BAB 8

10K 366 1
                                    

TINGGAL dua minggu sahaja lagi majlis perkahwinan Tengku Fahd dan Nur Nayla. Kad jemputan juga telah diagihkan sebulan yang lalu, tetapi kedua seakan sibuk dengan urusan peribadi masing-masing.

Bukanlah Nayla tidak bersungguh. Tapi dia sebenarnya kecewa dengan sikap Tengku Fahd yang sibuk dengan kerja-kerja pejabatnya dan hanya mengharapkan dia dan Puan Sri Laila Serina menguruskan segalanya.

Hubungan nak sampai kahwin ni bermacam-macam dugaan. 'The most important is both side have put effort and work fot it, not only one side.'

Puan Sri Laila Serina paling runsingkan hal itu. Sikap acuh tak acuh anak dan bakal menantunya membuatnya geram.Nasib baiklah Nayla merupakan anak yatim piatu, kalau tidak pasti ibu bapa Nayla turut runsing akan sikap anaknya itu.

"Auntie, are you okay? Auntie macam terfikirkan sesuatu since Fir datang tadi sampailah dah selesai sesi, auntie macam lost? Auntie ada masalah?" soal Fir.

Niatnya mahu bergegas pulang ke kedai dibatalkan saat terpandangkan wajah kusut Puan Sri Laila Serina.

Puan Sri Laila Serina tenung wajah cantik Firyal dalam-dalam. Sejak sebulan lebih yang lalu, dia begitu tertarik dengan gadis itu. Walaupun tidak menutup auratnya, tetapi Firyal begitu sopan dengan sesiapa sahaja yang dia jumpa. Malah dengan pembantu stor butiknya juga mengatakan hal sama.

Dia akui satu benda. Firyal mewarisi sikap peramah kedua ibu bapanya walaupun luaran fizikal Firyal yang tak terampun itu seakan menidakkan dalaman sebenar gadis itu. Pada yang kali pertama berjumpa, pasti mengatakan Firyal seorang yang sombong hanya disebabkan dia kurang senyuman.

"Auntie risaulah si Ad dengan si Nayla ni, nak kahwin ke tidak? Macam tak serius saja..." luah Puan Sri Laila Serina

"Biasalah auntie, dedua sibuk tu. Nak settlekan kerja sebelum nikah..." pujuk Firyal. Firyal bukan pujuk tapi hanya mahu sedapkan hati wanita itu.

Puan Sri Laila Serina mengeluh panjang.

"Dua dua dah kerja satu tempat, satu bumbung. Takkan lah tak boleh berbincang?" rungut Puan Sri Laila Serina.

"Minggu ini sahaja, sempat pulak Ad terbang ke Australia untuk melawat tapak projek yang baru di bina di sana. Nayla pula, sejak dapat kerja ni, langsung sibuk bekerja." Keluh kesah suara Puan Sri Laila Serina.

"Fir akan cuba cakap dengan Nayla, mungkin dia fokus sangat dengan kerja agaknya. Yalah dah setahun juga dia menganggur kan?" putus Firyal.

Puan Sri Laila Serina.mengangguk setuju dan lega dengan apa yang diputus oleh Firyal.

"Kalau macam tu, Fir balik ke kedai dululah auntie." Firyal meminta diri untuk berlalu.

Peluk cium pipi kiri kanan. Tapi tangan Puan Sri Laila Serina masih belum ingin melepaskan Firyal pergi.

"Kalaulah auntie dapat buat sesuatu," ujar wanita itu sambil tersenyum dengan wajah yang sedih.

Berkerut dahi Firyal. Apakah?

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now