Suhu badan Myra Qaisara again tinggi. Myra Qaisara terbangun di awal pagi. Berat kepalanya. Digagahkan dirinya bangun ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.
"Arghhh...aduh!"terdengar jeritan.
Danish Irham ketika itu keluar dari biliknya kerana mahu turun minum ke dapur segera meluru ke arah suara tersebut.
"Adik, adik! Buka pintu ni!"jerit Danish Irham. Danish Irham risau akan keadaan adiknya yang tiba-tiba terdengar menjerit.
Dek kerana malam tadi Myra Qaisara mengunci biliknya, maka again mustahil Myra Qaisara mampu membukanya sendiri. Tiada suara yang dapat didengar oleh Danish Irham. Kini dia sudah mulai cemas. Segera dia mengetuk pintu bilik Datuk Fadzlan. Kunci pendua yang terdekat berada di dalam bilik Datuk Fadzlan.
"Papa, Papa! Buka pintu ni!"jerit Danish Irham yang agak kuat mengetuk pintu Datuk Fadzlan.
Daniel Farish juga terbangun apabila terdengar suara adiknya, Danish Irham menjerit. Dia segera keluar.
"Kenapa ni Irham? Awal pagi day terjerit-jerit ni."tegur Daniel Farish.
"Adik, tadi Irham dengar dia menjerit. Lepas tu Irham pangil-pangil tapi tak ada dengar suara dia menyahut. Irham risau."suara cemas Danish Irham yang tidak dapat dibendung.
Daniel Farish segera memanggil adiknya sementara Danish Irham mengambil kunci pendua di bilik Papanya.
Datuk Fadzlan Dan Datin Farah tanpa berlengah segera menuju ke bilik Myra Qaisara. Nasib baik bilik mereka berada pada tingkat yang sama. Jika tidak, tidak tahulah apa yang akan terjadi pada puterinya.
Tanpa berlengah pintu bilik Myra Qaisara dikuak luas. Mereka segera mencari Myra Qaisara.
"Farish, sini!"Danish Irham yang sudah mencempung badan adiknya. Terkulai sudah badan Myra Qaisara. Dahi Myra Qaisara berdarah. Mungkin terkena bath tub semasa terjatuh.
"Adik, bangun! Papa badan adik panas sangat ni. Adik demam!"Daniel Farish membuka mulutnya.
Daniel Farish segera menyambut Myra Qaisara dari dukungan Danish Irham. Danish Irham pula segera memyediakan kereta tanpa berlengah. Dia tidak lagi boleh menunggu adiknya sedar sendiri.
"Mama, ambil dokumen adik. Kita pergi hospital sekarang!"suruh Daniel Farish.
Datin Farah tanpa membuang masa, dia terus mengambil beg tangan Myra Qaisara. Dia yakin segala dokumen ada di dalam beg tangan anaknya. Dia tidak mampu until berlengah lagi. Nyawa puterinya lebih penting daripada dirinya.
Velfire dipandu oleh Danish Irham. Kereta itu pilihan yang terbaik buat mereka. Daniel Farish segera memangku adiknya. Datuk Fadzlan duduk di bahagian depan. Daniel Farish dan Datin Farah memangku puteri kesayangan mereka.
"Adik, bangun dik..."Daniel Farish memanggil lembut adiknya sambil mengelap dahi adiknya dengan tuala basah.
"Panas betul badan adik ni Mama. Agaknya adik tertekan kot sebab Kita paksa dia bertunang dengan Adam. Patutnya Farish tengok adik malam tadi. Tak ada seorang pun yang tengok adik macam selalukan malam tadi?"Daniel Farish bersuara. Itulah kebenaran yang memedihkan hati semua. Mereka lalai. Tidak seperti biasa. Mereka abaikan perasaan puteri kesayangan mereka.
Masing-masing tersedar. Mereka biarkan puteri kesayangan mereka memendam perasaan sendiri sedangkan puteri mereka itu perlukan perhatian daripada mereka.
Danish Irham memandu kereta dengan laju. Tidak kisah berapa saman yang akan dibayar oleh mereka lagi asalkan adiknya dapat dirawat segera. Jalan raya juga lengang. Itu memudahkan mereka untuk sampai dengan segera.
Doktor Zarief telah dimaklumkan awal oleh Datuk Fadzlan semasa dalam perjalanan membawa puterinya itu. Dia tidak mahu doktor lain yang merawat anaknya. Doktor Zarief telah diberi kepercayaan dalam merawat kes anaknya. Tiada alasan until Doktor Zarief menolak tanggungjawab tersebut. Tanpa berlengah dia menunggu di pintu rawatan kecemasan.
Setibanya kereta Datuk Fadzlan, Daniel Farish segera mendukung adiknya dan diserahkan kepada team Doktor Zarief. Keluarga Datuk Fadzlan menunggu dengan sabar. Danish Irham pula mundar-mandir di depan Datuk Fadzlan sambil menunggu Doktor Zarief keluar daripada bilik rawatan kecemasan.
