HANYA dengan sekeping gambar Nayla dalam telefon pintar suaminya, Firyal sudah merasa terhiris, apatah lagi jika Tengku Fahd mengaku masih sayangkan Nayla. Lagilah Firyal terluka.
Benar kata-kata itu tidak akan mencerminkan apa yang kita rasa. Firyal mungkin mengatakan dia tidak apa-apa sekiranya Nayla pulang, tapi sebenarnya tak siapa tahu bagaimana dia yang menanggung rasa sesaknya hati sekiranya Nayla betul-betul pulang.
"Fir, mengelamun nampak? Fikir siapa?" tanya Tengku Fahd.
Dari tadi Firyal diam saja. Hanya mengikutinya berpusing seluruh taman itu tanpa bicara.
"Tak adalah, lama tak work-out. Rasa dah nak longgar semua skru..." dalih Firyal.
Mereka berdua duduk di bangku.
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan. Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah ingin memberikan kita pelangi..."
"Hmm?" Firyal berpaling. Pelik dengan kata-kata itu.
"Nothing, Fir banyak diam so Ad sajalah beritahu..." ujar Tengku Fahd.
"Ohh..." terangguk-angguk kepala Firyal.
"Ad..." panggil Firyal.
Tengku Fahd sudah bersedia setiap kali namanya dipanggil begitu. Bersedia untuk kemungkinan dengan soalan luar kotak Firyal.
"I tiba-tiba takut dengan kenyataan..." ujar Firyal. Dia tak langsung mengharapkan balasan dari Tengku Fahd. Cuma dia mahu lelaki itu mendengar luahannya.
"Apa yang you takutkan?"
"Yang Nayla akan balik..."
Firyal alih pandangan ke arah tasik yang ada di hadapanya cuba mencari secebis ketenangan di situ.
"Kenapa? Fir takut Nayla nak kan semula hak dia?" soal Tengku Fahd terus.
Firyal terdiam. Tentulah dia takutkan hal itu. Dulu ya dia mungkin akan kata tidak. Tapi sekarang dah lain. Sekarang semuanya berubah. Dia amat takutkan itu.
Melihat Firyal hanya diam, Tengku Fahd mengeluh.
"Fir nak tahu perkara apa yang Ad nak buat setiap kali Ad bangun pagi?" soal Tengku Fahd.
Firyal berpaling memandang suaminya bila dia diajukan soalan itu.
"I could see your face," luah lelaki itu tanpa teragak-agak.
"Everyday..." sambungnya dengan senyuman paling tampan.
Firyal senyum. Entah mengapa rasa tenang dengan luahan itu. Dia kembali memandang air tasik yang tenang dihadapannya.
"You know what?" berjeda untuk menunggu respon suaminya.
"Hmm?" soal lelaki itu.
"They said, if you're capable of making choices that knowingly hurts the other person, that's not love..." ujar Firyal. Tak tahu mengapa dia harus menuturkan ayat itu.
"Why? One bad chapter doesn't mean end of story kan?" soal Tengku Fahd. Hairan.
Firyal hanya diam dengan pertanyaan itu.
"Make me fall for you..." ucap Tengku Fahd.
Firyal berpaling. Terkejut.
"And Forget about Nayla!" tegas.
Firyal lagi terkejut. Terkejut kuasa dua. Tapi tak lama, Firyal kemudiannya ketawa. Kuat gelaknya.
"It isn't that easy..." sambung Firyal.
YOU ARE READING
Tertulis Di Tangan Takdir
RomanceBila gadis introvet yang memiliki wajah yang cantik dan kulit yang mulus tetapi tidak sukakan perhatian perlu menikahi seorang pewaris syarikat koglomerat berpangkat Tengku? Tapi, FIRYAL HANINAA tak mahu jadi perampas kebahagian orang. Kerana lelak...