BAB 2

12.8K 375 2
                                    

SEKOTAK yang penuh dengan bungkusan novel yang baru dilakukan pemeriksaan kualiti dibawa ke ruangan kedai dengan kudrat tubuh kurusnya.

"Adehh," kotak tadi diletakkan di sebelah sudut rak yang baru dikosongkan.

Fir mengeluh perlahan sambil membetulkan pinggangnya yang terbongkok hampir 90 darjah tadi.

"Karya Zura Asyfar ke?" soal Wardah.

"Yes," berserta dengan anggukan.

Wardah berlalu sambil menjinjit bakul yang penuh dengan buku-buku ditangannya. Sampai setengah jalan, Wardah berpatah balik.

"Ohh, lupa pulak. Hero Seorang Cinderella dah sold out semua. Nak order lagi ke?" soal Wardah yang hanya kepalanya terjengul disebalik rak.

Firyal menghentikan tindakannya.

"Order jelah..." putusnya sambil menyambung semula kerjanya tadi.

Wardah mengangguk faham dan kemudiannya berlalu.

"Akak," tegur satu suara dari sisi Firyal tapi dia tidak berpaling. Masih meneruskan kerja-kerja menyusunnya.

"Min dah siap asingkan buku-buku tadi pindah ke library kat atas, ada apa-apa lagi yang Min boleh buat?" Yasmin setia menurut arahan dari majikannya.

"Hmm, Min pergi tengok bahagian depan pi susun kalau-kalau ada yang messy."

Usai dengan kerjanya, Firyal mengangkat kotak yang sudah kosong tadi dan diletakkan di atas kaunter.

"Odah dengan Ina mana Min?" Firyal tercari-cari kelibat dua lagi pembantu kedainya.

Yasmin yang sedang menyusun beberapa batang pen berpaling.

"Ada kat atas kak, hari ni diorang jaga shift library," jawab Min.

"Acan mana? Una?" soalnya lagi.

"Acan cakap dia lewat sikit, sakit perut. Una ada dekat belakang. Nati dia keluarlah..." terang Min satu-satu.

Firyal mengangguk faham.

"Min bawa kotak ni kebelakang," Firyal memaksudkan kotak yang berada di atas kaunter itu dan dia berlalu di hadapan kedai untuk membuka pintu kedai.

Maka bermula waktu perniagaan bagi The Han's Library and Bookstore milik Firyal Haninaa.

"FIR, phone kau berkelip tu," Wardah menyiku lengan Firyal.

"Phone?" Firyal tersedar dari fokusnya sambil tercarik-carik iPhone miliknya.

"Tu hahh, atas meja tu..." Wardah juihkan bibirnya ke arah iPhone milik kawannya itu.

"Meja?" Firyal tercari-cari sehingga menjumpai dan mencapainya.

"Hello, Nayla. Sorry aku tengah buat kerja tadi." mesra sapaan Firyal tapi tak lama kemudian Firyal mengeluh diam-diam saat teringatkan rancangan ibunya.

"Ada apa ni kau call aku?" tak berbahasa pertanyaan Firyal.

Sampaikan Wardah juga turut hairan melihat riaksi Firyal yang mulanya ceria bertukar dingin. Tak sampai dua minit bersembang, talian diputuskan setelah janji temu dibuat.

"Kau ada masalah dengan Nayla ke?" soal Wardah.

"Tak ada, tapi bakal ada..." penuh tersurat jawapan Firyal.

"Kenapa, kau jumpa dia sebab nak gaduh ke?" Wardah soal runsing.

Firyal ketawa dengan sikap kawannya yang satu ini. Antara Wardah dan Nayla, sebenarnya Firyal lebih selesa dengan Wardah kerana Wardah lebih prihatin dan mengambil berat akannya. Sikap penyayang Wardah cukup menambat hatinya. Wardah yang dikenalinya sewaktu zaman universiti dan kini menjadi pengurus di kedainya. Manakala Nayla dikenali sejak di bangku sekolah lagi dan persahabatan yang masih lagi utuh walaupun sikap Nayla yang sudah berbeza dari dulu.

"Tak adalah, dia just ajak aku temankan shopping cari barang hantaran." jawab Firyal dengan bibirnya dinaikan ke atas.

"Kenapa nak kena ajak kau? Bukan ke si Qinaah kawan baik dia tu dah boleh temankan ke?" Wardah tayang muka jengkel.

Firyal rasa nak hempuk saja kepala kawannya yang satu ini.

"Qaniah bukan Qinaah. Kau ni main nak sebat saja nama orang!" kepala digelengkan.

"Sama jelah. Nama aje tutup atas bawah tapi mulut nokharam! Tak faham aku dengan orang-orang macam kawan kau tu!" ujar Wardah sambil mengankat bahunya.

"Amboi Cik Yuhaira Wardah... sedap awak kutuk orang ye? Dah rasa diri tu baik sangat?" kening diangkat berkali-kali.

"Tahu, aku ni bukanya baik sangat. Tapi aku still rasa geram sangat tahu? Pastu tak leh move on dengan apa yang dia cakap hari tu..."terang Wardah.

Firyal terdiam. Teringat kedatangan Nayla dan rakannya Qaniah tempoh hari untuk melawat kedainya

Padangan Qaniah penuh dengan ketidaksenangan terhadap perniagaan yang dimiliki Firyal. Apatah lagi keadaan luaran Firyal yang mendedahkan lengan, lutut sehingga kakinya. Hari itu, Firyal memakai blouse labuh tetapi longgar dan besar dari tubuhnya separa lutut dan berlengan tiga suku. Oleh sebab itu agaknya Qaniah memperlekehkan Firyal yang tidak tahu takutkan neraka Allah taala.

Kata-kata Qaniah yang mengatakan perniagaan kedai buku seperti kedai ini tak akan bertahan lama. Paling lama pun setahun dua ujarnya membuatkan hati Firyal dan Wardah yang mendengarnya terus membengkak.

"Sepatutnya mendoakan, bukan memburukan." Bebelan Wardah mematikan lamunan Firyal.

"Mungkin sebab dia tengok aku agaknya..." rendah suara Firyal.

Wardah pandang Firyal.

"Fir, kau tak payah nak sedih sangatlah. Aku tak nak kau hipokrit dengan buat sesuatu yang kau tak suka. Buat apa kau nak bertudung litup, berbaju labuh kalau kau tak sedia? Aku bukannya nak kata aku suka tengok kau macam mana, tapi Fir kalau boleh aku nak kau berubah bila dah kau betul-betul rasa dah tiba masa dan aku percayakan suatu hari Allah taala akan bukakan pintu rahmat untuk kau malah boleh jadi lebih baik dari kami yang bertudung litup ni tapi hati terbuka, terdedah..." panjang ceramah Wardah terhadap Firyal.

Wardah lihat Firyal hanya diam dan cuba menghadam kata-katanya.

"Luaran tak membuktikan siapa diri kita Fir, lagipun aku selalu ada kalau kau rasa dah tiba masa kau nak berubah. Aku percayakan kuasa Allah Taala Fir," Ujar Wardah lagi.

"Thanks. Kau doakan aku tau!" ujar Firyal. Langsung tidak terbit dihatinya untuk memperlekehkan kata-kata Wardah.

QXBn3

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now