BAB 15

12.6K 398 7
                                    

RESEPSI Majlis perkahwinan itu diadakan di Renaissance Kuala Lumpur Hotel secara meriah, gilang gemilang dan mewah tapi tertutup atas permintaan Datin Zulaikha.

Wartawan dan media tidak dibenarkan masuk kecuali membuat liputan di luar dewan sahaja. Ianya bertujuan untuk terus merahsiakan identiti isteri kepada Tengku Fahd iaitu pewaris utama Tenku Group.

Namun begitu, lagi inginkan privasi, lagilah dikejar oleh pihak media. Siapa yang tidak mahu mendapatkan liputan esklusif mengenai berita perkahwinan orang-orang yang berprofil tinggi seperti anak ahli politik dan anak ahli perniagaan yang berpengaruh di Malaysia itu.

Majlis perkahwinan mewah itu juga tidak didedahkan kos perbelanjaan perkahwinannya kerana dianggap tidak perlu. Mahal atau mewah sekalipun, siapa hairan kerana keluarga Tengku Fahd sangat berada.

TENGKU Fahd dan isterinya diraikan dalam majlis perkahwinan yang indah bertemakan mawar putih.

Firyal didandan cantik dengan mengenakan busana perkahwinan yang indah. Dia tidak tahu bagaimana Puan Seri Laila Serina dan mamanya menguruskan hal itu, tapi rasanya itu semua tidak mustahil bagi mereka berdua.

Firyal turut mengenakan tudung kerana itu adalah permintaan Puan Sri Laila Serina sendiri dan turut menyarungkan mahkota bertatah berlian bernilai ratusan ribu ringgit di atas kepalanya.

Teringat komen Wardah semasa dalam bilik persalinan tadi.

"Woww!" bulat terus mata Wardah. Mulut terngadah.

"Masuk lalat kang!" jeling sekilas.

"Tak apalah, aku redha tengok lalat masuk sebab kau gojes sangat..." usik Wardah.

"Mengarut!" sanggah Firyal.

"Jangan petua-petua malam pertama yang aku kasi tu," sengih Wardah.

Melongo Firyal seketika.

"Kau ni..." serasa mahu hempuk saja kepala Wardah dengan gurauannya yang selenge tahap tak cukup makan itu.

Wardah sengih. Bila lagi dapat bergurau kan?

"Tak sangka kau dah nak kahwin kan? Dulu kemain duk kata aku yang kahwin dulu..."

"Elehh, ni dalam majlis ni ramai je teruna tampan dan kaya, tunggu kau pilih aje wehh..."

"Huihh," Wardah buat muka.

"Kut iya pun aku terdesak nak cari menantu untuk Mak Mah tu, tak kanlah aku nak sebat orang kaya? Tak naklah aku..."

Firyal ketawa geli majlis dah hati dengan gelagat Wardah.

"Puan Firyal, nak bermula..." celah salah seorang pembantu majlis ketika itu.

Firyal dan Wardah ikut berpaling serentak ke arah pembantu itu.

"Huihh, jom jomm..." kalut suara Wardah dengan membantu Firyal mengangkat gaun cantiknya ke arah kereta Mercerdes yang sudah dihiasi khas itu utuk membawanya ke majlis.

"Kau berdebor ke? Awat belengas tangan ni?" soal Wardah.

"A'ahh, cuak ni..." jawab Firyal sambil merenung ke arah luar tingkap yang tunggu masa saja mahu memasuki perkarangan hotel.

"Alahhh, dulu time akad nikah tak pulak kau nak cuak?"

"Cuaklah time nikan ramai orang. Tengok tu..." tunjuknya ke luar.

Betul kata Firyal. Terlalu ramai wartawan yang menanti kedatangannya di perkarangan hotel.

"Dah nyampai dah... kau relax okay? maintain senyumnya..." pesan Wardah dan kemudiannya membuka pintu.

Wardah keluar dulu dan diikuti Firyal. Firyal ikut saranan Wardah dengan memberikan senyuman manis walaupun cahaya kamera begitu bergemerlapan sehinggakan menutup pandangannya. Mujurlah ada Tengku Fahd yang membantunya untuk keluar.

TENGKU Fahd Idlan dan pasangan sejolinya Firyal Haninaa digandingkan di atas singgahsana yang begitu mempersonakan dan memukau mata para hadirin yang hadir ketika itu.

