FIRYAL sibuk dengan urusannya. Dari tadi dia kusyuk dengan kerjanya. Rambutnya diikat dan dibelitkan betul-betul di atas kepala menampak 360 darjah leher jenjangnya.
Firyal betul-betul kelihatan seperti gadis pan asia yang bukan beragama Islam dan tidak seperti berketurunan melayu. Cantiknya tak dapat ditandingi oleh mana-mana gadis melayu yang berdarah kacukan sekalipun.
"Huii cun, makan!" sapa Wardah di muka pintu pejabatnya.
"Japp, nak settle ni sat." Firyal mencoretkan sesuatu pada kepingan kertas bersaiz empat segi berwarna putih.
"Done, nati kau call ni buat appoiment untuk the next deal for the new stock," cebisan kertas itu diberikan kepada Wardah.
"En. Talha?" soal Wardah.
Firyal hanya mengangguk sambil sibuk mengemas mejanya. Usai itu, dia mengikuti Wardah ke kedai makan berdekatan dengan The Han's
"Wehh, hari tu cane?'
Firyal buat muka tak mengerti dengan soalan Wardah sambil menghirup teh aisnya.
"Nayla. Semalam bukan kau keluar dengan dia?" Wardah bagi Soalan lengkapnya.
"Cemburu ka?" seloroh Firyal.
Teh ais tadi ditolak tepi menunggu riaksi Wardah.
"Memang idoklah teman. Si Nayla tu patut cermin dulu kalau nak dapat apa-apa perasaan dari aku tau?" cemuh Wardah.
"Wawa, dia masih kawan aku tau!" pesan Firyal.
Wardah letak jari telunjuknya dibibir. Dia tersilap cakap.
"Sorrylah Fir... kau tahulah aku ni cemana, aku tak leh terimalah tengok dia layan kau ikut suka hati dia aje," gerutu Wardah
"Ya..." Firyal akui itu.
'When you forgive, you heal. When you let go, you grow.' Dan Firyal sedikit pun tidak mengambil hati dengan sikap Nayla kerana dia selalu memaafkan.
"Dah lah Wa, chill lah. Tak payah nak fikirlah pasal dia."
Wardah mengganguk faham.
WARDAH dan Firyal pulang ke kedai dengan berjalan beriringan sambil bergurau dan ketawa bila waktu zaman belajar mereka berdua dibangkitkan Wardah.
"Aku ingat kut waktu kau kasi penampo dekat Chua. Kesian duhh dekat dia. Terus tak lepak dengan kita dah," terbahak-bahak Wardah ketawa sambil bercerita.
"Yelah sape suruh dia suka hati nak cakap semua orang yang dia tu boyfriend aku, apa dia ingat dia tu bagus sangat ke?" ujar Firyal geram.
Wardah ketawa lagi. "Kau garang sangat dulu. Sebab tulah sampai sekarang tak ada nak melekat!"
"Kau pun sama Wa, asal ada mai nak lekat. Terus kau ILYASF. Hai bilalah Cik Mah nak merasa menantu lelaki ni..." Firyal memulangkan paku buah keras.
Wardah tayang muka tak faham. "Apa tu?" soalnya.
"I Love You As A Friend..." jawab Firyal sengih.
Wardah terus masam. Nak aje diluku kepala sahabatnya itu.
"Amboi galak ketawa tengah-tengah laluan ni, apa yang seronok sangat?" tegur suara dari belakang.
Serentak Firyal dan Wardah berpaling. Kelihat Nayla sedang berdiri dengan seorang jejaka tampan disebelahnya. Amboi Wardah sudah statik berdiri dengan wajahnya melongo hanya Firyal saja yang kekal selamba. Wardah, jangan nak tenung bakal suami orang lama sangat!
YOU ARE READING
Tertulis Di Tangan Takdir
عاطفيةBila gadis introvet yang memiliki wajah yang cantik dan kulit yang mulus tetapi tidak sukakan perhatian perlu menikahi seorang pewaris syarikat koglomerat berpangkat Tengku? Tapi, FIRYAL HANINAA tak mahu jadi perampas kebahagian orang. Kerana lelak...