Myra Qaisara termenung lagi ketika di pejabat Datuk Fadzlan. Datuk Fadzlan dan Daniel Farish tiada di pejabat. Yang ada cuma PA Datuk Fadzlan iaitu Ashikin. Danish Irham pula masuk ke pejabatnya sementara menunggu Datuk Fadzlan dan abangnya masuk ke pejabat.
"Myra nak air ataupun makan apa-apa tak? Kak Shikin boleh ambilkan."PA papanya yang membahasakan diri sebagai kakak kepada Myra Qaisara.
"Tak apalah kak. Ara tak haus. Ni pun air ada lagi ni. Owh ya ni untuk akak."Myra Qaisara menunjukkan air coffee starbuck dan juga menghulurkan sebalang kecil cookies yang dibuatnya untuk Ashikin.
Ashikin tersenyum dan menerima cookies daripada Myra Qaisara. Kemudian dia menyambung kerjanya. Myra Qaisara pula kelihatan agak bosan. Dia keluar menuju ke bahagian atas bangunan Syarikat Bumi Holdings. Di bahagian atas, Datuk Fadzlan sudah membuat ruangan khas untuk berehat. Hanya orang tertentu sahaja yang ada kad access ke bahagian atas. Kadang-kala Datuk Fadzlan mengadakan mesyuarat bersama clientnya di sana. Terdapat sebuat bilik rehat, buaian dan juga taman di bahagian atas.
"Kak, nanti kalau ada yang cari Ara, cakap Ara dekat atas ya. Penat pulak."beritahu Myra Qaisara kepada Ashikin. Ashikin yang ketika itu sedang sibuk menyiapkan kerjanya hanya sempat mengangguk.
Danish Irham pula menggunakan masa yang ada untuk menyiapkan kerjanya. Dia tahu adiknya sudah tentu sedang berehat sambil menunggu ketibaan Papa dan abangnya. Myra Qaisara pula sengaja mengajak Danish Irham masuk pejabat kerana kasihan melihat abangnya yang terpaksa menjaganya sedangkan kerjanya di pejabat berlambak.
Lama juga Myra Qaisara menunggu Papa dan abangnya sehingga dia tertidur di bilik rehat.
"Datuk, Myra ada datang. Sekarang dia berehat di atas."beritahu Ashikin ketika Datuk Fadzlan dan Daniel Farish menjejakkan kaki ke pejabat.
Datuk Nazri dan Adam juga datang bersama Datuk Fadzlan dan Daniel Farish.
"Ara datang dengan siapa? Kenapa dia masuk office? Siapa yang ada di atas?"tiba-tiba emosi Datuk Fadzlan sedikit terganggu.
"Dia dengan En. Danish. Kat atas tak ada sesiapa pun. En. Danish di pejabatnya."terang Ashikin.
Tanpa mengambil masa yang lama Datuk Fadzlan terus mengajak Datuk Nazri dan Adam naik ke bahagian atas. Dia juga mahu menjenguk puteri kesayangannya. Daniel Farish naik ke atas dahulu bersama Datuk Nazri dan Adam manakala Datuk Fadzlan singgah ke pejabat Danish Irham.
"Irham, kenapa ajak adik masuk office? Bukan ke Papa dah bagi kelonggaran untuk jaga adik? Kenapa biarkan adik sendirian. Bahaya. Doktor Zarief kan ada beritahu supaya kita sentiasa ada dengan adik?"suara Datuk Fadzlan agak tegas.
"Maaf Papa. Tadi adik yang ajak Irham masuk office. Irham tak nak bawak tapi dia bertegas nak pergi jugak. Dah alang-alang Irham masuk office buat kerja. Lupa pulak. Dah khayal buat kerja. Maaf Papa. Irham pergi cari adik sekarang."Danish Irham tahu kesalahannya. Dia segera mahu mencari Myra Qaisara.
"Tak apalah. Adik dekat atas. Papa pun nak ke atas. Farish, Adam dan Datuk Nazri pun ada dekat atas. Kalau Irham ada kerja pergilah siapkan. Papa cuma terkejut je."beritahu Datuk Fadzlan lagi.
Myra Qaisara lena tidur di dalam bilik rehat sendirian. Adam pula sedikit pelik melihat reaksi Datuk Fadzlan dan juga Daniel Farish. Apakah sebenarnya yang terjadi. Adam sering tertanya-tanya.
Datuk Nazri pula tidak dapat mengagak apa yang terjadi sebenarnya. Baginya itu perkara biasa apabila seorang ayah risau akan anak kesayangannya.
Ashikin menghidangkan makanan dan juga air kopi buat semua. Mereka mengadakan perbincangan di bilik atas. Daniel Farish sempat menjenguk adiknya.
YOU ARE READING
Pemilik hati si PINK (Slow Updated)
RomanceStart : 4 augst 2017 End : Myra Qaisara cukup minat dengan warna pink. Kalau boleh semuanya berwarna pink. Seorang gadis yang sangat aktif dan sangat berhati-hati dalam memilih kawan. Bertemu dengan Adam Hakimi di gym adalah merupakan satu tragedi...