BAB 23

12.7K 375 5
                                    

PAGI itu Firyal tak bersiap. Cukup memakai tshirt lengan panjang dan beseluar track suit hitam serta mengenakan selendang yang hanya disepak ke belakang. Cadangnya selepas menghantar Tengku Fahd, dia mahu tidur semula.

Firyal menghantar Tengku Fahd ke kereta sambil menggalas tube yang dipanggil bazooka itu dibelakangnya.

"Tak kemana, nak membuta aje kut," bila ditanya mengapa dia tidak bersiap.

"Eww, menantu pemalas. Kuat tidur." Kutuk Tengku Fahd.

"Apa? Apa..." dicucuk pinggang suaminya.

Pintu sebelah pemandu BMW hitam milik suaminya dibuka.

"Kak Ana tak ada, jangan nak eksyen lebih-lebih dengan Cik Bella ehh?" matanya dikecilkan sambil menyerahkan bazooka yang digalasnya kepas suaminya.

"Okay What? Cik Bella tu cun!" usik Tengku Fahd yang masih berdiri disebalah pintu.

Bulat terus mata Firyal. "Lepas ni Fir nak pergi office you," ujar Firyal.

Berubah riak Tengku Fahd. "You nak buat apa?" soalnya cuak.

"Buat apa lagi, apply jadi PA baru you lah gantikan Kak Ana yang cuti bersalin..." ujar Firyal.

Meletus ketawa Tengku Fahd. Cuak betul dia tadi. Sangkanya Firyal mahu menyerang Bella.

Tengku Fahd terfikir, kalaulah dia berkata berkata begitu di depan Nayla, sudah lama Nayla tercongok di depan Bella sekarang dan memakinya.

Itu sekarang adalah Firyal, bukan Nayla...

"Menung apa? Go go..." Firyal tolak tubuh Tengku Fahd supaya masuk ke dalam kereta.

Pantas tersedar. "Sabarlah japp..."

"Apa?" terangkat kening Firyal.

Tangan dihulur. "Tahap menghalau, tangan suami pun tak nak cium dulu ke?" usiknya.

Ehehhh. Lupa. Firyal sengih malu. Disambut. Disalam. Dicium.

"Okeh!"

"Sini..." pipi disua.

"Nii, penumbuk jepun nak?" penumbuk sudah diangkat. Mengada tahap tak ngat ni dah kenapa?

"Singa!" perli Tengku Fahd.

"Suami singa!" perli Firyal sambil sengih.

Tengku Fahd sudah pun masuk ke dalam kereta dan pintu ditutup oleh Firyal.

"Jangan nak membuta sangat!"

"Tahulah!"

"Bye,"

"Bye, take care..." Firyal melambaikan tangan sampaila kereta lelaki itu hilang dari pandangan.

Firyal berpaling dan terus terkejut. "Opocot!" kus semangat.

"Ni yang berkasut, berseluar sukan bagai ni nak kemana?" soal Firyal hairan melihat adik-adik iparnya tersengih melihatnya.

Sampaikan si dingin Tengku Yasmin pun ikut tersengih.

"Apa?" terangkat kening Firyal.

Ni tak lain tak bukanlah ni, mesti dua orang ni sedari tadi duk menonton drama swasta dia dan Tengku Fahd lah nii. Bertuah sungguh!

"Kak, sweet duhh!" usik Tengku Aman.

"Akak nak sambung tidur, bye!" Firyal pantas mahu melarikan diri. Malu.

"Ehhh," keduanya tiba-tiba sepakat menghalang. Sudah pun bersedia berdiri di hadapan Firyal.

"Kak jomlah..." ajak si Aman.

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now