BAB 24

12.2K 388 4
                                    

USAI menunaikan fardhu isya' secara bersendirian, Firyal yang masih bertelekung putih itu menarik sebuah novel karya Neil Gaiman bertajuk The Ocean At The End Of The Lane yang sudah dibacanya separuh untuk meneruskan pembacaannya. Buku tersebut banyak memenangi anugerah pada tahun 2013-2014.

Pembacaan terhenti apabila pintu biliknya diketuk . Firyal menoleh ke arah tersebut.

"Akak, jomlah turun tengok movie..." ajak Tengku Aman sebaik pintu dibuka.

"Cerita apa?" soal Firyal.

"Surga Yang tak Dirindukan 2,"

Terangkat kening Firyal. "Aman pun tahu layan cerita tu ke?"

"Dulu dah pernah tengok yang first," sengihnya.

"Okay, akak tukar ni sekejap..." dilirikan kepada telekung yang masih dipakainya.

Sebaik menukar telekungnnya, Firyal menyarung tudung sauk berwarna hitam untuk menutup auratnya. Kini hanya Tengku Fahd saja yang dibenarkan melihat auratnya. Baguslah...

"Tapi akak dah pernah tengok," ujar Firyal sambil duduk di tengah-tengah sofa berangkai tiga.

"Tak apa enjoy kali kedua," sengih Tengku Aman sambil menekan butang play pada alat kawalan jauh.

Tengku Yasmin datang dan duduk disebelah Firyal.

"Min pun?" soal Firyal.

Tengku Yasmin sengih. "Best," jawabnya.

Fokus Firyal terganggu semula apabila kedengaran pintu rumah tertutup.

"Akak tengok Abang Ad kejap," ujarnya sambil bangkit berlalu di hadapan tengku Yasmin.

"Hai," ujar Firyal dipertengahan tangga.

Ketika itu Tengku Fahd baru sahaja meniti pada anak tangga pertama. Firyal lemparkan senyuman menanti Tengku Fahd tiba di tempatnya berdiri.

"Dah makan?" soal Tengku Fahd. Wajahnya keletihan.

"Dah, how's the dinner?" sambil turun beberapa anak tangga untuk menyambut beg kerja suaminya.

"Good, mana yang lain? Ibu abah?" sambil beriringan dengan Firyal naik ke atas.

"Twins tengah layan movie, Ibu abah keluar lepas waktu maghrib tadi pergi kenduri katanya..." jawab Firyal.

"Nak Fir buatkan apa-apa?" memerhatikan Tengku Fahd menanggalkan butang kemejanya.

"No, thanks..." ucapnya senyum kecil.

"Ok mandilah dulu. Nanti apa-apa panggil. Fir nak join twins..." kata Firyal.

TENGKU Fahd membetulkan kedudukan tidurnya. Dia terjaga kerana selimut tebalnya sudah terlurut kebawah dan kesejukan penghawa dingin mencengkam belulangnya.

Dia berpaling mengadap Firyal yang nyenyak tidurnya. Tengku Fahd mengangkat tangan dan membetulkan rambut Firyal yang sudah mula panjang itu dari menutupi wajah cantik isterinya.

Firyal bergerak kecil bila lenanya terganggu. Mata terbuka perlahan-lahan. Dalam samar masih terjelas wajah tampan Tengku Fahd yang sedang memandangnya.

"Ad..." panggilnya serak.

"Hmm?" jawab lelaki itu.

Firyal hanya menggeleng dan memejam semula matanya. Mahu menyambung tidurnya. Tengku Fahd hanya memerhati sambil mengemaskan selimut pada tubuh Firyal.

Sometimes all a person needs is a hand to hold and a heart to understanding...'

Tangan kanan Firyal dibawah selimut diambil dan digemgam kemas. Kemudian ditautkan jari jemari itu dengan jemari beruratnya dan dibawa ke bidangnya.

"I want to be the only hand you ever need to hold" bisik hati Tengku Fahd.

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now