskan urusan shoot nanti." Terang Firyal.

"Ohh okay..." angguk wanita anggun itu.

'IF it scares you it might be a good thing to try.' Kerana persetujuannnya dengan Puan Sri Laila Serina, Firyal dengan pertama kalinya menjejakkan kaki ke butik mewah milik wanita itu untuk melakukan sesi fotografi pakaiannya keluaran butiknya.

"Alahh penuh pulak!" kepala Wardah sudah terteleng ke kiri, ke kanan untuk memakir lemon.

Firyal turut melakukan hal yang sama.

"Fir, kau turun dululah. Aku pi carik parking." Putus Wardah.

"Haa okay, lagipun dah lambat ni." Firyal mula berkemas dengan mencapai iPhone miliknya.

Sampai saja di depan butik gah tiga tingkat milik Puan Sri Laila Serina, Firyal terus bergegas turun.

Butik pakaian milik Puan Sri Laila Serina sungguh mewah dan sesuai dengan pendekatan pemasaran yang digunakannya. Menyasarkan golongan berada yang menginginkan fesyen muslimah terkini dengan gaya, rekaan dan kualiti yang terbaik.

"Hello, my name is Firyal Haninaa, I've an appoinment with Puan Sri Laila Serina, can I see her?" Firyal berdiri di kaunter pembayaran.

"Ohh, Cik Firyal. Sila ikut saya." Ujar gadis yang kelihatan lebih muda darinya itu.

Gadis meminta Firyal menuruti langkahnya ke sebauh lif yang terletak di sebelah pintu. Sementara menunggu lif, ada seseorang yang lain berdiri di belakang Firyal turut menunggu untuk menggunakan lif yang sama.

Firyal perasan sesuatu. Gadis muda tadi tunduk hormat terhadap jejaka itu. Tapi tak pula Firyal mahu mengambil tahu akan gerangannya kerana dia sedang sibuk membalas whatsApp Wardah yang sudah pun menjumpai tempat untuk meletak Lemon.

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now