BAB 13
FIRYAL masih menunggu di ruang menunggu. Entah apa yang merasuk kedalam fikirannya sehinggakan dia tekad ke Tenku Architect yang diterajui oleh Tengku Fahd dan merupakan salah satu anak syarikat Tenku Group milik keluarga Tengku Fahd. Firyal sebenarnya mahu selesaikan sesuatu dengan lelaki itu. Tinggal lagi tiga hari sebelum majlis perkahwinannya. Firyal mahukan kepastian.
Sejam berlalu memaksa Firyal mengalah. Mungkin tiada harapan dia mahu berjumpa dengan lelaki itu.
"Cik, Tengku belum masuk lagi ke?" soal Firyal pada orang yang membawanya naik tadi.
"Maaf Cik, tapi Tengku Ad sedang sibuk bermesyuarat sekarang," ujarnya lembut. Barang kali kasihan melihat gadis cantik itu menunggu sedari tadi.
Firyal angguk faham. Kalau tahu sumpah malas mahu menunggu.
"Tak mengapalah," Senyum sekilas sebelum berlalu dengan hampa.
Butang anak panah ke bawah ditekan dengan wajah yang tak berperasaan.
'Patutlah Nayla acuh tak acuh, rupanya Tengku Fahd workaholic nak mati...' omelnya dalam hati.
Pintu lif terbuka dan Firyal terus memboloskan diri tanpa melihat ada seseorang yang lain di dalamnya.
Firyal hanya merenung pintu lif yang masih belum terbuka dengan wajah bosan sambil memeluk beg tanganya yang tali masih tersangkut di bahu. Daripada tingkat 21 mahu turun ke ground floor mahu memakan masa beberapa minit.
"Hello, my name is Tengku Ilan." hulur tangan kanan dari sebelah Firyal.
Firyal terus berpaling. Dipandang tangan itu. Berurat. Diangkat pula wajahnya untuk melihat wajahnya. Lelaki. Siapakah? Soal hatinya.
Tapi Firyal malas ambil pusing, hanya disenyum sekilas sebelum mengadap semula pada pintu Lif.
"Sorry, but you name?" ujar lelaki bernama Tengku Ilan itu tak berpuas hati.
Firyal buat-buat tak dengar. Malas. Dia ada perkara lain yang masih mahu difikirkan daripada melayan lelaki itu.
Dan ktinggg! Pintu lif terbuka. Firyal terus melangkah keluar tanpa mempedulikan lelaki yang masih terkebil-kebil dari dalam lif.
"What a beautiful mankind?" senyum lelaki itu sekilas sambil menekan semual butang lif naik ke tingkat 5
"BRO! Wassup!" Sergah Tengku Ilan tanpa salam.
Tengku Fahd yang baru sahaja berdiri di hadapan drafting table sambil memerhati laarannya itu terus berpaling tanpa riak terkejut. Wajahnya sedikit dingin kerana marah diganggu.
"Tak berubah!" komen Tengku Ilan sambil menggeleng kepala. Bibirnya tak lekang dengan senyuman.
Wajah Tengku Fahd reda semula kerana yang mengganggunya itu adalah sepupunya, Tengku Faiq Ilan. Pen melukis jenama Faber Castle miliknya, diletakkan di tempat khas. Sebelum berjalan menuju ke arah sepupunya itu.
"Esok-esok nak kahwin pun masih sibuk memanjang. Macam manalah bini kau yang hadap perangai kuat kerja macam kau ni!" menggeleng lagi Tengku Ilan dengan perangai Tengku Fahd.
Tengku sekadar membalas leteran itu dengan senyumanya.
"Kau baru habis meeting dengan Im ke?" soal Tengku Ilan.
"Yupp, abang kau cerwet betul..." keluh Tengku Fahd.
"Dua-dua sama cerewet. Sama-sama keras kepala..." kutuk Tengku Ilan sambil sengih kerang busuknya.
"Kutuk aku!" nak aje kasi penumbuk sedas pada sepupunya itu.
Tengku Ilan dan abangnya Tengku Imran merupakan peneraju Tenku Holdings yang juga anak syarikat Tenku Group.
YOU ARE READING
Tertulis Di Tangan Takdir
RomanceBila gadis introvet yang memiliki wajah yang cantik dan kulit yang mulus tetapi tidak sukakan perhatian perlu menikahi seorang pewaris syarikat koglomerat berpangkat Tengku? Tapi, FIRYAL HANINAA tak mahu jadi perampas kebahagian orang. Kerana lelak...