SEDARI tadi Nayla ashik mundar mandi membelek beberapa helai pakaian dalam butik pakaian berjenama yang sering digayakan oleh artis-artis muslimah tanah air.
"Nay, still tak jumpa ke apa yang kau nak?" Firyal setia berdiri menunggu kawannya yang ashik mundar mandir membelek dari depan hingga ke belakang butik tersebut.
"I want this, but mahal laa..." tunjuknya pada sehelai dress jenis denim jumpsuit itu.
Firyal memerhatikan pakaian yang berada di tangan Nayla. Dia cuba melihat harganya dan harga tersebut boleh tahan dengan kualiti pakaian tersebut.
"Nay, kau kan tak kerja lagi. Why not kita pergi butik yang lebih sesuai." Cadang Firyal.
"Hmm," Nayla mencebik. Pakaian tadi disangkut semula pada tempatnya.
"Aku tahulah aku tak kaya macam kau!" ejek Nayla perlahan.
Erkk! Tapi masih didengari Firyal membuatkannya bertambah terkedu.
'Aku silap cakap ke?' getusnya dalam hati.
"Its okay. Nati aku mintak Ad belikan untuk aku..." ujarnya separuh ceria separuh mencemuh.
Firyal sekadar mengangkat bahu. Tidak tahulah apa maksud Nayla. Malas mahu memeningkan kepala dengan sikap gadis itu.
Dua jam lebih berpusing dalam pusat membeli belah itu tanpa membeli apa-apa membuatkan Firyal keletihan. Ashik menurut saja langkah Nayla tapi satu habuk pun tidak dibeli gadis itu.
"Kau tak nak beli apa-apa ke Fir?" Nayla menyoal ingin tahu saat Firyal hanya mengikut dia sedari tadi.
"Tak, tapi aku lapar sekarang ni." mata meliar ke arah food court.
"Kalau macam tu kita makan dululah," putus Nayla.
Aduhh! Apa maksud tu? Nak sambung shopping lagi ke lepas ni? Firyal keluh berat.
GETAH rambut dikeluarkan dari beg tangan yang disandang tadi dan diikat kuda rambutnya. Rimas ashik mengganggu suapannya. Usai itu, kemudian Firyal menyambung semula suapanya.
"Fir," panggil Nayla separuh berbisik.
Firyal angkat muka.
"Kau perasan tak boys kat belakang aku ni ashik pandang kita," sambung Nayla.
Dahi Firyal berkerut. Disengetkan kepalanya untuk melihat kumpulan lelaki yang dimaksudkan oleh Nayla.
Semestinya firasat Nayla betul, kumpulan lelaki itu tersenyum dan ada diantara mereka berempat mengangkat tangan saat mata Firyal bertemu dengan mereka. Firyal malas mengambil tahu. Dilarikan berbola matanya berpura-pura tidak nampak.
"Hot kan?" sambung Nayla lagi.
"Nay, student lagi kot..." balas Firyal sambil terus menyambung makan. Malas mahu ambil kisah.
"Well, student zaman sekarang pun boleh tahan tahu?"
Nayla, Nayla... ni kalau Tengku Fahd tahu ni, habislah dicincangnya kumpulan lelaki tadi. Firyal terus tersenyum membayangkan sekiranya perkara itu betul-betul terjadi.
"Kau senyum kenapa?" Nayla cuba tafsir senyuman itu.
Dia akui satu benda, Firyal begitu cantik dengan senyumannya.
"Tak ada lah." Firyal menggeleng sambil senyum kecil.
Masing-masing terus senyap. Kekok.
"Ehh, kau dah try dress nikah ke?" soal Firyal mahu menukar suasana canggung antara mereka.
"Belum lagi... Ad tu sibuk memanjang. Sampaikan nak pergi fitting baju pun tak sempat," rungut Nayla.
"Biasalah, dah namanya ahli korporat. Kau kenalah banyak faham," Pujuk Firyal.
Nayla menjadi geram. Tisu yang berada di atas mejanya terus dicampakkan di atas meja.
