Sarah sampai awal di Studio. Hari ini dia terlibat dalam penggambaran bagi rekaan Rizal. Kebanyakan fesyen yang direka oleh pereka Rizal lebih kepada dress pendek. Kebetulan Myra juga terlibat dalam penggambaran di tempat yang sama.
"Adam, lambatnya you datang?"rengek Sarah.
"You ni dah kenapa Sarah? Sorrylah I lambat sikit. I datang ni pun sebab you yang paksa. Apa hal you nak I datang sini?"
"Alah you ni. Dengan I pun berkira. Temanlah I kejap. Lepas ni kita pergi makan."Sarah yang tergedik.
Michael yang ketika itu bertugas untuk mengambil gambar Sarah. Kebiasaannya Kimi yang selalu bekerjasama dengan Sarah tetapi kali ini Kimi terpaksa bertugas di luar jadi Michael terpaksa mengambil alih kerja Kimi. Selepas ini dia akan bekerja bersama Myra pula.
"Sarah, have you done make up? Can we start?"tanya Michael.
"Yes, wait a minute."balas Sarah.
"Sally, Myra dah call you belum. Make sure tudung semua siap ya. I suruh Myra datang awal. Fifi, jangan lupa baju semua. Penat I pujuk Myra. Riezman hanya mahu Myra jadi model dia. Serve her Okay!"arah Michael kepada Sally dan Fifi.
Sarah memanggil Michael. Kini kerja mereka bermula. Rizal juga berada semasa sesi photographer dijalankan bagi memastikan ia menepati citarasanya.
Tergedik-gedik Sarah. Pereka Rizal juga suka melayan kegedikan Sarah. Apa lagi si Sarah. Naik tocangnya. Lagi bertambah gedik si Sarah. Adam yang melihat aksi Sarah bertambah meluat. Naik mual dia melihat kegedikan Sarah. Dia sudah bosan menunggu. Baru sahaja dia mahu mengangkat kaki tiba-tiba terdengar jeritan perlahan seorang gadis.
"Sorry guys. I lambat sikit. Sally, Fifi dan Michael. Give me dress and tudung. I make up dulu."Myra yang bersanggul tinggi gaya bersahaja dengan ringkas bertshirt lengan pendek berseluar jeans dan sneakers.
Adam yang ketika itu terkejut dengan kehadiran Myra.
"Myra? In modelling? Kenapa dia tak pernah tahu mengenai Myra? Bukan ke Myra kerja di Syarikat Bumi Jaya?"pelbagai soalan yang keluar dari kepala Adam.
Myra ketika itu tidak perasan akan kehadiran Adam. Dia mengambil tempat di meja solek. Kebetulan Adam duduk di meja solek sebelah. Baru Myra ingin membuka beg alat soleknya dia perasan ada seseorang yang merenungnya.
"Eh, Adam! You buat apa dekat sini? Takkan you terlibat sekali dengan aktiviti hari ni?"tanya Myra pelik.
"You pula buat apa dekat sini? Taklah. You nampak tak siapa yang tengah ambil gambar dekat sana?"Adam segera menunjukkan jarinya ke arah Sarah.
"I saja je. Okaylah. I nak start make up dulu. Nanti lambat pula habis."Myra memberhentikan perbualan. Myra segera memulakan aktivitinya. Dia bersolek sendiri. Dia tidak mahu Fifi menyoleknya melainkan terpaksa.
Adam yang berada sebelah Myra teliti merenung Myra. Sungguh berbeza personaliti Myra. Siapakah sebenarnya gadis ini. Kalau Sarah sudah tentu lagi sibuk. Sibuk dengan mulutnya yang sentiasa memberi komen kepada jurusolek. Berbeza dengan Myra. Myra lebih suka membuat kerjanya sendiri.
Selepas siap bersolek, Myra menyanggul rapi rambutnya. Baju ditukar dan kemudian selendang diambil. Dia memakai selendang ala-ala Naelofa. Kini penampilan Myra sungguh berbeza. Patutlah dia tidak pernah tahu wujud Myra dalam dunia modelling. Sarah tidak perasan kewujudan Myra kerana terlalu leka menggedik bersama Rizal. Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Adam.
