Bab 15

75 5 0
                                    

"Adik, meh join tengok cerita thailand ni. Best adik. Hero hensem dan yang penting heroin cun. Abang suka tengok."Danish Irham mengajak Myra menonton drama Thailand yang bertajuk Winds Hidden Love.

Myra cuma mengikut sahaja. Dia duduk di disebelah Danish Irham manakala kepalanya dilentokkan ke bahu Danish Irham. Pada mulanya Danish Irham cuma membiarkan adiknya tapi secara tiba-tiba Myra mengerang sakit.

"Ara, kenapa ni? Papa, Mama, abang!!!"jerit Danish Irham. Myra pula masih dalam kondisi yang sama. Mengerang kesakitan.

Datuk Fadzlan segera mendail nombor telefon Doktor Zarief. Datin Farah dan Daniel Farish terus meluru ke arah Danish Irham dan Myra.

"Farish, pergi ambil ubat adik dekat bilik cepat!!"arah Datin Farah. Tanpa membuang masa Daniel Farish segera mengambil ubat Myra Qaisara. Ubat segera di beri kepada Myra Qaisara. Sakitnya bukan main dirasakan oleh Myra.

Myra semakin keliru dan kepalanya semakin sakit. Kini dia selalu dihantui dengan bayangan yang sama. Dia selalu bermimpi dan mimpinya sering berulang-ulang. Adakah itu sebahagian daripada cerita hidupnya dua tahun yang lepas. Dia tidak mahu mengingat cerita lama. Semakin dia cuba melupakan kehidupannya lepas kini mimpi itu sering kali berulang. Kepalanya juga semakin sakit.

Masing-masing semakin risau melihat keadaan Myra. Myra yang menjerit-jerit seperti menghalau orang. Apakah sebenarnya yang terjadi. Danish Irham dan Daniel Farish semakin risau.

"Papa, jam berapa Doktor Zarief sampai?Risau Irham tengok Ara macam ni Papa."tanya Danish Irham.

"Papa dah telefon. Sekejap lagi Doktor Zarief datang. Papa pun  risau tengok keadaan adik macam ni."kata Datuk Fadzlan. Sudah lama Myra Qaisara tidak sakit sebegini.

Lama kelamaan Myra kembali tenang. Datin Farah sentiasa di sisi menenangkan anaknya.

Tidak lama kemudian Doktor Zarief tiva di rumah Datuk Fadzlan. Myra pula kini hanya ditempatkan di bilik tetamu bawah kerana tadi Myra menonton televisyen bersama Danish Irham di ruang tamu bawah.

Doktor Zarief kini mula memeriksa Myra.

"Myra, masih sakit lagi ke kepala Myra?"tanya Doktor Zarief. Myra hanya mengangguk. Myra di beri ubat tahan sakit dan penenang bagi mengurangkan sakitnya.

Myra juga sempat bercerita kepada Doktor Zarief bagaimana dia boleh diserang sakit kepala.

"Doktor, Ara rasa takut!! Ara takut!! Ada orang nak bunuh Ara. Ada orang nak langgar Ara doktor!! Banyak kali orang cuba langgar Ara. Ara takut!!"tiba-tiba Myra menjerit.

Datuk Fadzlan, Datin Farah dan semua yang ada di situ terkejut mendengar cerita Myra.

"Siapa Myra? Myra kenal ke?"tanya Doktor Zarief lagi yang cuba mengorek rahsia Myra. Dia cuba membuatkan Myra meluahkan rasa kerisauannya dan juga apa yang terjadi.

"Ara nampak ada seseorang cuba nak langgar Ara. Ara nampak ada orang tolak Ara. Ara nampak Ara naik gajah dengan seseorang. Hari-hari Ara dapat mimpi yang sama. Ara takut. Ara takut ada orang nak langgar Ara. Sebelum ni pun banyak kali orang cuba langgar Ara."Myra tiba-tiba menangis ketakutan.

