HARI pertama Tengku Fahd masuk kerja selepas 5 hari bercuti. Singkat saja cutinya.
Kemeja Tengku Fahd dikeluarkan dan diletakkan di atas katil bersama tali leher dan seluar lelaki itu. Kemudian dia berlalu semula ke ruang sebelah untuk mencari sarung kaki suaminya. Mana Firyal belajar semua itu? Hahaaa, haruslah ada Wardah yang mengajarnya.
Bila keluar, Tengku Fahd sudah pun siap mandi dengan hanya bertuala di pinggang. Firyal terkedu. Kali pertama dia melihat keadaan lelaki begitu. Wajahnya berona merah
"Fir tolong ambilkan stoking," pintanya.
"Dah..." Firyal mengangkat tanganya.
Stoking suaminya turut diletakkan di atas katil dan ingin berlalu ke bawah.
"Wait..." halang Tengku Fahd seraya menarik lengan Firyal.
Langkah Firyal terhenti. Tengku Fahd dipandang dengan wajah yang hairan.
"Help me with the tie," ujarnya.
Terasa mahu ketuk saja kepala sendiri biar pengsan. Alahai Firyal sangat malu ketika ini. Apa yang Firyal boleh buat adalah Firyal menunggu lelaki itu berpakaian sambil berpura-pura sibuk dengan mengemas katil. Padahal katil sudahpun dikemas pagi tadi.
"Dah..." tali leher berwarna biru laut itu dihulurkan kepada Firyal.
Firyal menyambut dan cuba memakaikanya.
"Ad," sambil memegang bahu Tengku Fahd supaya lebih menunduk sama tinggi denganya.
"Macam mana Fir tahu pakaikan tie?" soalnya sambil tak lepas memandang wajah tanpa solekan isterinya.
"Fir pernah berlajar dengan Yad,"
"Untuk apa?" ingin tahu.
"Tak ada sebab. Suka-suka..." jawabnya.
"So I orang pertamalah ni?" soal Tengku Ad lagi
"Hmm-umm..." angguk Firyal.
Tengku Fahd senyum. Entah mengapa terselit rasa bahagia.
"Okay, done!" ujarnya selepas mengemaskan bahagian terkahir.
"Thanks, Fir nak pergi The Han's bila?"
Firyal berlalu mengambil beg bimbit suaminya tanpa disuruh. Sedikit sebanyak Firyal seperti sudah panda menyesuaikan dirinya.
"After this, tapi tengahari sikit," terang Firyal mengenai aktivitinya.
Mereka berdua keluar beriringan untuk turun ke bawah.
"So Ad balik pukul berapa?" soal Firyal.
"Around 5 o'clock, kalau jalan tak jammed..."
Firyal mengangguk tanda mengerti.
"Morning!" suara Tengku Fahd menyapa kedua ibu bapanya.
"Morning darling," Ibu menyahut.
"Duduklah, Ibu nak ambil roti bakar sekejap..." Puan Sri Laila Serina Bangkit dari duduknya.
Firyal pantas menghalang. "Biar Fir ambilkan..." ujarnya sambil berlalu ke dapur semula.
Puan Sri Laila Serina tersenyum.
"Ad nak pergi themain office or Architect?" soal Tan Sri Tengku Al-Bashir.
"Architect bah, banyak hal nak kena settle dulu sebelum Yamin dengan Aman balik," sekeping roti bakar yang di bawa Firyal diambil.
YOU ARE READING
Tertulis Di Tangan Takdir
RomanceBila gadis introvet yang memiliki wajah yang cantik dan kulit yang mulus tetapi tidak sukakan perhatian perlu menikahi seorang pewaris syarikat koglomerat berpangkat Tengku? Tapi, FIRYAL HANINAA tak mahu jadi perampas kebahagian orang. Kerana lelak...