BAB 19

12.1K 373 1
                                    

PAGI ini. Subuh kali ini, buat pertama kalinya Firyal solat berimamkan suaminya. Rasa lapang dadanya. Terasa waktu pagi kali itu lebih segar dari sebelumnya. Merasakan pagi itu lain dari biasa. Rahmat dari Allah Taala barangkali.

Usai habis mengalunkan bacaan doa yang terakhir, Tengku Fahd terus menyapu wajahnya dan berpaling pada Firyal, tangan kananya dihulur ke arah Firyal. Firyal tak mengerti, dipandangnya dengan penuh tanda tanya tapi dia tetap jua menyambut tangan itu.

"Cium..." ujar Tengku Fahd sepatah.

Mula-mula Firyal pelik. Terkedip-kedip mata cantiknya.

"Lepas ni you dah kena mula salam and cium tangan I," terang Tengku Fahd.

Firyal mengerti dan menurut. Terus bibirnya bersentuhan dengan tangan berurat Tengku Fahd.

"Good," dagu Firyal ditolak dengan tangan kiri dan bibirnya pula mendarat di dahi Firyal.

Firyal mengeras. Situasi majlis pembatalan air sembahyang tempoh hari berulang kembali di minda. Terus tangan Firyal naik ke dahi, terasa hangat bibir itu menyentuh dahinya. Matanya bulat memandang Tengku Fahd.

"You kena biasakan diri dengan ini juga, lepas ni," sambung Tengku Fahd.

Melihat Firyal yang hanya diam, terus dia mahu mengusik lagi.

"You faham tak? Or you nak I cium kat tempat lain pulak?" giat Tengku Fahd.

Firyal terus mengangguk laju tanda faham. Wajahnya dijarakkan menjauh.

Tengku Fahd ketawa kecil. Tak sangka begitu keadaan Firyal bila dia mahu menyentuhnya. Comel.

Tengku Fahd sudah mahu bangkit. Sejadah yang digunakan tadi diambil dan dilipat.

"Ad," tangan Tengku Fahd disentuh.

Terhenti perbuatannya. Kening sebelah dijongket.

"Apa itu perkahwinan?" soal Firyal.

Tengku Fahd duduk selesakan dirinya semula. Wajah Firyal yang ayu bertelekung itu dipandang. Sesungguhnya dia rasa bertuah kerana dapat memiliki gadis itu dan bukan lelaki lain.

"Apa you nak tahu?" soal Tengku Fahd pula.

Firyal diam sejenak. Berfikir.

"Apa saja yang Ad tahu," jawabnya.

"Bagi I, kita berkahwin ni bukan semata-mata sebab nak menghalalkan hubungan kelamin sahaja, walaupun itu adalah antara salah satu kebaikan dalam pernikahan. Islam menggalakkan umatnya bernikah agar hubungan batin yang sah dapat terlaksana, tapi bukan satu-satunya tujuan mengahwini seseorang itu. Kita kahwin adalah kerana Allah swt. Banyak amanah yang perlu dijaga. Kahwin juga bukan sekadar mahu menghalalkan hubungan fizikal antara you dengan I, tapi adalah satu lapangan agar kita banyak beribadah kepadaNya..."

Dipandang wajah kusyuk Firyal. Dia juga seronok bila gadis itu diam mendengarnya.

"You takut nak hidup dengan I ke?" duga Tengku Fahd.

Firyal hanya diam. Sebetulnya ya. Dia takut hidup berdua. Kerana selama ini dia tidak pernah berfikir untuk hidup berdua.

"I have never been in any relationship before. So I do afraid. Apatah lagi berkahwin." Beritahu Firyal.

"Kita tak kan tahu pasal jodoh walaupun dah kahwin. Kita tak tahu jodoh yang bersama kita sekarang itu kekal atau tidak. Even kita sudah pun buat yang terbaik tapi still juga terputus di tengah jalan. Apa pun sebenarnya Allah aturkan semua tu nak mendidik kita supaya lebih baik. So kalau you rasa sangsi sekalipun, you letak saja pada aturan Allah. Percayakan Allah. Ianya akan buat you rasa lebih baik..." jelas Tengku Fahd.