Adam sungguh terpegun dengan personaliti Myra. Riezman juga ketika itu baru sampai. Sempat dia menegur Myra.
"Ara, nice fit. Pose cantik-cantik ya."Riezman sempat mengenyit mata ke arah Myra.
Adam yang ketika itu sudah ada rasa bunga-bunga cemburu. Cemburu bila ada lelaki lain yang cuba mendekati Myra.
Selepas Sarah, Myra pula mengambil alih tempat Sarah. Pelbagai pose yang diambil oleh Michael. Adam juga ketika itu mengambil kesempatan dengan mengambil gambar Myra. Sarah pula masih setia menggedik bersama Rizal. Kini Sarah telah bertukar baju. Myra dengan pantas mahu menghabiskan kerjanya. Dia juga mengambil kesempatan dengan memberitahu Michael dia mahu menyiapkan kerjanya dengan cepat. Sekejap sahaja Myra sudah bertukar kepada baju kedua dan seterusnya. Sarah pula masih dalam proses membetulkan solekannya. Fifi diarah.
"Ara, cantiklah you pakai tudung. Ni hadiah untuk you. Thanks sebab sudi jadi model untuk rekaan I."ucapa Riezman.
"Thanks En Riezman. Baju rekaan you ke ni? Dah memang kerja I. Selagi rekaam you memenuhi syarat I, I okay je jadi model you. Anyway untuk outdoor pula wedding dress kan?"balas Myra.
"I know your taste. No worries. I tak lupa you bila i reka baju. I selalu teringat you bila I reka muslimah dress. Yes. Weekend ni shooting untuk outdoor. Sebelah petang dan pagi. I pilih waktu redup. I tak naklah princess I ni gelap nanti. One thing lagi, boleh tak jangan panggil I dengan berencik. Panggil I Riezman saja."beritahu Riezman.
"Weekend I tak boleh. Boleh tak cepatkan sikit. Hari Sabtu. Tak pun hari Isnin. Weekend I pindah rumah. I pindah masuk rumah parents I. Boleh ya Riezman."pujuk Myra.
Akhirnyq Riezman bersetuju. Photoshoot akan dibuat pada hari Isnin. Adam yang berada berhampiran Myra dan Riezman hanya memasang telinga. Sempat juga dia mengutuk para model kerana tidak suka sikap menggedik model dengan pereka fesyen.
"Kenapalah perempuan perlu menggedik. Bukannya bagus sangat. Geli ada la aku tengok tapikan kalau Myra yang datang dekat aku macam tu, aku rela je. Entah bilalah Myra tu boleh terima aku kan."Adam berangan sambil termenung.
Myra bertukar baju semula. Rambutnya disanggul dan dia memakai topi yang seperti serkup bagi menutup rambutnya. Myra memang jarang mendedahkan rambutnya walaupun dia tidak bertudung di luar.
"Michael, I balik dulu. See you next week!"jerit Myra.
"Ara, wait!"panggil Michael.
Michael memperkenalkan Myra kepada Rizal. Sarah yang sebelum ini tidak perasan kehadiran Myra kini terkejut. Ketika Michael memperkenalkan kepada Rizal juga dia sudah meluat dan dalam masa yang sama juga dia berasa risau. Risau jika Rizal akan mengambil Myra.
"Ara, you look nice. Even tak bersolek. I suka tengok you. You tak teringin ke nak jadi model I?"tanya Rizal.
"I boleh je tapi you pun kena tahu syarat I. Kalau you design long dress and suitable with me, my plessure I will accept. Anyway apa-apa you boleh tanya pada Michael. He is my manager. I nak balik dulu ya. I ada hal. See you when I see you."balas Myra sambil mengenyitkan mata kepada Rizal.
Adam ketika itu berasa geram dengan Myra.
"Myra, can you stop flirt with other guy!!!" Marah Adam dalam hati.
YOU ARE READING
Pemilik hati si PINK (Slow Updated)
RomanceStart : 4 augst 2017 End : Myra Qaisara cukup minat dengan warna pink. Kalau boleh semuanya berwarna pink. Seorang gadis yang sangat aktif dan sangat berhati-hati dalam memilih kawan. Bertemu dengan Adam Hakimi di gym adalah merupakan satu tragedi...