MAJLIS resepsi itu tamat sekitar jam 1.30 pagi. Semua ahli keluarga yang kepenatan terus pulang. Begitu juga dengan raja sehari. Bila kesemua tetamu beransur pulang, dia juga dibawa pulang ke kediaman milik keluarga suaminya. Kediaman yang menjadi saksi permulaan hidup baharunya.

"Fir pergilah naik berehat," gesa Puan Seri Laila Serina.

Firyal sekadar mengangguk. Dia juga keletihan kerana penat melayan tetamu tadi. Sekarang otaknya hanya memikirkan satu hal. Mahu terus panjat katil dan tidur. Tapi itu hanya angan-angan, dia perlu membersihkan solekan dan menukar pakaiannya terlebih dahulu.

"Jom, I tunjukan bilik." Bisik Tengku Fahd di sebelah.

Firyal diam menuruti belakang Tengku Fahd yang sedang memanjat tangga itu. Cukup memanjat 21 anak tangga, Firyal tiba di tingkat atas. Ruang di tingkat atas cukup luas. Hendak bermain bola sepak pun boleh.

"Masuklah..." Tengku Fahd memberi laluan untuk Firyal memasuki biliknya.

"For now we're gonna staying with ibu for awhile," ujarnya.

Firyal tidak kisah. Dimana-mana pun dia boleh. Asal dapat makan dan tidur sahaja.

"Tadi Mak Jahh dah bawak naik barang-barang Fir, hmm..." dia diam sejenak mencari beg beroda Firyal.

"Rasanya Mak Jahh dah kemas masuk almari, cuba Fir tengok dekat wardrobe," ujarnya sambil berlalu ke atas katil.

Sejujurnya dia juga penat. Firyal berlalu ke ruang khas yang direka untuk menempatkan ruang pakaian terbuka.

Betul kata Tengku Fahd, pembantu rumahnya sudahpun menyusun pakaian milik Firyal. Tak banyak tunggu masa, Firyal terus mencapai gaun tidur dan tualanya untuk mandi kerana tubuhnya sudah pun gatal-gatal dan wajah sensitif sudah mahu meruap.

Setengah jam dalam bilik mandi, Firyal keluar dengan wajah yang memerah.

"I think I should go to the clinic," ujarnya sambil berdiri di muka pintu kamar mandi dan sudah pun memakai gaun tidur lengan panjang dan labuh separa buku lali.

Tengku Fahd yang sedang bermain dengan iPad di tangannya terhenti dan mencampakkannya ke sebelah.

"Kenapa ni?" dia sudah pun berdiri di hadapan Firyal.

Terkejut melihat bintik-bintik merah diwajah isterinya itu.

Wajah sensitif Firyal cuba dipegang.

"Jangan..." halang Firyal.

Tengku Fahd jatuhkan semula tanganya tapi matanya tak lepas menilik wajah Firyal

"Kulit muka Fir sensitif, mungkin sebab bahan make-up tadi..." ujar Firyal.

"Seteruk ni?" soalnya terkejut.

"Biasa dah ni," jawab Firyal.

"Jom..." gamitnya.

"Awak tak nak mandi dulu? Fir boleh tunggu..." ujar Firyal.

"Its okay," geleng lelaki itu sambil laju menuju ke pintu.

"Fir nak ambil cardigan," Firyal pula berlalu ke ruang sebelah dan keluar dengan cardigan hitam milinya.

OLEH kerana tidak dapat berjumpa dengan doktor panel Firyal, Tengku Fahd telah membawa isterinya ke Hospital Panel keluarganya.

Tak banyak yang boleh dilakukan kecuali menahan Firyal di wad dan suntikan diberikan untuk melegakan kegatalan di wajahnya.

"I tak tahu you ada sensitive skin,"

"Fir pun lupa yang kulit Fir sensitif, maaf menyusahkan..." ujar Firyal kesal.

"Tak apa, at least I know something about you..."

Jam sudah menunjukkan ke angka 3 pagi. Tapi mata Firyal masih segar sedangkan tubuhnya sudah pun keletihan. Tengku Fahd pula sudah pun terlena di atas sofa dengan masih berpakaian kemeja putih dan seluar slack hitam cuma sudah tidak sekemas waktu majlis resepsi tadi kerana bowtie dan tuksedonya ada di rumah.

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now