BAB 10

11.5K 403 4
                                    

TIADA bukti atau saksi yang dapat membuktikan bahawa mereka tidak berduan di dalam kediaman mewah itu. Malah, keadaan Tengku Fahd yang tidak berbaju dan Firyal yang berambut merah dan berdress singkat atas lutut menyebabkan dakwaan menjadi kukuh.

Firyal tunduk sambil menerkup mukanya. Air mata tak henti-henti mengalir. Manakala Tengku Fahd cuba untuk memberitahu hal sebenar dan menidakkan hal itu, tetapi gagal.

Akhirnya mereka berdua dibawa ke Balai Polis Daerah, kerana Pihak jabatan agama mahu mempunyai asalan yang munasabah untuk bertindak ke atas mereka berdua. Hal itu diselesaikan melalui jaminan penjamin ataupun hak Orang Yaang di Syaki ountuk mendapatkan peguam.

"Ad, Fir..." Puan Seri Laila Serina muncul akhirnya diikuti Tan Sri Tengku Al Bashir dibelakangnya.

"Puan dan encik ini siapa?" soal seorang pegawai polis.

"I'm Tengku Al Bashir, this is my wife and thats our son," jarinya lurus ke arah Tengku Fahd yang sedang berdiri tidak jauh dari Firyal.

"Could you explain this" soalnya kepada pegawai itu.

"Begini Tengku, Pihak Pegawai Operasi Jabatan Agama Islam mendapat aduan mengenai satu pasangan bukan muhrim berdua-duan dan mendapati mereka berdua betul-betulhanya berduan dalam sebuah kediaman berdekatan, dan tiada saksi mahupun alasan yang munasabah yang menunjukkan mereka berdua tidak berkhalwat. Jadi pihak pegawai operasi mengesyaki yang munasabah untuk membuat penangkapan dan dilakukan dengan cara yang munasabah.." Terang pegawai itu.

"Ad?" Puan Seri Laila Serina berdiri di hadapan Tengku Fahd meminta penjelasan anaknya pula.

Tengku Fahd hanya memandang dengan wajah yang bengang. Apa sekalipun yang cuba dia nafikan, semua tak berguna. Kerana keadaan dia dan Firyal yang membuktikan sesuatu yang nampak benar walaupun palsu.

Dia cuba berdoa dalam hati, mencari secebis peringatan dari Allah dan mencuba untuk mencari hikmah dibalik semua itu. Tapi gagal. Dia buntu.

Pintu balai polis itu ditolak dan dibuka. Kelihatan Datin Zulaikha muncul dengan wajah risaunya.

"Maafkan saya, saya Datin Zulaikha. Setengah jam yang lalu saya dihubungi mengenai anak saya," Datin Zulaikha terus ke kaunter menanyakan keadaan anaknya

Mendengar suara itu, terus Firyal mengangkat wajahnya. Dia malu tapi terpaksa.

Mama! Ini mesti rancangan mama!

"Saya, Mama dia..." ujar Datin Zulaikha memperkenalkan dirinya.

"Apa dah jadi ni?" soal Datin Zulaikha.

Firyal senyum sinis. Mama tak payah nak berpura-puralah. Fir tahu ini angkara Mama! Jerit batin Firyal.

Sekali lagi pegawai itu menerangkan hal yang sama.

"Allah, Fir..." kelihatan Datin Zulaikha seakan betul-betul kecewa dengan sikap anaknya.

Firyal langsung tidak memandang wajah mamanya. Benci. Kerana mamanya ini semua terjadi. Fir malu. Kalaulah ini semua terbongkar, Firyal akan merasa malu seumur hidupnya.

Selesai menjalankan mengikat jamin dengan jaminan penjamin, keduanya dengan menandatangi borang jaminan yang mengandungi nama penjamin, dan jumlah jaminan yang telah ditetapkan. Pegawai polis dan Pegawai Operasi itu juga menyerahkan hal itu kepada ahli keluarga untuk menyelesaikannya. Sama ada secara baik ataupun tidak.

PERBINCANGAN mengenai hal itu harus dilakukan. Dan masing-masing setuju untuk kembali ke tempat kejadian iaitu kediaman keluarga Tengku Fahd untu membicarakan hal tersebut.

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now