BAB 12

11.6K 382 1
                                    


FIRYAL baru pulang dari kursus kahwin yang didaftarkan mamanya itu. Sebagai akibatnya diajak sekali Wardah untuk ikut serta bersamanya. Bila difikirkan kata-kata ustaz mengenai tanggungjawab seorang isteri. Firyal mengeluh sendiri sedangkan dia tidak tahu bagaimana.

"Aku tak sedia lagilah nak kahwin Wa..." teh ais di dalam gelasnya dikacau menggunakan straw.

"Nak tunggu sedia, sampai bilalah agaknya kau nak bersedia?"

"Kahwin ni bukan macam bina rumah pondok Wa,"

"Tahu..." angguk Wardah perlahan.

"Binalah rumah betul-betul..." sambung Wardah.

"Janganlah main-main Wa... aku gelabah dah ni,"

"Yelah... betulah aku kata. Nanti dah kahwin kau binalah betul-betul rumah tu. Jangan kasi roboh..."

"Tapi..."

"Tapi apa lagi Fir? Tiba masa kau kena hadapinya juga. Berpuluh kali sekalipun kau nak mengelak, jalan untuk kau akan tetap sama juga. Sebab itu yang sebagaimana Allah aturkan untuk kau..."

Firyal mengeluh. Badannya dilonggarkan. Terasa mahu saja meletakkan kepala di atas meja makan ketika itu.

"Jangan mengeluh. Tak baik,"

Firyal mengeluh lagi. Malah lebih kuat.

"Dah.. cepat habiskan makanan tu," gesa Wardah.

Firyal mengikut apa yang digesa Wardah. sepinggan nasi lemak ayam ditarik ke hadapannya.

"Fir, kau nak balik terus ke?" soal Wardah.

"Ha'ahh." Angguk Firyal.

"Okay, see you..." Wardah berlalu meninggalkan Firyal yang masih berdiri di hadapan Lemon.

"FIR," tegur Datin Zulaikha.

Firyal buat tak dengar saja. Dia terus menaiki tangga untuk berlalu ke biliknya. Malas mahu berbual dengan mamanya.

"Firyal!" panggil Datin Zulaikha sedikit kuat.

Langkah Firyal terhenti. Dia berdiri di tempatnya berhenti tanpa ada rasa mahu menuruni semula ke bawah.

"Mama nak cakap pasal majlis Fir, hujung minggu ni." Datin Zulaikha berbahasa lembut.

"Tak perlu. Mama uruskan semua, Fir tak nak ambil tahu." Langkah diteruskan semula.

Datin Zulaikha mengeluh. Dalam lembut, keras juga hati anaknya. Telefon pintarnya dicapai, terus dihubungi Puan Seri Laila Serina.

"Hello, ini Puan Sri ke?"

"Ya saya, Datin kan?" ramah Puan Sri Laila Serina bersuara.

"Ya ya..." jawab Datin Zulaikha.

"Panggil Ika saja," ujar Datin Zulaikha lagi.

"Saya pun, panggil saja Kak Lela..."

Dan mereka berdua berbincang langkah yang perlu diambil tanpa keinginan bakal pengantinnya.

FIRYAL menghempaskan beg tangannya ke lantai, tudung pinjam dari Wardah itu ditarik kasar serta terus melurut ke lantai dan terus melompat ke atas katil. Wajahnya diterkup ke pada bantal kemudian menangis sekuat hati.

Lama juga dia dalam keadaan esak tangis sehinggakan wajahnya sudah memerah. Matanya bengkak. Kolam matanya berbalam-balam Hidungnya sudah seperti digigit sesuatu. Merah saga saja rupanya. Bibirnya sedikit terbuka kerana tidak dapat bernafas dengan baik dk hidung yang tersumbat. Penat. Mentalnya sebetulnya ditakat kosong ketika itu.

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now