"YOU nak ikut I?"
Soalan itu diajukan kepada kepada Firyal sewaktu mereka berdua sedang berehat di ruang rehat. Hari itu merupakan hari minggu. Jadi Tengku Fahd tidak bekerja manakala Firyal memilih untuk menyerahkan urusan The Han's kepada Wardah sahaja. Ibu keluar menguruskan butik, manakala bapa mentuanya ke kelab golf.
"Pergi mana?" dia duduk bersila di sebelah Tenngku Fahd.
"Tonight, I ada event penting syarikat,"
"Fir perlu ikut ke?"
Tengku Fahd memandang wajah isterinya.
"Kalau boleh, I lebih suka jaga privacy you," ujarnya.
"Okay then, Fir tak payah ikut..." putus Firyal.
"You okay ke?" soal Tengku Fahd. Takut juga Firyal berkecil hati dengan keputusannya.
"Tak adalah. You mesti ada reason you sendiri kan? Dan Fir rasa lagi better orang tak kenal Fir..."
"Kenapa?"
"Because I'm an introvert." jawabnya mudah.
'Introverts like to jump into the deep end. An introvert might struggle more with meeting and greeting large group of people on an individual basis,'
Firyal adalah seorang yang 'introverts'. Tengku Fahd juga lebih senang. Bukan dia tidak mahu membawa Firyal ke majlis pentingnya tapi dia risau sekiranya muncul kontroversi yang bakal menganggu kehidupan isterinya. Sudahlah perkahwinannya kali ini timbul pelbagai desas-desus.
Ketika itu iPhone Firyal berbunyi. Menjerit meminta untuk diangkat Firyal mengisyaratkan meminta izin untuk mengangkat panggilan itu.
"Hello,"
"Ya ibu..."
Diam mendengar.
"Ohh, sekejap..."
"Ad," panggil Firyal.
"Ibu nak Fir datang butik, gantikan model dia yang tak dapat datang hari ni... can or not?"
Tengku Fahd mengeluh sebelum mengangguk. Melihat riaksi suaminya, Firyal terus melekapkan telefon ke telingannya semula.
"Okay bu, Fir datang sekarang..."
FIRYAL bersiap ala kadar. Cukup sederhana. Blaus lengan panjang dimasukan ke dalam kain labuh dengan menjadikannya dress cantik. Itu semua cadangan Wardah sewaktu membeli sedang pakaian semalam. Semua fesyen muslimahnya, semuanya dipilih Wardah. Tudung pula, Firyal hanya mengenakan shawl chiffon berwarna krim dan hanya disepak ke belakang.
"Fir, you ada nampak tak..." suara Tengku Fahd terhenti.
Keadaan Firyal dipandang dengan mata yang tidak berkelip.
"Nampak apa?" soal Firyal sambil sibuk memasukan barang-baranya ke dalam beg tangan.
Namun Tengku Fahd masih tergamam melihat Firyal di depannya. Sama seperti Firyal ketika menjadi model di butik mama dulu. Firyal yang sama ketika majlis akad nikah dulu. Firyal yang sama berdiri di hadapannya sekarang. Isterinya...
"Ad? Fir nak cepat ni. Ad nak tanya apa tadi?" Firyal sudah pun berdiri di hadapan Firyal.
"Ad," tangan Firyal menyentuh bahu suaminya.
"Fir nampak cantik..." ujarnya. Masih tergamam. Masih merenung segenap inci perubahan isterinya.
"Lah? Ingatkan nampak apa tadi..." Firyal sibuk semula mengemaskan pin ditudungnya. Pertama kali mencuba memakai tudung, seharusnya kekok dirasakannya.
YOU ARE READING
Tertulis Di Tangan Takdir
RomanceBila gadis introvet yang memiliki wajah yang cantik dan kulit yang mulus tetapi tidak sukakan perhatian perlu menikahi seorang pewaris syarikat koglomerat berpangkat Tengku? Tapi, FIRYAL HANINAA tak mahu jadi perampas kebahagian orang. Kerana lelak...