BAB 22

13.2K 403 6
                                    

FIRYAL sedang di hadapan cermin. Merapikan kulit sensitifnya. Tidak boleh terlalu banyak produk yang disapu pada wajahnya takut alahan seperti biasa berlaku pula.

Atas permintaan Ibu, Firyal diminta menjadi salah satu model menggayakan pakaian muslimah yang akan dilelong dalam acara fesyen kutipan amal yang dibuat oleh badan amal yang disertai ibu.

"Jangan nak lawa sangat!"

Firyal berpaling ke arah Tengku Fahd yang masih setia di meja kerjanya.

"Okay what kalau I lawa. Nanti orang tanya wife siapa tu. You juga untung!" sakat Firyal.

"I tak suka!" tegas suara Tengku Fahd langsung tak beriak.

Firyal silap gurau ke? Maaf.

"Ok Fir tak melawa. Fir pakai selekeh macam ni aje..." tudungnya terus diikat seperti gadis zaman dulu bertudung tanpa keronsang. Nak pujuk punya pasal. Alahhh tak apa Tengku Fahd aje pun! Lelaki yang sudah tahu banyak baik buruknya.

Terhibur Tengku Fahd melihat.

"Tak you tetap jugak cantik. Muka you tu!" ujarnya lagi.

"Dah tu biar Fir pakai purdah, ala-ala arab gitu..." sambil digelek tubuhnya dihadapan meja Tengku Fahd.

Terus meletus ketawanya. Kuat.

"Firyal!" jeritnya kerana tak tahan ketawa.

Geli sungguh hatinya. Berdress labuh. Bertudung seperti gadis zaman dahulu tapi berjoget tarian arab. Mana tak kelakar?

"Pulak?" Firyal terus berdiri tegak.

"Chill aaa... Fir nak pergi dah ni. Kang kalau Ad tak redha kang tak berkat hidup Fir!" sambil bercekak pinggang.

"Tahu tak redha kenapa nak buat juga?" ketawanya sudah tinggal sisa-sisa. Dia kembali serius.

Kali ini Firyal garu pula kepala tak gatal. Tudung di kepala dilurutkan. Terkebil-kebil dia memandang Tengku Fahd. Tengku Fahd pula merenung isterinya yang sudah pun berwajah keliru.

'Women never know what they want, men never know what they have,'

"Fir boleh call ibu," ujar Firyal tenang seperti sudah pun mengerti maksud Tengku Fahd.

Tengku Fahd mengeluh kecil. Dia terlalu ikutkan emosi cemburunya.

"No, its okay..." halang Tengku Fahd perlahan. Dia sudah pun bangkit dari duduknya.

Dia masih berkain pelekat dan bertshirt kosong pagoda sudah pun berdiri di hadapan Firyal yang ditangannya masih terdapat selendang tadi.

"Ad cuma tak suka pandangan orang lain terhadap Fir, cause you are mine," ujarnya.

"Only mine," sambungnya, memaknakan maksudnya.

Pinggang Firyal diraih rapat ke dadanya, tangan kirinya elok memeluk pinggang itu. Firyal hanya terdiam. Seakan terbuai. Biarlah itu suaminya. Halal buatnya. Tangan kanan pula naik mengusap lembut kulit pipi Firyal. Tak lama lepas tu bibirnya pula yang mendarat di situ. Pipi Firyal dicium lama.

Terasa hangat desas nafas Tengku Fahd menampar wajahnya. Satu lagi tempat yang mahu didaratkan bibirnya. Iaitu bibir merah milik isterinya. Sesungguhnya Firyal juga dikurniakan dua ulas bibir yang sentiasa berwarna merah tanpa gincu sekalipun. Bibir yang begitu menghairahkan warnanya.

Kata Doktor Mun, Firyal mempunyai bibir yang merah kerana dia mempunyai haba yang cukup didalam badannya.

"Fir! Ad!" jeritan suara ibu mematikan niat Tengku Fahd. Terus terangkat wajahnya menoleh ke pintu.

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now