Pelbagai peristiwa yang diluahkan oleh Myra Qaisara sehinggalah dia tertidur. Datin Farah meminta Danish Irham mengangkat Myra Qaisara ke biliknya di tingkat atas. Daniel Farish dan Datuk Fadzlan berbincang bersama Doktor Zarief.

"Doktor, bagaimana keadaan Ara? Saya risau keadaan dia. Dia tiba-tiba mengerang keasakitan dan tadi meracau."tanya Datuk Fadzlan.

"Datuk, Myra masih lagi keliru. Keliru dengan masa lepas. Cuba Datuk siasat apa yang jadi. Saya nasihatkan supaya Datuk atau Farish banyakkan bersembang dengan Myra. Cuba dekatkan diri dengan Myra. Ini juga dapat membantu Myra. Sebelum ini Myra beritahu saya yang dia tidak mahu cuba untuk mengingat kembali masa lepas tapi bila dia bercerita tentang cubaan melanggar, lebih baik Datuk siasat. Sekarang dia cuma keliru sahaja. Keliru dengan apa yang berlaku. Semakin dia melihat perkara yang sebelum ini berlaku menyebabkan otaknya terimbas kembali dan apabila dia cuba mengingat menyebabkan kepalanya jadi semakin sakit."terang Doktor Zarief lagi.

Pelbagai nasihat diberikan oleh Doktor Zarief. Daniel Farish juga risau mengenai apa yang terjadi. Adakah peristiwa setahun yang lepas terjadi disebabkan cubaan membunuh. Siapakah yang menjadi musuh Myra Qaisara dan apakah penyebabnya. Setahu Daniel Farish, Myra tidak mempunyai musuh.

"Papa, ingat tak sebelum ni Dany pernah beritahu memang ada cubaan kereta untuk melanggar Ara!"beritahu Daniel Farish kepada Datuk Fadzlan dan Doktor Zarief.

"Kalau begitu apa yang Myra ceritakan itu bukan meracau tapi Myra cuba beritahu apa yang terjadi. Saya syak peristiwa yang lepas terjadi bukan sebab dia salah makan tapi mesti sebab ada yang dengki atau cemburu dengan Myra."celah Doktor Zarief.

Datuk Fadzlan akhirnya bersetuju. Memang benar apa yang dikatakan oleh Daniel Farish. Teringat kembali kata-kata Myra dahulu. Myra balik ke rumah Datuk Fadzlan adalah disebabkn cubaan untuk melanggarnya. Kini dia perlu siasat kembali. Mujur sahaja Dany sentiasa ada bersama Myra Qaisara. Apa pun keselamatan Myra Qaisara menjadi keutamaan mereka.

Doktor Zarief memberikan ubat kepada Datuk Fadzlan untuk Myra. Malam Datuk Fadzlan kini sudah sedikit lega tetapi masih dalam kerisauan. Risau mengenai apa yang terjadi. Dia sungguh risau keselamatan puteri kesayangan mereka.

Danish Irham turun semula setelah Myra Qaisara lena dari tidurnya.

"Papa, Doktor Zarief mana?"tanya Danish Irham.

"Dah balik. Baru je."balas Datuk Fadzlan.

"Doktor cakap apa Papa?"tanya Danish Irham lagi.

"Irham, sekarang ni kita tak boleh biarkan Ara sendirian lagi. Papa risau la. Tadi Doktor beritahu Papa ini semua terjadi sebab Ara cuba ingat kisah sebelum peristiwa tu terjadi. Doktor juga beritahu Papa mungkin apa yang terjadi sebelum ini disebabkan orang dengku dengan adik. Sebelum ni adik ada cerita apa-apa ke dekat Irham? Cuba beritahu Papa. Adik selalu rapat dengan Irham dan Farish. Mungkin ada apa-apa yang adik cerita dekat Farish dan Irham."tanya Datuk Fadzlan.

Daniel Farish dan Danish Irham cuma menggelang. Mereka juga berjanji akan cuba membantu Myra Qaisara dan sentiasa melindungi adik mereka.

Pemilik hati si PINK (Slow Updated)Where stories live. Discover now