BAB 5

10.9K 352 1
                                    

SEMINGGU berlalu selepas kejadian di butik Lee...

Citreon C3 berwana oren milik arwah papanya dipakir ke bawah garaj. Kereta itu digelar Lemon oleh Wardah kerana warna dan juga kerana bentuknya. Walaupun rupanya jauh berbeza dari yang dimaksudkan Wardah.

"Hello dear," sapa Datin Zulaikha.

Entah mengapa sapaan Datin Zulaikha melemahkan perasaan Firyal. Kalau boleh dia mahu lari sejauhnya dari mamanya.

"Hi mom," balasnya tak berperasaan.

Tak terniat mahu membelakangi mamanya, tapi entah mengapa Firyal tidak berperasaan mahu bersopan dengan mamanya. Hati Firyal tawar.

Datin Zulaikha tahu, anaknya sedang tiada mood.

"Mama tak nak ganggu Fir, pergilah naik berehat..." ujar Datin Zulaikha.

Dan sememangnya Firyal mengharapkan begitu. Tidak dihujani pelbagai soalan dari mamanya.

Sampai saja dibiliknya, Firyal merebahkan badan ke atas katil sambil otak ligat berpusing. Teringat pertemuannya kali kedua selepas kejadian di butik dengan Puan Sri Laila Serina ketika dia sedang berkejar untuk pulang ke kedai.

"FIR!" gamit Puan Sri Laila Serina dari kejauhan.

Kelihatan wanita itu anggun berblaus dengan padanan warna seluar yang sama dan mengayakan tudung fesyen terkini tetapi tetap menutup aurat dan bahagian dadanya.

Walaupun berkejar dengan masa, Firyal tetap jua menyapa wanita anggun itu.

"Auntie buat apa kat sini?" soalnya berbahasa.

"Auntie ada urusan sikit dengan datang tengok kain," jarinya mengarah ke belakang.

"Fir?" Soalnya pula.

Firyal senyum. "Fir baru habis settle bil. Auntie nak kemana lepas ni?"

"Auntie nak kena balik butik semula, auntie pun tak sempat sembang lama sebab auntie pun ada hal. Cuma auntie nak tanya macam mana dengan tawaran auntie hari tu, Fir setuju tak?" penuh berharap Puan Sri Laila Serina bertanya.

Firyal terdiam. Dia tidak pula terfikirkan hal itu. Sangkanya wanita itu sekadar bergurau.

"Macam nilah, auntie bagi kad auntie. Nanti kalau Fir setuju, Fir terus call auntie. Sebab Fir nak kena bincang dengan kawan Fir dulu, kalau tak siapa nak jaga kedai..." putus Firyal.

"Good!" balasnya sambil mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.

Dihulurkan sekeping kad berwarna merah jambu terang kepada Firyal.

"Make sure call tau! Auntie harap sangat..."

"Okay. Kalau dah buat keputusan nanti, Fir call..."

"Good. Good. Okay I have to go. Take care okay and make sure call?" pesannya sambil memeluk dan mencuin pipi kiri dan kanan Firyal.

FIRYAL buntu. Membuat kerja-kerja peragawan bukanlah pilihannya. Tidak pernah terimpi untuk menjadi model meskipun dia mempunyai rupa dan kecantikan yang tiada bandingan.

Dia buntu sebenarnya. Kalau diberi pilihan, Firyal lebih rela dikurung dalam bilik yang gelap, diberikan sedikit cahaya dengan timbunan buku untuk dibaca. Baginya dia bencikan perhatian. Itu semua menyusahkannya. Ataupun diberi pilihan untuk tinggal didalam hutan sekalipun Firyal tidak kisah. Dia seorang sukakan alam semula jadi.

Tapi harapan Puan Sri Laila Serina membuatnya serba salah dalam membuat keputusan. Nampaknya kata putus dari Wardah perlu. Hanya Wardah yang tahu membuat keputusan sekiranya dia sendiri tidak dapat mencapai kata putus.

Tambahan lagi, fikiran Firyal juga semakin memberat dengan permintaan mamanya. Kalaulah Datin Zulaikha tahu akan hal ini, tentu segala macam hal akan dirancanganya. Haihhh...

Ou

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now