Bab 8

80 4 0
                                    

Adam mengejar Myra.

"Myra, tunggulah dulu?"jerit Adam

"You nak apa Adam?"balas Myra

"Kenapa you lari? I nak ajak you lunch sama-sama. Jomlah."ajak Adam.

"Sejak bila pula kita berbaik. Adam, better you pergi dari sini. I tak nak nanti Sarah salah faham dengan I. Jangan ganggu I. I tak suka. Jauhkan diri you dari I."beritahu Myra.

"I dengan Sarah cuma kawan je. Kenapa dia nak salah faham. I nak jadi kawan you. Takkan tak boleh?"balas Adam.

"Please Adam. Jaukan diri dari I. I tak nak jadi kawan you."Myra terus melarikan diri dari Adam. Dia segera menuju ke tempat keretanya namun Adam berjaya menghalangnya.

Dany dari jauh hanya merenungnya. Dia menunggu isyarat dari Myra. Myra tidak mahu mendedahkan kewujudan Dany. Dia siap memberi isyarat kepada Dany supaya tidak memunculkan dirinya. Dany dari jauh memahami isyarat Myra. Bagi Myra,Adam bukanlah seorang yang berbahaya untuk dirinya. Adam menarik dirinya ke kereta Adam.

"Adam, you nak bawa I pergi mana? Kenapa nak paksa I ikut you. Kenapa you tiba-tiba tegur I? Bukan selama ni you selalu sakitkan hati I ke? Kenapa tiba-tiba nak jadi kawan I?"tanya Myra bertalu-talu.

"Myra, please just ikut I je. Kita keluar makan je. Bukan I nak buat apa-apa dekat you. Dah lama I nak jadi kawan you. Nanti I jawab soalan you ya. Sekarang you just ikut I je."balas Adam. Sudah lama dia mencari kesempatan untuk bersembang berdua dengan Myra.  Inilah masa yang ditunggunya. Dia tidak akan melepaskan peluang ini.

Myra sudah malas mahu berlawan kata-kata. Makin dilawan makin menjadi pula si Adam ni. Dia juga tahu Dany sentiasa ada bersamanya. Jadi tiada masalah.

Kereta dipandu oleh Adam dan Myra tidak tahu hala tuju Adam. Dia hanya membiarkan  Adam memandu dan sepanjang perjalanan Myra hanya mendiamkan diri dan akhirnya tertidur kerana terlalu penat. Adam hanya membiarkan sahaja. Baginya sudah cukup baik Myra mahu mengikutnya.

Mereka sudah tiba di destinasi yang dituju. Adam membawa Myra ke Sunway Pyramid.

"Myra, bangun. Dah sampai."kejut Adam.

Myra terbangun. Dia membetulkan topinya. Topi dibuka dan rambutnya dibetulkan. Kini rambutnya dilepaskan. Terkelu lidah Adam melihat Myra.

"Myra, kenapa kau kelihatan seperti seseorang yang aku kenal."desis hati Adam.

Myra mengambil sepit rambutnya. Rambut hadapan disepit. Dia mengenakan bedak sedikit dan secalit lipstik.

"Adam, boleh kita keluar. Cepatlah. I ada appointment nanti dekat hospital. Kalau you lambat I tak boleh nak lunch dengan you."Myra bersuara.

Adam tidak berapa dengar apa yang diperkatakan oleh Myra. Dia segera mengajak Myra turun dari kereta dan menuju ke tempat makan.

"Myra, you nak makan apa?"tanya Adam.

"Korean food jom!!"ajak Myra. Myra seakan terlupa bahawa dia dan Adam tidak sebulu. Kali ini Adam hanya mengikut kehendak Myra.

Makanan sudah ditempah dan kini Myra lebih fokus kepada telefonnya. Baru sahaja Adam ingin bertanyakan soalan tiba-tiba telefon Myra berdering.

"Hello, Michael. Apa hal?"tanya Myra.

"Ara, Rizal interested with you. Dia nak minta you jadi model dia untuk rekaan baru dia. Dia baru call I tadi. Macam-mana?"tanya Michael.

"Michael, I tak berapa minatlah dengan rekaan Rizal. Lagipun kalau abang I tahu nanti dia bising. You pun tahu kan rekaan Rizal macam-mana. Dress pendek-pendek kot. Memanglah I pun ada pakai dress pendek tapi I tak suka orang tengok I pakai macam tu. I tak nak terima. Kalau dia ikut syarat I baru I terima tapi I rasa mustahil. Make sure you tengok rekaan dia sebelum terima job. Itu je yang boleh I cakap. Jangan bagi apa-apa jawapan. Oh ya I lupa nak cakap dengan you. I nak kenalkan you dengan beberapa kawan I. May be dia boleh jadi model you. Tapi you kena asah bakat merekalah. Apa yang I boleh beritahu you, they can be a good model."balas Myra.

Pemilik hati si PINK (Slow Updated)Where stories live. Discover now