"You buat benda yang sama?"

"Tentulah..." beria suara Tengku Fahd.

"I percayakan Allah Taala dalam setiap aturannya dan you juga perlu buat benda yang sama. Percayakan takdir Allah." senyumnya.

Firyal kadang-kadang rasa dia sudah mula mahu menerimanya. Tapi kadang datang rasa sangsi. Tapi sekarang dia sudah tekad. Mungkin dia tahu apa yang perlu dicarinya kali ini. Keberkatan dalam hidup barangkali.

'Then when you have taken a decision, put your trust in Allah' Quran 3:159

MULUT Wardah ternganga. Mata Wardah tak berkelip. Tubuh Wardah statik. Buku bil yang dipegang Wardah jatuh ke lantai.

"Weii," terjerit suara Wardah.

"Hai," itu saja diucapnya sambil tersengih.

"Aku ingat Fasha Sandha dah tadi! Ni pasal apa rambut macam Fasha Sandha ni? Nasib baik tak ada iras Fasha Sandha ke? Bini Johan Raja Lawak ke?." Becok mulut itu ditengah-tengah kedai.

"A new style..." sambil bergaya di tengah kedai.

"Style atuk hang! Acu cerita sikit, mana pergi rambut merah hang?"

"Ad dah potong..." selamba Firyal menjawab sambil berlalu ke kaunter.

Pekerja-pekerja hanya senyum melihat bos baru mereka dengan gaya terbaru itu.

"Gaduh dengan laki sampai potong rambut ke?" bersungguh Wardah bertanya.

Firyal ketawa. "Kau ni..." sambil geleng kepala.

"Jom aku cerita," diajak Wardah terus ke biliknya.

"WAHH, sungguh ka?" seronok suara Wardah.

Firyal hanya mengangguk.

"Alhamdullilah. Tak sia-sia aku doa untuk kau." Tangan diangkat dan disapu ke wajahnya.

"Hari ni tutup kedai awal nak?" getus Firyal.

"Amboi mentang-mentang bos, suka hati nak tutup pukul berapa nampak?" bebel Wardah.

Firyal tayang sengih.

"Nak gi mana?" soal Wardah.

"Gi carik tudung sehelai dua. Baju sopan sikit sehelai dua..." jawab Firyal.

"Perghhh," giginya dikacip tak percaya.

"Kau malu dengan rambut pendek ke?" duga Wardah.

Firyal pegang rambutnya. "Nope," gelengnya.

"I just wanna find something new. I want to change and I need you help," ujar bibir itu masih lagi dengan senyuman.

"Alhamdullilah..." Wardah pegang pipinya pula.

"Okay, kita tutup lepas stok baru sampailah erkk?"

"Stok sampai pukul berapa?"

"Around two thirty maybe,"

"Oraight!"

Bila saja Wardah keluar dari biliknya, Firyal mengeluarkan iPhonenya. Aplikasi WhatsApp dibuka.

Jemari menaip sesuatu.

Fir nak keluar dgn Wawa sekejap. Pergi mall.

Butang anak panah ditekan dan muncul tanda tanda yang menunjukan mesej sudah sampai tapi belum dibaca.

Selang 5 minit, iPhonenya berbunyi.

Okay, take care.

Balasan dari Tengku Fahd itu dipandang dengan senyuman.

Selepas menutup awal The Han's, Firyal dan Wardah terus saja meneruskan agenda mereka.

"Puan Sri cakap apa-apa tak tengok rambut kau pendek?" soal Wardah.

Ketika itu mereka berdua sedang memilih tudung dalam sebuah butik tudung.

"Macam kaulah. Terkejut sampai tak terkata apa..." jawab Firyal.

"Yelah, kau kan sayang sangat dengan rambut kau. Tetiba potong pendek, mana tak terkejut beruk aku!" jelas Wardah.

"Itulah..."

LZz

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now