"Irham, cuba duduk diam-diam. Pening Papa yang duduk sini."tegur Datuk Fadzlan.
"Maaf Papa. Irham risau ni."suara Danish Irham sudah kendur. Dia terlau risau. Dia patut menghalang pertunangan ini. Kalau tidak sudah tentu adiknya itu akan sentiasa tersenyum Dan bukan seperti sekarang yang masih menerima rawatan.
"Sudahlah. Sini duduk sebelah mama."Datin Farah menarik anaknya itu. Dia tahu Danish Irham menyalahkan dirinya. Bukan dia tidak kenal Alan perangai anaknya yang seorang ini. Lebih pentingkan adiknya daripada dirinya.
Daniel Farish juga agak terasa dengan keadaan sekarang ini. Adiknya terlantar di dalam bilik sana tetapi dia pula tidak sabar untuk menyelesaikan teka-teki hidup adiknya sehinggakan memaksa adiknya untuk ikut perancangan mereka. Memang benarlah apa yang dikatakan adiknya, rancangan ini ibarat mempertaruhkan nyawa adiknya dan kini baru dia sedar yang mereka memang mempertaruhkan nyawa adiknya. Buktinya kini adiknya sedang menerima rawatan kecemasan.
"Papa, Kita tak patut paksa adik..betullah apa yang adik cakap, rancangan Kita ini ibarat mempertaruhkan nyawa dia. Sekarang adik di dalam dan kita pula tunggu dia dekat luar ni."Daniel Farish meluahkan juga. Dia tidak senang untuk berdiam diri. Selagi dia tidak meluahkan perasaannya, selagi itu dia rasa terseksa.
Datin Farah menggeleng kepala. Datuk Fadzlan juga seperti tersedar tapi semuanya sudah terlambat. Anaknya memang sudah di dalam bilik rawatan.
"Sudahlah tu. Tak guna nak salahkan diri sendiri lagi. Kita berdoa semoga adik dekat dalam tu tak ada apa-apa. Nak menyesal sekarang ni pun tak guna."Datin Farah memujuk.
Selepas tiga puluh minit Doktor Zarief keluar. Myra Qaisara sudah ditolak untuk dimasukkan ke dalam wad. Myra Qaisara dilihat sudah sedar sedikit dan sempat senyum ke arah keluarganya.
Doktor Zarief menerangkan kepada Datuk Fadzlan tentang Myra Qaisara. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Myra Qaisara cuma demam sahaja. Suhu badannya yang tinggi menyebabkan dia hilang pertimbangkan semasa bangun menuju ke bilik air. Myra Qaisara tidak sedarkan diri akibat kepalanya terhantuk bath tub bilik air dan dahinya sedikit luka.
Mereka semua kini sudah sedikit tenang dan menuju ke dalam wad puteri kesayangan mereka.
"Mama, sorry...adik pening sangat kepala. Terjatuh."luah Myra Qaisara.
"Maaf adik. Abang sepatutnya halang adik daripada bertunang."luah Danish Irham.
"Dah jadi pun kan..berhenti salahkan diri abang. Adik demam je. Bukan apa pun. Buruklah abang ni. Orang datang melawat adik pakailah hensem sikit. Datang pakai baju tidur. Papa dan mama pun sama. Nasib baik mama sempat pakai tudung."Myra Qaisara cuba melawak untuk menceriakan suasana sambil ketawa perlahan.
Masing-masing baru tersedar. Terus mereka ketawa. Mereka tahu Myra Qaisara tidak mahu mereka risau. Dalam kesakitan masih lagi mampu untuk tersenyum.
"Adam tahu tak yang adik masuk wad?"tiba-tiba Myra Qaisara berkata.
Masing-masing tersenyum.
"Lupa...hihi...nanti abang beritahu dia."beritahu Daniel Farish.
Myra Qaisara menggeleng kepala. Dia tidak mahu Adam tahu. Biarlah dahulu. Bila emosinya sudah stabil, barulah dia fikir samada perlu atau tidak untuk Adam tahu. Apa yang penting adalah untuk Desmond tahu akan keadaanya. Dia juga ada perkara yang mahu dibincangkan dengan Desmond. Kali ini dia perlu ada rancangan sendiri juga. Sepertimana dulu Desmond ada dengan dia semasa di Phuket, seperti sekarang juga dia memerlukan Desmond untuk sentiasa menyokongnya. Dia masih tidak tahu samada dia boleh percayakan Adam atau tidak walaupun dulu Adam sudah pernah wujud di dalam hidupnya namun berbeza dengan sekarang ini. Dia masih tidak tahu siapa Adam dalam dirinya sekarang ini.
YOU ARE READING
Pemilik hati si PINK (Slow Updated)
RomanceStart : 4 augst 2017 End : Myra Qaisara cukup minat dengan warna pink. Kalau boleh semuanya berwarna pink. Seorang gadis yang sangat aktif dan sangat berhati-hati dalam memilih kawan. Bertemu dengan Adam Hakimi di gym adalah merupakan satu tragedi...