"HOI, senyum sorang makruh!" usik Mika
"Halahh..." membetulkan duduknya.
"Kau datang kenapa?" pelik melihat kelibat sahabatnya itu.
"Meeting sikit," ujarnya.
Mika mengambil duduknya dihadapan bakal CEO Tenku Group itu.
"Semalam cuti kenapa? soal Mika.
"Mana kau tahu? Aku tak sihat sikit,"
"Si Bella cun tu bagitahu," sambil ibu jarinya menunjuk keluar.
"Ohh, aku tak cukup rest dua tiga hari ni, itu yang krkkk..." membuat isyarat.
"Hahaa... tahu. Itulah kau workaholic nak sangat!"
"Dah tak payah nak membebel! Dekat rumah tu, cukuplah ibu aku dengan wife aku yang membebel. Kau tak usah tambah!"
Mika ketawa.
"Sebut pasal wife ni, ok tak kawen?"
"Ok, tak ada masalah..." jawab Tengku Fahd.
"Cuma..." diam berjeda.
Mika diam mendengar. Kening sebelah kanan terangkat sekali.
"Aku rasa aku dah rasa something dengan wife akulah..." cerita Tengku Fahd.
Mika senyum pelik. "Apa masalahnya? Baguslah!" Mika tak faham.
"Kau tahukan keadaan kami?"
"Tahu, tapi yelah aku tak nampak apa-apa masalah pun. Korang kan dah sah. Dia hak kau, jadi?" terangkat kedua belah tangannya.
"Dia layan aku sebagai kawan aje," ujar Tengku Fahd.
"Mana kau tahu?"
"Cara dialah. Layanan dia. Percakapan dia. Perbuatan dia..."
"So try lah to win your wife's heart..."ajar Mika.
Tengku terdiam. Macam manalah nak memenangi hati Firyal kalau gadis itu sering meletakkan tembok antara mereka.
"Benda antara kami complicated tau, dia macam tak kisah kalau Nayla balik semula..."
"Dia ada cakap ke dia tunggu Nayla balik?"
Tengku Fahd mengangguk.
"Kalau kau betul tak nak lepaskan bini kau, kau sanggup lepaskan Nayla?" soal Mika lagi.
Tak lepaskan Firyal tapi lepaskan Nayla? Bolehkan Tengku Fahd buat begitu?
"Kau tak boleh tamak Ad, pilih salah satu. Bila Firyal kata dia tunggu Nayla sebenarnya dia fikir mungkin dialah penyebab kau dan Nayla putus. Aku rasalah, wife kau buat macam tu sebab dia rasa bersalah."
"Dah tu apa patut aku buat?"
"Pilih salah satu. Mana kau rasa lebih berbaloi yang boleh hidup dengan kau sampai bila-bila..."
"Kalau Firyal, aku rasa its a good choice. Lagi pun bini kau lawa..." sengih Mika. Sengih kambing.
"Nihh!" penumbuk bersama jelingan maut dihadiahkan.
Mika ketawa galak. "Betulah Ilan kata. Cemburu tahap kuasa tiga tak habis-habis. Dengan Nayla tak pula kau macam ni," masih ketawa.
"Biarlah," tayang muka tak puas hati.
Kata orang, dengan sahabat saja yang tahu perangai sebenar sahabatnya itu bagaimana.
"Pikatlah bini kau tu..." gesa Mika.
YOU ARE READING
Tertulis Di Tangan Takdir
RomansaBila gadis introvet yang memiliki wajah yang cantik dan kulit yang mulus tetapi tidak sukakan perhatian perlu menikahi seorang pewaris syarikat koglomerat berpangkat Tengku? Tapi, FIRYAL HANINAA tak mahu jadi perampas kebahagian orang. Kerana lelak...