"Sibuk sangat ke sampai tak ada masa untuk aku, Fir?" rungut Nayla lagi. Wajahnya penuh jengkel dengan isu yang diutarakan Firyal.
Sumpah Firyal menyesal. Kalau dia tahu, sudah tentu dia tidak akan bertanyakan topik itu tadi.
"Tentulah, untuk kebaikan kau jugak. Once kau dah kahwin, mesti kau akan jadi sebahagian dari dia akan?"
Firyal tak pandai menasihatkan orang. Firyal bukan Wardah yang penuh hikmah. Tapi Firyal bolehlah kalau sekadar hanya mahu mengeluarkan sepatah dua kata.
"Kadang aku rasa menyesal melulu ajak dia kawen," Nayla berkata sambil mengacau air lemon aisnya menggunakan straw.
Bulat mata Firyal.
"Hesy, kau ni..." Firyal menggeleng kecil.
"Hai..." sapa seorang lelaki yang nampak kemas penampilannya. Biasalah anak muda zaman sekarang semuanya macho-macho.
Firyal dan Nayla mendongak. Tanpa dipinta lelaki itu duduk disebelah Firyal.
"Nama saya Raqim." Dia menghulur tangan ke arah Firyal.
Firyal hanya memandang tangan lelaki itu dan wajahnya bersilih ganti.
"Sorry?" soal Firyal tidak mengerti.
Lelaki itu tersenyum.
"You look so beautiful. sayacuma nak kenal dengan awak, boleh?" bergula sungguh ayatnya.
Nayla yang sedari tadi memandang terus menyampuk.
"Hai, nak kenal dengan dia aje ke? Dengan I tanak?" soal Nayla.
"Maaflah akak, kami baru saja dengar akak nak kawen tadi," terus saja lelaki itu menukar bahasanya gula-gulanya kepada bahasa yang lebih sopan.
Kami? Firyal sengetkan kepalanya seperti tadi untuk melihat kumpulan lelaki dibelakang Nayla. Betul, berempat sudah berkurang menjadi tiga. Maknanya disebelahnya itu adalah salah seorang dari mereka.
Firyal membetulkan semula kepalanya. Memandang semula ke arah lelaki bernama Raqim tadi.
"Maaf dik, kalau dia ni akak," Firyal berjeda sambil telunjuknya ke arah Nayla.
"Saya pun akak-akak jugak. Sebab kami ni sebaya." Sambung Firyal membuat wajah hamba Allah yang bernama Faqim tadi menjadi merah.
Hambik kau. Nak romeo sangat!
Firyal senyum ke arahnya. "Jangan lupa belajar rajin-rajin tau, akak akan doakan kejayaan awak. Dah, jom Nay..." Firyal bangkit untuk pergi dari situ.
Nayla pula senyum sinis ke arah Raqim. Dalam hati tak tahulah apa yang dikutuk Nayla. Yang bertiga tadi terus berdekah gelakkan Raqim.
"Relaxlah bro, untung kena reject baik-baik. Kalau di terajangnya engkau, baru kau tahu..." seloroh salah seorang dari bertiga tadi.
Raqim sengih walaupun dia dijadikan bahan gurauan.
"Tapi akak rambut merah tadi sumpah cantik gila, tak pernah aku jumpa amoi selawa tu." Ujar salah seorang mereka serius.
"Bukan amoilah. Melayu tu..." bangkang Raqim.
"Yekee? Lawalah. Untung siapa yang dapat." Sambil menggelengkan kepalanya mengagumi ciptaan Allah ke atas Firyal.
YOU ARE READING
Tertulis Di Tangan Takdir
RomanceBila gadis introvet yang memiliki wajah yang cantik dan kulit yang mulus tetapi tidak sukakan perhatian perlu menikahi seorang pewaris syarikat koglomerat berpangkat Tengku? Tapi, FIRYAL HANINAA tak mahu jadi perampas kebahagian orang. Kerana lelak...