"Myra, sorry ye tadi i jerit dekat you. You kalau boleh ignore je Adam dan Sarah tu. You pun tau kan you bukan lama dekat sini. Masa you amat bermakna untuk i. Nanti you pergi tinggal i dan kawan-kawan yang lain." Pujuk Desmond pada Myra.
Myra kini lebih tenang berbanding tadi. Memang betul apa yang diperkatakan oleh Desmond. Cuma Desmond sahaja yang memahami Myra. Mujurlah Desmond sempat mengawal percakapannya tadi kalau tidak sudah tentu ramai yang akan mempersoalkan apa yang diperkatakan Desmond tadi. Masa Myra bersama Desmond sudah tidak lama. Perjanjian Myra dengan Papanya akan tamat dalam masa 1 tahun. Itulah kebebasan yang bermakna untuk Myra.
"Papa bagi adik masa 3 tahun untuk adik bebas dengan apa saja yang adik mahukan tapi ingat lepas 3 tahun adik kena ikut cakap papa." Kata Datuk Fadzlan kepada Myra Qaisara.
Kini perjanjian dengan Datuk Fadzlan tinggal 1 tahun saja lagi. Myra bebas jadi diri sendiri tanpa ada kaitan dengan Datuk Fadzlan. Pendaftaran Myra di gym Ocean Blue juga hanya menggunakan nama biasa. Itu juga idea dari Desmond. Pertama kali Myra datang ke Ocean Blue tanpa menggunakan nama formal. Myra ingin jadi seperti orang biasa. Walaupun hidupnya sering diperhatikan dengan orang papa nya tapi dia amat bersyukur kerana dia masih bebas dan tiada sebarang sekatan dari papanya.
Carol adalah merupakan kenalan Desmond di Ocean Blue dan juga merupakan orang pertama yang berkawan dengan Myra. Segala suka duka dikongsi bersama. Group Carol terdiri daripada Lyn, Fariz, Kent dan juga Aiman. Lyn merupakan PA di sebuah Syarikat Oil and Gas, Fariz dan Kent bekerja sebagai Arkitek di sebuah firma pembinaan dan Aiman pula anak kepada Datuk Hisham. Datuk Hisham juga merupakan salah seorang kenalan Datuk Fadzlan namun kehadiran Myra tidak dikenali Aiman.
Myra Qaisara adalah anak tunggal perempuan kepada Datuk Fadzlan. Tiada seorang pun kenalan Datuk Fadzlan yang mengenali anak perempuannya. Jadi tidak mustahil untuk Aiman menyedari kehadiran Myra sebagai anak Datuk Fadzlan. Myra menyelidik seorang demi seorang kenalannya.
"Carol, why not we start our plan now?" Bisik Myra.
Desmond pelik tengok Myra berbisik- bisik bersama Carol dan menjadi tanda tanya pada Desmond.
"Myra, apa yang you bisik dengan Carol tu. You ni sampai hati ke tepikan I."rajuk Desmond.
Myra dan Kawan- kawan yang lain segera mendapatkan Desmond dan mengajak Desmond ke pusat Karaoke.
"Jom Desmond kita pergi karaoke. Today we will going home late. This today I will treat you all. All payment will be on me okay!!!"kata Aiman lagi.
"Pelik you all ni. Whatever it is I will agreed" Desmond setuju dengan cadangan mereka.
Mereka sudah menempah sebuah bilik di karaoke Ria di Citta Mall dan juga bilik tersebut sudah terhias cantik oleh Kent, Myra dan juga Carol. Tunggu Desmond sahaja untuk masuk ke bilik tersebut.
"Surprise!!!!!!"jerit Myra, Carol, Kent, Fariz dan Aiman.
Desmond sangat terharu dengan plan Myra dan Carol and the gang. Malam tu mereka berparti sampai lewat pagi. Myra hampir terlupa yang esok dia kena outstation ke Genting Highland. Dia ada mesyuarat bersama pembekal paip.
Dalam keasyikan Myra dan kawan-kawan menyambut hari ulangtahun kelahiran Desmond, ada yang sentiasa memerhati Myra. Adam walaupun dalam kebencian terhadap Myra dia merupakan salah satu orang yang sentiasa memerhati pergerakan Myra dari jauh.
Myra balik sungguh lewat. Party mereka sahingga pukul tiga pagi. Myra pulang bersama Desmond.
"Myra, i will send you. Wait for me." Kata Desmond kepada Myra.
Myra hanya mengangguk. Dia tahu Desmond risau keselamatannya semenjak peristiwa dua minggu yang lepas di mana Myra hampir dilanggar oleh orang yang tidak dikenali sehingga menyebabkan keretanya hampir terbalik.
Adam hanya memerhati dari jauh. Keakraban Desmond dengan Myra tidak memberi peluang untuk Adam mendekati Myra. Hanya dengan menyakiti Myra dia dapat mendekatinya. Peristiwa di Hotel Concorde memberikan kesan yang mendalam pada Adam. Dalam membenci Myra timbul cahaya baru dalam hati Adam.
..........................................................................
"Alamak, dah pukul empat pagi ni. Nak kena cepat kemas-kemas beg. Pukul 9.00 pagi dah kena bertolak ke Genting. Meeting jam 11.30 pagi. Sempat lagi ni." Myra berkemas barang-barang untuk esok pagi.
Kini Myra dalam kepenatan. Walaupun penat tapi masa yang diluangkan amat berbaloi. Dia perlu menghargai masa yang ada. Desmond dan Myra tinggal di kawasan dan bangunan yang sama cuma berbeza level je. Myra tinggal di level 3 manakala Desmond di level 2. Beza cuma 1 level.
Telefon Myra berdering....
"Myra, I ni...Desmond. Sekejap lagi I tolong you angkat barang. Kita stay dekat homestay Uncle I. Dekat dah dengan tempat meeting you. At least you can rest there first." Cadang Desmond.
Myra cukup menghargai keprihatinan Desmond. Nasib baiklah ada Desmond. Dialah penyelamat Myra. Kini Myra tidak perlu risau lagi. Segalanya sudah tersedia. Setiap detik amat berharga bagi Myra.
Keakraban Myra dan Desmond menjadi perhatian Adam. Peristiwa di Hotel Concorde sentiasa berada di dalam ingatan Adam. Mana mungkin untuk Adam lupakan setelah hampir dua tahun peristiwa di Phuket dan kini ingatan pada Myra kembali setelah peristiwa di Concorde Hotel.
Bersambung........
YOU ARE READING
Pemilik hati si PINK (Slow Updated)
RomanceStart : 4 augst 2017 End : Myra Qaisara cukup minat dengan warna pink. Kalau boleh semuanya berwarna pink. Seorang gadis yang sangat aktif dan sangat berhati-hati dalam memilih kawan. Bertemu dengan Adam Hakimi di gym adalah merupakan satu tragedi...